Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Cokodok pisang/jeput pisey

 Yeppp...mari kita belajar masak cokodok pisang a.k.a jepput pisey:

tak susah pon ...pejam mata pun bleh siap

bahan-bahan:

1. Pisang-sesikat mungkin. boleh gina pisang abu, nangka atau berangan.
2. Gula merah. (gula putih pun boleh)
3.Tepung gandum
4. 2 sudu kecil tepung penaik
(sila lihat gambar)




Ok jika anda perasan...bahan-bahan diatas tidak dinyatakan sukatannya. hahaha. Menangis la ko. Orang pandai masak memang macam ni. Sebab sukatannya adalah agak2! Jadi sila agak-agak sendiri nak manis takat mana. ikut level masing-masing yo. Tepung jugex samaaa jangan terlampau banyak nanti cokodok tepung namanya sebab dah tak rasa pisang dan keras macam batu.

Cara-cara:

Gaulkan ajer semua bahan-bahan. Nak campak sekalian bahan pun volehhh tapi teknik yang lyn guna adalah masukkan pisang n gula dulu. lenyekkan bersama, selepas itu baru diletakkan gandum dan serbuk penaik tueee. Baru senang nak sebatikan, Pakai senduk voleh, pakai tangan pon volehhh. Pakai tangan lagi feel. Waktu ni pejam mata pon voleh. Lenyek lah sehingga rupanya begini haaa dan sudak mesra gitewww:-

Akhir sekali goreng lerrr.. waktu nk goreng pastikan minyak betul-betul panas. Sama juga kali ini nak guna tangan pun voleh nak guna sudu pun voleh. Tapi lyn suka pakai tangan sebab bentuknya lagi cantexks uolss.
Sori gambar dah siap tadak sebab sudah dibaham oleh sekalian pemangsa...burlppp Alhamdulillah.

Ok sehingga ketemu lagi ya. daaaa.....

Monday, November 2, 2009

Serawa Durian

Semalam suami i nak makan serawa durian.
Kami sangat cintaka durian yea.
Kebetulan stock durian banyak dalam freezer so apa lagi
laluku tunaikan hasrat suamiku itu. Ini kali pertama membuat serawa durian yea jom semak resepinya:-

SERAWA DURIAN

Bahan-bahan:-

Mestila ada durian. Sukatan agak2 sendirila untuk berapa banyak
Santan pun agak2 nak kurang lemak ker nak lebih lemak ker...tapi yang sedap mestila yang lebih lemaknya.
Gula pun sama, secukup rasa yup
Gula melaka saya letak lebih. Supaya manisnya adalah manis gula melaka
satu biji telur
Daun pandan untuk aroma juga bunga cengkih.

Cara-cara:-

Buang biji durian dan kisar sebahagian isinya dengan separuh santan. Masukkan dalam periuk dengan api yang sederhana. Masukkan Santan,gula dan gula melaka. Biarkan seketika hingga mendidih. Tambah sedikit air sahaja. Jika suka pekat tidak perlu tambah air.Masukkan isi durian selebihnya. Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan kacau dengan garfu seketika. Tak perlu hingga kembang pun. Sekadar nak telur putih dan telur merah sebati jer. Kemudian masukkan telur tersebut ke dalam periuk tadi perlahan-lahan dan terus kacau perlahan-lahan supaya telurnya menjadi bentuk urat2 gitewww...Masukkan daun pandan dan bunga cengkih. Biarkan mendidih teruskan kacau dengan api yang kecil... Ok sekarang siap untuk dihidangkan bersama dengan pulut atau pun roti..
Nyummmyyy...

Senang saje kan. Siapa kata memasak itu susah???Yang penting semangattttt!
Berbuka puasa ni saya nk makan serawa ini lagi...ni tengah menghidu bau serawa dari bilik kerana bawakan sedikit untuk ofis, jadi mereka tengah kenduri diluar sana.. i dalam bilik ni kempunan....

Wednesday, June 10, 2009

Jom Masak


Seharian berfikir nak masak apa untuk suami? Apa kata cuba resipi ini.

Ikan Tenggiri Masak Lemak

Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Ditumbuk hingga lumat (guna lesung lagi authentic)

Ekor ikan tenggiri
2 cawan santan
3 keping asam gelugor
garam
serbuk kunyit
1 sudu cili boh
2 bendi/terung

Cara-cara:

1. Santan dan bahan-bahan yang ditumbuk lumat serta asam gelugor dipanaskan di atas api yang serdahana sehingga mendidih.
2. Masukkan serbuk kunyit dan cili boh,kacau rata dan masukkan ekor ikan tenggiri.
3. Masukkan garam secukup rasa tutup periuk seketika dan biarkan mendidih.
4. Masukkan bendi/terung tutup periuk.

Cadangan:

Sedap dimakan dengan nasi putih bersama budu dan ulam-ulaman yang lain. If xsuka mkn budu boleh ganti dengan sambal belacan.

* Dalam image yang dipaparkan di atas ada ikan kering kerana suamiku gemarkan gulai ikan kering. Jadi tak perlu lagi makan bersama budu. Masin seh, darah tinggi nanti.