Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Adeeiihh

What is going on with me...my life doesn't seem interesting anymore. im carrying heavy duty (myself, mylife, mywork and mytask) Arggghhhh....i need to spice up my life. no body can cheer me up unless me myself rite. I need to be positive..think and act positively...no need to pressure myself for nothing! i need L I F E and L I V E PEACEfully...hemmmm

That is just METHODOLOGY not easy to practice somehow not impossible to implement... need to learn , to like , to swallow and to accept it.

Yang penting AKU SAYANG ANAK AKU! AMSYAR IHDZAR BIN BIKHAIRIN IHDZAR (AIBI)

Monday, February 13, 2012

Hari ini..

1. Mula mula jalan jemn.--sibbaik sempat punched in

2. Sampai opis jo cakap ado meeting.

3. Bukan d opis ini tapi opis satu lagi. 20km away.

4. Harusla mak x pegi...mak ado kijo manyak arini.--next week sampai bulan 4 mak ado bicaro non stop.

5. Mak xkiro persepsi masyarakat lagi...mak ikot kepla hotak mak jooo..Hokeyyy...

6. Jangan arah2 mak, mak xsoooka!
(Mak masih berangan mak berdaulat macam dolu dolu...muahahahah---okey xpea, mak tau mak xberdaulat lagi sekarang, tapi mak ado pendirian...mak xmo p meeting hokey!)

7. Shuhhh...p main jauh-jauh.

Tuesday, September 27, 2011

Banyak masa...

Tidak,, tajuk itu tidak seswaii. Banyak yang telah berlaku dalam kehidupan saya. Macam-macam! mulanya nak kupas satu2 cuma tunggu masa yang seswai..tapi nampaknya terpaksa hampakan pembelek blog ini kerana PENGGUMUMAN yang bakal saya buat akan lagi menghampakan iaitu ~Blog ini akan kembali terabai~ hihihi sorry guys!

Jika saya punya waktu dan kesempatan serta nafas yang panjang nanti update-tapi tak janji tau kerna lepas ini hari-hari i kian sibuk.

Thursday, March 17, 2011

Friday, February 11, 2011

Tengah hari

Arini jumaat...rehat panjang sket. Tapi i rehat kul 1 gak. Matter abis lambat. Itu pun mujur abis kul 1 di sebabkan ada permohonan terbaru. If not arini berlarutan keja sampai kul 2. Haaaa mantap tak i. Ada sapa2 kisahhhh? takdokkk punnnnn...

Nak cakap nyer... Anak yang di kandung nie, tengah ari buta mengidam tosei la pulakkkk..dahla di hari jumaat yang mulia, mamak p sembahyang la baby. Puas musing (pusing) cari mamak yang bukak tadi..adala yang bukak, tapi tak buat la tosei tgh hari buta ginih...temenung jap kat kedai mamak tuh. Hampa,, tapi predicted, jadi takda la i berdrama, terima keadaan seadanya.

Lalu menu hari ini sekadar mee goreng mamak dan rojak ayam mamak. Sekadar yea. Sedapnyer if dapat makan rojak ss15. Pulak dah.. Adeiiii byk nyer benda nak ner mkn nie. Ni mengidam ker apa. Tak faham laaaa... mana satu nk mkn nie? Macam esok takleh makan dah kan..Apa daaaa. Sabar sket.

Naper arini teringin makanan mamak lak..macam2. Menurun sangat la abah dia nyerrr.. If mummy dio mesti teringin sushi, wagyu spare rib, crab.Heheheh B jangan marah. Ada yang nak belanja wagyu ker? dengar ada dapat bonus (pada yang berkenaan).

Alhamdulillah dh kenyang. Jom baca file...sat lagi keputusan

Sunday, January 23, 2011

Weekend

Weekend yang memenatkan. Semalam kenduri di Temerloh, anak buah hubby kawen,sibbaik gulai daging dia sedapppp.sampai jer terus melantak tak ingat pun nk ambil gambar pengantin. Kami sampai waktu Zuhur, tapi time tu lauk pun mcm dah xbertambah lagi dah and pengantin dah cabut veil n bulu mata pelesu....wonder gak kul berapa prime event nyer coz by 3pm ada yang baru sampai dari jauh mcm kami ni dah ner p carik nasi di dapur. Tempat berbeza Adat pun berbeza la kot dak.

Balik dari Temerloh, B drift ke KL lak, apa lagi demi kasut bola nyerla. Malam tu lak social gath. Tapi korum mcm mengecil, xpea nnti elyn tambah dgn anak2 lak in future. Lain lak rasa. Bila dah kahwin nie mcm ada gap sedangkan kami kawin between friends...Yea la dulu, leh jer main tibai2 kan, tapi sekarang ner behave sket - nak mengata isteri kang suami lak terasa and vice versa. I miss good old days la...but i couldnt turn back time. Nanti jadik mama bleh lepak malam2 lagi tak?hemmmm.....

Arini lak misi dan visi nak cari bedding for baby. Kami sengaja menyebok dengan ah Moi shopping for CNY ala kata satu M'sia kan. Tapi kami xshopping byk pun. Xberkenan...padahal sehari suntuk duk tawaf OU tuh tapi kami saling merajuk bila cakap pasal stroller, padahal bukan nk beli stroller lagi pun. Adeiiii yaiii....Boleh dkatakan macam tak beli pape lagi la.

Petang B sempat request nk mkn steak homemade...dalam duk merajuk pun mengadakan!nie tgh marinate daging, tengoklah if rupanya semenggah i post here if not kami hadamkan aje! Guna daging local tau, bukan dari India apatah lagi dari Australia atau NZealand. Kami g kenduri kat temerloh dapat daging yea sebab Tuan Rumah Taukeh Lembuuuu...

Kaki ni toksah cakapla memang dh berdenyut2 penat. Tak sabar nak balik klate berurut. Agak2 lelaki tahu tak macam mana sebenarnya rasa dan perasaan mengandung nie ek?Mesti la takkan sebab mereka tak mungkin akan mengandung!

Thursday, December 30, 2010

Esok cuti yeah...

Syabas M'sia team...squard ghimauuu...Sejak bila i minat bola?sejak berlaki ni la. Husband i kan kaki bola tido bola makan bola. So i pun di drag bersama.huhuhuu....tapi yang paling penting kita semua dapat habuan sok cuti...yahoooo

sure shopping mall penuh sok. so duk umah diam2, tido sampai kepala bengong. tak kira-tak kira nk tido gak...hobi terkini adalah tidooooo...En. Suami pun dah komplen sebab nafsu tido yang melampau...what to do!

Friday, May 28, 2010

Seriau

3 jam lalu sewaktu dalam perjalan ke William telah meyaksikan satu kecelakaan jalanraye secara live.. Seriau & Ngeri yang amat. Walaupun sebelum ni memang dijamu dengan gambar2 aftermath kemalangan tapi perasaannya berbeza bila mata kepala ini menyaksikan detik cemas dan ngeri itu.

Mula la i risaukan my hubby yang baru aja kembali berentap dengan 'Oren hoppers' berusia seminggu dia tue (motor baru B). Sebagai penunggang motor di Kota Metropolitan ni sangat la tinggi risikonya. Hanya tuhan aja yang tahu kerisauan diri ini lantas akan melakukan apa aja untuk pastikan semuanya selamat. Ada yang memberi komen yang me agak superstitious bila minta dibuatkan air tawar untuk motor baru B...Actually aku pun tak percaya betapa ortodok nya me. Tapi i will do apa saja untuk menenangkan keresahan ini...and with God willing hope everything will be fine. Aminnn..."Ya Allah lindungi la suami ku"

Berbalik pula pada kemalangan yang sempat ku saksikan sekilas pandang tadi. Mula2 nampak sebuah motor ini yang agak laju n mengekori sebuah kereta Saga putih if tak silap dalam jarak dekat. Then sekelip mata tetiba motor itu seperti hilang kawalan and nampak dia macam nak elak dari melanggar kereta itu-macam tak stabil, rasanya motor itu bergesel dengan kereta dan menyebabkan kemudian motor itu terbabas dan i sempat tengok penunggang motor itu melambung serta dengar hentaman bunyi yang kuat.

Tak tahula macam mana keadaan penunggang tu. Kami tak berhenti pun sebab kami di lane paling laju. Hopefully penunggang itu landing atas bahu jalan sebab if dia jatuh atas jalan, tak tahula nasib dia macam mana kerana kereta di belakang sangat laju....ngeri ngeri...

Jika nk dikira, suppose i macam dah biasa dijamu dengan gambar2 mangsa kemalangan memandangkan my jobscope memang berkehendakkan begitu. Paling spoil ialah apabila pagi2 hari yang ceria dan gumbira tetiba bila stat buat keja direfer lak dengan gambar2 nyeri...terus spoil seharian...nk buat camne, i memang tak tahan nengok gambar2 yang ngeri...

Tapi syukurla tak lama lagi i takkan berhadapan dengan juada juadah yang tak best nie lagi kerana i will be in my ner ofis sooooonnnn....