Showing posts with label Biy. Show all posts
Showing posts with label Biy. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

World Cup disease

Haaa ini la masanya yang mana isteri-isteri akan terabai, si suami akan sibuk dengan isu2 bolanya..dan lelaki seakan akan tidak wujud di siang hari serta hanya aktif di waktu malam. Ada gak yang keluar rumah menonton bola di cafe bersama rakan and lepaking di luar-lebih meriah katanya.

Minat b terhadap bola memang undisputable lagi. Sanggup berhabis untuk TV yang bagus dan terbaru sanggup berhabis untuk mendapatkan siaran yang baik dan cantik katanya. Posisi TV diletakkan di tempat baik punya, dalam kamar di hujung katil...agak membingitkan kannn!!?? Awalnya agak merimaskan, mana taknya, i xboleh tido bila bising, tapi B ok jer, in fact dia akan pasang TV sehingga dia tertido (pastu guna shut down timer) Lelaki tetap lelakikan. I ambil masa gak untuk seswaikan diri...sekarang dah ok sket..paling tak pun i minta di minimumkan volume.

Tapi i bersyukur,,,kerana laki ku bukan jenis yang suka hang out di cafe. melihat dan bersorak dengan rakan2. Ahhh gembiranya....mungkin kamu kamu kamu tidak tahu mcm mana rasanya bila suami keluar malam-malam,,,bergelak ketawa dengan rakan then jam 4/5 pagi baru balik...ermmm tentu merisaukan. Tapi Alhamdulillah B tidak begitu..Syukur sangatttt. Dia juga tidak suka tengok bola ramai2...serabut katanya...hahahahaaa suka i!Tapi ada orang kata i QC sebab tak kasi laki i kuar....dengki la tue-tapi ada aku kesah???

Sukaaaaaakan... i tak kisah B berhabis untuk keselesaan dia-janji dia ada di rumah and enjoy the game wit me yang tak tau pape tapi suka menjerit...hahahhaaa takat game kul 10 leh la layan, yang kul 2 pagi tak sanggup i .....tido lagi besttt. Memandangkan B hanya menonton dirumah jadi takla terabai sangat, cuma bila dinner di luar jam 10 perlu segera pulang, bila jam 2.30 xtau apa jadi pada B...sebab i confirm dah lentokkk. Sedar2 pagi tengok B terbongkang...Minat punya pasal sanggup berjaga...

kamu faham spesis mereka ini?

Saturday, May 29, 2010

Oren Hopper



Kenalkan 'Oren Hopper' B. Berusia genap seminggu arini...Ini wajah Oren Hopper yang telah di modified. Bleh dikatakan dah 20% dia modified moto nie. ayoooo tak faham la, itupun byk lagi yg nk di modifiedkan...Pellik kan lelaki nie...






Wajah asal hopper....skrg pelaburan adalah ke atas óren hopper' ini...Mr hopper, pls be good to ur rider!Be safe and soun okeh, i trust u mr hopper....!

Tuesday, May 18, 2010

Rujuk

Laki ku gila talak...nasib baik dalam tempoh i'ddah lagi so bleh rujuk kembali. Dahla mengganggur berminggu-minggu dah ishk..ishk..ishkk
Ooppss kami tak penah bercerai yea dan dia bukan gila talak pada i tetapi Opis lamanya.Sib baik bos masih sayangkan dio dan kasi offer lebih lumayan dari ofis barunya (yang mana baru yang mana lama pun dah confuse) Mekaceh pd GG sebab terima laki ku yang telah "betray" hahahaa...
Walaupun benefit di opis ini tak bayak (tak banyak ker takda langsung ekk?) Tapi B kata dia lebih tenang dan senang keja di tempat yang tidak hiruk pikuk seperti di Midvalley. sekarang dia akan kembali ke Damansara yang dikatakan kawaasan elite and private..Elite kerrr???
Sebenarnya dah pujuk minta B bertahan sebab i kagum dengan benefit yang disediakan...tapi nampaknya laki ku disfunction di situ kerana terlalu hingar bingar terutama waktu makan. I leh faham macam mana B rasa tapi tak expect ia boleh menganggu B begitu sekali...ahhhh manja sungguh laki ku.LIKES U!
Now i think i know him better. Dulu memang tau dia tak suka g tempat2 org ramai. So walaupun kami ini tak berada..or tak berduit tapi sangatlah jarang kami nak bershopping time org2 ramai sampai tak leh tgk barang dan nak kena berebut2. Say good bye to YES.
Postmorterm yang i buat nape laki i tak leh tahan dgn enviroment tempat keja baru dia:
1. Susah nak makan waktu tghari. Situasi : Pernah pergi di food court midvalley on weekend tak? Haaaa itu la yang perlu b hadapi hari2, ner berebut tempat dan share seat with org yang tak dikenali. Ner Control Macho la. Kesan: dia kehilangan selera makan dan gejala kemurungan kerana tak leh enjoy lunch break dia to the maximum.
2. Susah nak sembahyang. Situasi : Dah la lunch break ner berebut. Nak sembayang sure tak sempat from 1-2 pm. Jadi nak sembahyang kemudian ner sorok2...takot kantoi dgn bos. Kesan: hati tak tenang.Ishkk..ishkkk ishkkk...tak patut tak patut
3. Masih pasal sembahyang, time nk sembahyang jumaat Situasi: jalan jem. Yeahh midvalley kan...Kesan: darurat jadi tak payah sembahyang.Ishkk ishkk tak patut.
4. Terpaksa lalui Fed h/way utk ke opis. Situasi: Ner bgn awal dan gerak awal kerana sangat jemn Kesan: Selalu clock in lambat
5. Terpaksa bangun awal kerana waktu kerja 8.30 to 5.45 Situasi: Ner bangun awal Kesan: Lambat masuk opis sebab tak biasa tido awal dan bangun awal.
Nie antara alasan lah. Tapi teringat my conversation dgn MIL bila i maklumkan anak manjanya tukar tpt kerja, benda perkara di tanya adalah senang ker nak sembahyang tpt baru tue? So i rasa lega sebab B back off because of those reasons. Walaupun sound remeh, tapi kesan besar iaitu gejala kemurungan.
Lepas jer dia tender 24 hr notice of resignation laki ku sangat gumbiraaaaaaaaaa....i m happy for him. Sekarang dia menganggur dan isterinya sedang mencari rezki di pejabat! Hahahaaa enjoy sakan laki i sekarang nie.