Seharian berfikir nak masak apa untuk suami? Apa kata cuba resipi ini.
Ikan Tenggiri Masak Lemak
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Ditumbuk hingga lumat (guna lesung lagi authentic)
Ekor ikan tenggiri
2 cawan santan
3 keping asam gelugor
garam
serbuk kunyit
1 sudu cili boh
2 bendi/terung
Cara-cara:
1. Santan dan bahan-bahan yang ditumbuk lumat serta asam gelugor dipanaskan di atas api yang serdahana sehingga mendidih.
2. Masukkan serbuk kunyit dan cili boh,kacau rata dan masukkan ekor ikan tenggiri.
3. Masukkan garam secukup rasa tutup periuk seketika dan biarkan mendidih.
4. Masukkan bendi/terung tutup periuk.
Cadangan:
Sedap dimakan dengan nasi putih bersama budu dan ulam-ulaman yang lain. If xsuka mkn budu boleh ganti dengan sambal belacan.
* Dalam image yang dipaparkan di atas ada ikan kering kerana suamiku gemarkan gulai ikan kering. Jadi tak perlu lagi makan bersama budu. Masin seh, darah tinggi nanti.

No comments:
Post a Comment