Wednesday, June 4, 2014

Amsyar's 3rd Birthday

Lupa sebenarnya nak blog pasal bday Amsyar..nanti bila ada masa and kesempatan akan blogkan pasal bday Amsyar ini. Tapi saya tak janji tau..tau tau

Short

Hello again. Latest update, pindah office lagi. Office konsep baru kaedahnya. Office baru ini semua adalah see thru.So no more korek-korek idung and garuk-garuk tak bertempat yea lalalalaa..bilik bos pun dah macam dalam aquarium. Hahahaahahaaa ada berani??? the concept is open and see thru. everything is made from glass except the floor, syiling and chairs . the rest dari kaca termasuk meja kauuu. Sound hebatkan. yes it is. well i ok jer. i kan pernah kerja like in pan house-to the apartment- to the flat and now jadi squatters. well life must go on. lagi pun the kuli mesti menurut perintah yo dookk... g opis baru tak mau gaduh-gaduh tau. duk diam-diam buat kerja k. Another 2 more weeks mak ner g Sabah. Kerja la bukan berlibur. Mak tokleh nak imagine mcm mana hidup mak akan jadi nanti sebab so far paling lama tinggalkan si comel mak tu hanya 4 hari and tiu pun mak memeng dah menonggeng. ini nak tengok mak sasau nanti bolehla. INi dah jadi post luahan rasa pulakkkk... okla dah tak short nie. bye lah!

Wednesday, January 29, 2014

penjimata 2014

Jenguk sebentar ke blog yang dah bersawang ni. Basically xtahu nak post apa pun. 2014 so far ok. Tapi sedang merangkapenjatan kaw kaw punya.tapi xla strict sangat.kesan pun tidaklah drastik sangat. Apa yang dijimatkan? Hmmm... Ini baru belajar2 nk jimatla. 1. Kurangkan makan di luar. Maknanya lebih kerap masak. 2. Cuci kereta sendiri. Belum cuba buat lagi, tapi mcm berminat. 3. Bercucuk tanam. Setakat ni belum dapat kutip hasil lagi. 4. Pastikan setiap bulan, ada membuat simpanan..sikit pun jadilah. 5. Kalau makan di luar, kerap order air suam berbanding air yang berperisa. 6. Kurangkan penggunaan elektrik. Masih blaja lacm mana nk jimat tang nie. 7. Instead ke pasaraya, hanya akan ke kedai runcit atau mart sahaja dan membeli barang keperluan yang terputus dan yang disenaraikan sahaja. 8. Kurangkan aktiviti eksperiment resipi...ini untuk elakkan pembaziran. 9. Menggurangkan penggunaan kad kredit.outstanding bayar cepat2.. Setakat ni itu aje yg terfikir.masih mencari2 apa lg yg nk dan boleh dijimatkn. Harapnya sedikit sebanyak dpt la membantu. Bukanlah apa, cuma at one point of time we need to change kan, whether we like it or not...semoga dipermudahkanlah hendaknya.

Thursday, January 2, 2014

WELCOME 2014

Salam 2014, Macam biasa, just a short entry. Wishing you Happy New Year. Hope this year will be smooth sailing and 2014 will be a fabulous year with full great achievements and experiences. For that reasons i pray for 'hati yang tabah'. Azam tahun baru? ku simpan sendiri. -xoxo-

Monday, July 1, 2013

berkhidmat la sangat..

harini ulang tahun ke6 dalam perkhidmatan.syukur alhamdulillah sebab diberi rezeki dan ketabahan.cuma perlu lebih tabah lagi....harap dapat bertahan, tapi jika xdapat bertahan yakin itu ketentuan.  itu je nak ckp..esk kes  nite...outstation nih,,,anak n ayah sakit di rumah n d kampung...ko berkhidmat...apa ntah yg ko kejarkan pun tak tahu!!!
dalam dada ALlah sahaja yg tahu.sungguhku rasa terbeban

Thursday, April 25, 2013

Amsyar Ihdzar turns 2

Amsyar will turn 2 years this Saturday.Yeyy... Innitially i plan to throw a simple birthday party for him. But because of super duper crazy life mummy gone thru right now, i dont think so i can manage. HUhhhh...sorry son. But mummy promise that at least there will be a cake and a birthday song to you.

Son,

The happiest moment in mummy's life was the first time u look at me after u born and i know u will have a special place in my heart. i am so proud to have you in my life though mummy's life is so bumpy and not smooth sailing. I m sorry if sometime mummy like loosing my temper and you are the one that mummy would blame.. Mummy know that i m not a good mum and far from perfect but mummy is trying very hard son.

Thank you for being such wonderful son although most of the time u r beyod my control but mummy know that you grow very well. Mummy pray that u will be a anak yang soleh, penyejuk hati mummy and abah, berjaya dunia dan akhirat, moga dapat mendoakan mummy bila mummy tiada kelak. InsyaAllah. Mummy love u very much son like nothing else in this world. 

Happy 2nd Birthday Amsyar Ihdzar Bin Bikhairin Ihdzar.   


Thursday, December 27, 2012

resipi nasi lemak simple

Sambal Sotong:

2 ekor sotong (sekor sorang) hehehe 
3 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
3 sudu cili  giling 
2 sudu air asam jawa 
1 sudu gula 
garam 

cara2:
1. tumbuk hingga lumat bawang dan halia 
2. tumis bahan yg ditumbuk dan cili giling hingga garing 
3. masukkan sotong 
4. masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa 
 5.kacau hingga sebati dan angkat. jgn masak terlama jika tidak sotong akan liat 
Sambal  Bilis:

ulangi langkah yg sama. tambahkan  air jika terlalu kering .

Nasi :

2 pot beras 
1 inci halia 
2 sudu santan pekat 
garam 
1 sudu gula
2 helai daun pandan

tanak nasi macam biasa . sukata n  air  macam biasa k. itu basic dik.

Friday, December 7, 2012

Wednesday, December 5, 2012

suara hati

Disember sudah kunjung tiba...harini juga sudah genap btugas d tempat baru. nothing much but need to learn a lot for sure. enviroment sangat lain n space juga lain. like from penthouse to flat i would say..welll i take it r as ujian ALlah.l

sebetulnya saya masih sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. tapi siapa lah saya nak merungut, jadi terimala seadanya dan sedaya upaya memujuk hati yang sangat resah. HArapan agar bisa menyesuaian diri dengan keadaan dan suasana di sini kerana dalam doa tidak henti memohon apa jua dan d mana juaku berada ku pohon agar diriku tidak jauh dariMu.

HArapan juga memohon agar kegelisahan ini tidak bpanjangan kerana ia bisa melenturkan kewarasan dan semangant ini nanti... semoga dpermudahkan perjalanan ini dan dberi ketenangan olehnya kerana hati ini sangat gundah gulanan dan sangat kusut sekali.

Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha

Nak wish Selamat Hari Raya Korban awal-awal sebab esk dh nk balikk kg dan tak tahu bila pulak nanti akan kembali bersiaran di blog ini. Lepas ni saya akan mengadap benda baru lagi, tugasan baru,tempat baru boses baru...yang penting yang big-big shot semua kat situ..i bawah dagu dorang jerrr.Huhuhu sedih? mestila, nak meroyan pun ada nie. Tapi life mesti dteruskan n bak kata Pitt, "think bout the $$$"hahaha i wish it can make me happier.

K lah, byk kerja nak settle nie. Moga ada masa n kesempatan lain utk bersiaran d sini lagi. Semoga yang baik2 sahaja berlaku dlm hidup saya hendakNya. Selamat Hari Raya Aidil Adha,,,ingat korban pada jalan Allah nescaya Allah permudahkn kamu.

Wednesday, September 12, 2012

Jatuh dan bangun jatuh dan bangun lagi

Ok...Hari ini saya tak gembira dan saya juga tidak perlu bersedih sebab apa yang berlaku luar kawalan dan kemampuan diri. Mak selalu jadi kambing hitam..atau kerja mak kena jadi kambing hitam atau mak memang kambing hitam???hemmm confuse.

Hari in mak teruk kena gerudi...apa yang mak boleh kata adalah maaf, saya akui kelemahan dan kesilapan saya...Walauuuuupun mak langsung tak akui itu adalah kesilapan mak. Kesilapan mak adalah menjadi pak sanggup konon nak tolong orang yang nyatanya bukan kes mak tapi end up mak yang kena gerudi.

Lagi satu, kes pun tak ditetapkan utnuk bicara pun ia hanya di peringkat pengurusan kes ajo, but still mak kena soal bagai mak yang bawa the matter. Jadi mak tak perlu bersedih la kann sebab mak tak di properly being informed yang pergi itu mesti pegawai yang MAKLUM mengenai Kes. Mak nak marah sape pun mak tak tahu, cukup dah mak marahkan diri ini. Jahat tau korang ni moga korang kena balasan lagi teruk dari mak. Korang tahu tak apa rasa bila kena gerudi sejam lebih,,puas mak melentok lentok tapi xdapat ehsan ponnn...

Apa-apa jelah..Sori yea blog ini memang untuk meluah rasa mak. tanak baca sudah, tak paham pun sudah sebab mak tak minta korang untuk paham pon...huhh mak pun susah nak paham dengan hidup ini. Hati mak pon tak tahu bila nak jadi tabah sebab setiap kali mak nak bangkit dari rasa kecewa,,,ia datang lagi dan lagi dan lagi....macam cabar mak untuk give up jer.....kalau macam inila gayanya, InsyaAllah, mak akan give up, cuma tunggu masa dan peluang jer...sekian.

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya

ALahamdulillah, di kesempatan yang ada nak kata SELAMAT HARI RAYA maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap. Semoga Raya tahun ini lebih berkat dan di dalam lindunganNya.

Amayar kurang sihat di Hari Raya ni.Biasalah demam dan selsema.againnn..tapi dia well Raya2012
behaved. cuma malam ni macam teruk skett..mungkin penat beraya kot. Semoga anak mami cepat sembuh.Jadi mode raya mami dah off di Raya keempat. esok duk diam-diam di rumah.


Wednesday, August 15, 2012

Mood Raya dah...

Pejam celik 2x raya dah tak lama lagi. Mood raya pun dah terasa sekarang selepas mula melayan lagu-lagu raya semalam. Biasa me xdengar pun lagu2 sekarang tapi semalam terpasang n terlayan lak. Me tak sabar nak balik berbuka dengan Abah n mama..Miss the a lot lah. Syukur Alhamdulillah, semoga diberi kesempatan menyambut HR dengan kedua ibu bapa tercinta.

Esok InsyaAllah me, Hubby n Teddy mummy akan balik ke Kampung, doa moga perjalanan lancar dan selamat tiba di kampung. Keterujaan me untuk balik ke kampung adalah tidak termasuk untuk berkemas pakaian balik kampung. Harapan sebelum ni nak mula berkemas seawal hari isnin konon, tapi hingga harini dah rabu ponnn satu haram tak masuk beg lagi. Kerisauan melanda, dahla rumah macam kapal karam...huhuhu guane nie.

Mood nak buat kerja memang doh takdok dahhh...lantok lerrr...dalam bulan pose ni i duk menyampah dengan seseorang...huhhhh berilah daku ketahanan mental dan fizikal untuk bersabar dan melayan kerenah beliauuuu...Waaaa nangis dalam hati kuat2. 

Telefon lak tadak bateri ini hari,,, lately ni always like that...cari charger tak jumpaa huuhuuu kan dah kata rumah macam kapal karammm. Ok nak cuba buat kerja dah. SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, August 7, 2012

Ohh Biskut Raya

Awal Ramadhan lalu saya sangat bersemangat untuk membuat biskut tradisi zaman berzaman. Tak buat biskut lain pun tak pea janji kena buat biskut ini. Iaitu Samperit bunga dan biskut Arab. 2 biskut ini adalah biskut tradisi keluarga. tetapi dah almost 3 years dah missed buat biskut ini.

Lalu awal ramadhan hari tu sangat la berkobar-kobar nak buat 2 jenis biskut ini. Niat ini diteruskan dengan membeli bahan-nahan untuk membuat biskut ini...tetapi sebbaik sahaja bahan-bahan dibeli minggu lepas, semangat dan mood merudum dengan tiba-tiba. Mood orang perempuan memang begini kan. Tambahan pula my baby tak berapa sihat dan tengah nak train dia untuk kurangkan minum susu malam sebab giginya dah rosak huuuhuhuhu..makanya tido malam mummy dan baby sangat terganggu. Macam mana nak buat biskutkan. Lagi satu alasan adalah acuan bunga samperit tak lawa,,,mak saya punya versi tembaga tau,,,mana nak cari ekk?

Nampaknya saya perlu menguburkan aja niat untuk membiskut. Saya akan membiskut di kedai ajo la nanti.heheheheee....tak pun makan jer famous cookies semata-mata hahahaah kata tauke FC kannn... Tempahan FC tahun ini pun hanya ambil komisyen ajer, setelah i men'sub'kan jualan. Senang idup. hahaahahaa

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan 11

Dah 11 hari berpuasa kannn...? Arini lauk pauk mak beli yoo. Mak tak letak gambar kat sini karang ado hok kuruih pose sebab teliur. Mak beli kerana mak dah lama tak top up lauk pauk mak dalam esbok tuh. Sekarang mak sangat penat...anak mak pun selsema jadi dia kerap bangun malam . Hari ini dan esok mak ado tetamu di rumah, meriah sikit bbuke,,,if not kelip2 jo bdue,,ehh bertiga sebenarnya. Hari2 mak bbuka macam nak g bperang sebab nak meng'control' anak teruna kecik mak tuh. Tapi mak bahagio punya anak seperti Amsyar Ihdzar yang asik melalak n minta d kendung... Mummy sanyang kamu teddy~motip???(rindu anak la nie) Sekian laporan mak hari ke 11 ramadhan.

Tuesday, July 24, 2012

Bulan Keberkatan

Ramadhan bersua lagi. Alhamdulillah Ramadhan kali ini disambut tenang... Kenapa ayat ku begitu? SEbab Ramadhan lepas adalah agak haru biru. Maklumla masa itu Amsyar masih baby dan sukar dihandle kerana tak boleh bertukar tangan menjaga Amsyar dengan Abahnya yang masih kekok menjaga baby yang kecil. Sekarang ini Amsyar sudah besar, bolehla p main ngan abahnya sementara mummy menyediakan juadah berbuka. Sungguhpun Amsyar kalau tengok mummy dia seakan melihat malaikat dan tak mahu berpisah tapi masih boleh dipujuk oleh abahnya. Amsyar tak mau berenggang dengan mummy dia kronik betol tahap melekat dia dengan mummy nih. Walhal bukan susu badan pun.

nak cerita sikit pengalaman ramadhan tahun lepas, kami terpaksa tempah mangkuk tingkat tau sebab tak sempat masak, tak sempat g param dan abah tak boleh tengok2kan Amsyar lagi waktu itu. Juadah mangkuk tingkat tu semestinya bukan mengikut tekak suami i ler. I takpea semua i telan. Kesian B. but tahun ni Alhamdulillah, i sempatla masak yang simple2 gitu jer.

Suasana sahur takla meriah kerana hanya B sahaja yang bersahur, me akan bangun kemas dapur jer itu pun jika abah tak bantu kemas tetapi setakat ini, Abah yang akan kemas dapur lepas kami berbuka kerana me kena tidurkan Mr Teddy (Amsyar). Tapi Abah Amsyar ni memang jenis yang kena sahur. If dia tak sahur memang ala-ala budak umur 6 tahun belajar puasa la, dengan merengek nyer, melepek nyer...huhhh tak tough langsung.

Walau pun kami tidak ada bibik lagi, still can handle kot. Untung suami tak kisah makan makanan yang telah dimasak awal dan dibekukan. Yelah, macam jiran i suami dia sensitive makan makanan yang dihangatkan nanti dia cerry berry lak. So, lyn akan masak lewat malan itu untuk juadah esok atau esok-esoknya. Kahkahkah...maklum ler waktu anjal paling awal boleh ambil pun pukul 5. Suami lak walaupun tak suka lauk banyak tetapi mesti ada gulai...Complecated tue nak buat gulai mana sempatkan. Makanya kena la masak in advance.

Harapan semoga ramadhan ini memberi seribu keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Setakat ini belum jejak lagi PARAM cuma takat beli lauk2 top up gitu jer. Bulan puasa ni juga datang i punya mood nak belajar buat kuih muih tradisional. Like lompat tikam, onde-onde gitu. Saje jer, itu pun during weekend la. Ni siap nak amik cuti nak buat biskut raye tradisi seperti biskut arab dan samperit bunga. Minta2 punya masa dan kesempatan itu. dulu sebelum kawin i wajib buat biskut2 ni bersama dengan bonda tercinta. Bonda yang akan bancuh dan i yang akan tekap. Owhhh miss my mum n her food so much.

I berhajat nak cuti 10 hari raya ni. melampau tak? Takkan.hahaha...tapi so far i la rekod pemohon cuti raya paling lama. Minta2 big boss luluskan. Cuti i masih banyak hokey,,,jangan dengki tak luluskan i boikot tak g court kanggg...awwww nanti dia boikot tak bayar gaji i dok...ok la...if nak slash cuti i slash 2 hari je i kasi diskaun...waaaa boleh gitu.

Ok dah melalut sakan. Petang ni ada kes lagi. Harap tak ramai saksi so that boleh balik awal dan masak sedap2 untuk Amsyar...dan Abahnya gak la. readers and frenz SELAMAT BERBUKA PUASA & SEMOGA DIBERKATI.

Monday, July 9, 2012

Bibik

Yea, Amsyar punya bibik sebelum ini. Belum pun sempat nak khabarkan Amsyar punya bibik, the bloody hell bibik run away dah. Last Jumaat lalu dia cabut. Jahat sangatttt sebab aku dengan baik dan suci murni telah advancekan duit gaji dia kerana dia kata suami dia meninggal. Walhal itu hanya taktik kotor dia. Jahat sangat. Semoga ko akan papa kedana sentiasa. Tak baik tau makan gaji haram, memang aku tak halalkan laaa. 

Paling geram iailah, Amsyarrrrrr..huhuhuh tak pea Mummy tau walaupun mummy tak kuat tapi Amsyar mesti kuatkan. Jadi Amsyar masuk sekolah balik a.k.a nursery. Tapi kali ini hantar ke nursery lain lak. Cuba la kan tgk ok ke tak, sesuai ke tak. Tak cuba tak tahu. Cuma yang tak tahan adalah...lepas ini akan sakit memanjang. Semoga Amsyar kuat dan sihat.

OK mari cerita pasal bibik taik haram tuh. Sebenarnya, i dengan dia ok jer...tapi bibik ni ada masalah dengan ejen dia. Ejen tu sebenarnya telah tipu dia kerana sepatutnya tiada potongan gaji terhadap beliau kerana dia dah punya pasport dan telahpun berada di Malaysia. Jadi tiada kos sampingan yang perlu ditanggung oleh ejennya untuk bawa dia ke Malaysia. Tetapi ejen itu tetap mengenakan potongan 4 bulan gaji terhadap dia. Bengkek lerrr member. 

Manakala, majikan dia which is me telah terpedaya dengan dia. Katanya suami meninggal la, lalu telah ku advamcekan gajinya kerana ada belas ehsan. Rupa-rupanya dia nak lari. Bengong tolll la. But nasibbaik ejen kata nak ganti, cuma mesti sangat lambat sebab kalau dulu dah kena tunggu 3 bulan utk dapat pembantu, kali ini nampaknya ner  lagi lama tunggu sebab kan dah nak dekat bulan puasa dan lepas puasa  hari raya lak...so cukupla circle setahun nak dapatkan maid. huuuuhhh gila!

Tapi nak tak nak kena ambil juga. Tak mo kata serik sebab, memang perlukan maid. Macam sekarang ni, time takde maid la macam-macam aktiviti yang kena attend  dinnerla, family day la dll...time ada maid takda lak event nyer...LIFE kan.

OK ngantuk senguk2 dah 2 hari asik tido kul 3 jer. Sambung sengguk jap.

Wednesday, July 4, 2012

Pesanan penaja

Minggu ni minggu busy. Tadak kes pong tapi menyelesaikan admin matter dan segala bagai matter. Otak tetiba jadi stuck dan jemn. Puas la mencari ketenangan, lalu terpikir nak bblog yang sekejap tenggelam dan sekejap timbul nih.

Owhhh me juga masih gigih ganti posa. Sapa suh ganti last minit gini kan...takpea-takpea at least masa dan kesempatan itu masih ada kan. Sajer nak ingatkan rakan pembaca (kalu ado.hiiii) dan diri sendiri, esok kita bakal menyambut nisfu syaaban yea rakan-rakan, jadi tingkatkan amalan dan jauhi dosa. Insya Allah.

Frenz and dearest, i juga nak kata yang tempahan Cookies kini dibuka. Harga maintain yo, RM28 per balang. So don't missed it or u going to regret. Ok back to work beb.

Sunday, July 1, 2012

Adeiiih

Mak baru jer lepas baru satu blog yang best...blog tu best sgt sampai i sakit pale lepas baca...huhuhu biasa ler tgk lifestye orang macam free n easy jooo terus mak tertekan..huhuhu...xpo, mak coooba take it positively n sbg motivasi mak utk bkerja lebih gigih lagi. Ohhhh anak mak selerakkan cottonbud lak....anakkkkkk!

Monday, June 18, 2012

macam-macam

Macam-macam boleh jadi dalam hidup ini. Sedar tak sedar dah tengah tahun..kemudian sedar tak sedar dah hujung tahun. Penat lelah jerih pahit berjaya juga lalui tak kira la berlari ke merangkak ker, mengesot ker. Selagi jantung berdegup selagi alam semesta berputar hidup mesti diteruskan. Langsung itu, jangan diminta hidup yang senang tapi mintala hati yang tabah... Semoga daku makin cekal dan tabah hendaknya.