Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha

Nak wish Selamat Hari Raya Korban awal-awal sebab esk dh nk balikk kg dan tak tahu bila pulak nanti akan kembali bersiaran di blog ini. Lepas ni saya akan mengadap benda baru lagi, tugasan baru,tempat baru boses baru...yang penting yang big-big shot semua kat situ..i bawah dagu dorang jerrr.Huhuhu sedih? mestila, nak meroyan pun ada nie. Tapi life mesti dteruskan n bak kata Pitt, "think bout the $$$"hahaha i wish it can make me happier.

K lah, byk kerja nak settle nie. Moga ada masa n kesempatan lain utk bersiaran d sini lagi. Semoga yang baik2 sahaja berlaku dlm hidup saya hendakNya. Selamat Hari Raya Aidil Adha,,,ingat korban pada jalan Allah nescaya Allah permudahkn kamu.

Wednesday, September 12, 2012

Jatuh dan bangun jatuh dan bangun lagi

Ok...Hari ini saya tak gembira dan saya juga tidak perlu bersedih sebab apa yang berlaku luar kawalan dan kemampuan diri. Mak selalu jadi kambing hitam..atau kerja mak kena jadi kambing hitam atau mak memang kambing hitam???hemmm confuse.

Hari in mak teruk kena gerudi...apa yang mak boleh kata adalah maaf, saya akui kelemahan dan kesilapan saya...Walauuuuupun mak langsung tak akui itu adalah kesilapan mak. Kesilapan mak adalah menjadi pak sanggup konon nak tolong orang yang nyatanya bukan kes mak tapi end up mak yang kena gerudi.

Lagi satu, kes pun tak ditetapkan utnuk bicara pun ia hanya di peringkat pengurusan kes ajo, but still mak kena soal bagai mak yang bawa the matter. Jadi mak tak perlu bersedih la kann sebab mak tak di properly being informed yang pergi itu mesti pegawai yang MAKLUM mengenai Kes. Mak nak marah sape pun mak tak tahu, cukup dah mak marahkan diri ini. Jahat tau korang ni moga korang kena balasan lagi teruk dari mak. Korang tahu tak apa rasa bila kena gerudi sejam lebih,,puas mak melentok lentok tapi xdapat ehsan ponnn...

Apa-apa jelah..Sori yea blog ini memang untuk meluah rasa mak. tanak baca sudah, tak paham pun sudah sebab mak tak minta korang untuk paham pon...huhh mak pun susah nak paham dengan hidup ini. Hati mak pon tak tahu bila nak jadi tabah sebab setiap kali mak nak bangkit dari rasa kecewa,,,ia datang lagi dan lagi dan lagi....macam cabar mak untuk give up jer.....kalau macam inila gayanya, InsyaAllah, mak akan give up, cuma tunggu masa dan peluang jer...sekian.

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya

ALahamdulillah, di kesempatan yang ada nak kata SELAMAT HARI RAYA maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap. Semoga Raya tahun ini lebih berkat dan di dalam lindunganNya.

Amayar kurang sihat di Hari Raya ni.Biasalah demam dan selsema.againnn..tapi dia well Raya2012
behaved. cuma malam ni macam teruk skett..mungkin penat beraya kot. Semoga anak mami cepat sembuh.Jadi mode raya mami dah off di Raya keempat. esok duk diam-diam di rumah.


Wednesday, August 15, 2012

Mood Raya dah...

Pejam celik 2x raya dah tak lama lagi. Mood raya pun dah terasa sekarang selepas mula melayan lagu-lagu raya semalam. Biasa me xdengar pun lagu2 sekarang tapi semalam terpasang n terlayan lak. Me tak sabar nak balik berbuka dengan Abah n mama..Miss the a lot lah. Syukur Alhamdulillah, semoga diberi kesempatan menyambut HR dengan kedua ibu bapa tercinta.

Esok InsyaAllah me, Hubby n Teddy mummy akan balik ke Kampung, doa moga perjalanan lancar dan selamat tiba di kampung. Keterujaan me untuk balik ke kampung adalah tidak termasuk untuk berkemas pakaian balik kampung. Harapan sebelum ni nak mula berkemas seawal hari isnin konon, tapi hingga harini dah rabu ponnn satu haram tak masuk beg lagi. Kerisauan melanda, dahla rumah macam kapal karam...huhuhu guane nie.

Mood nak buat kerja memang doh takdok dahhh...lantok lerrr...dalam bulan pose ni i duk menyampah dengan seseorang...huhhhh berilah daku ketahanan mental dan fizikal untuk bersabar dan melayan kerenah beliauuuu...Waaaa nangis dalam hati kuat2. 

Telefon lak tadak bateri ini hari,,, lately ni always like that...cari charger tak jumpaa huuhuuu kan dah kata rumah macam kapal karammm. Ok nak cuba buat kerja dah. SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, August 7, 2012

Ohh Biskut Raya

Awal Ramadhan lalu saya sangat bersemangat untuk membuat biskut tradisi zaman berzaman. Tak buat biskut lain pun tak pea janji kena buat biskut ini. Iaitu Samperit bunga dan biskut Arab. 2 biskut ini adalah biskut tradisi keluarga. tetapi dah almost 3 years dah missed buat biskut ini.

Lalu awal ramadhan hari tu sangat la berkobar-kobar nak buat 2 jenis biskut ini. Niat ini diteruskan dengan membeli bahan-nahan untuk membuat biskut ini...tetapi sebbaik sahaja bahan-bahan dibeli minggu lepas, semangat dan mood merudum dengan tiba-tiba. Mood orang perempuan memang begini kan. Tambahan pula my baby tak berapa sihat dan tengah nak train dia untuk kurangkan minum susu malam sebab giginya dah rosak huuuhuhuhu..makanya tido malam mummy dan baby sangat terganggu. Macam mana nak buat biskutkan. Lagi satu alasan adalah acuan bunga samperit tak lawa,,,mak saya punya versi tembaga tau,,,mana nak cari ekk?

Nampaknya saya perlu menguburkan aja niat untuk membiskut. Saya akan membiskut di kedai ajo la nanti.heheheheee....tak pun makan jer famous cookies semata-mata hahahaah kata tauke FC kannn... Tempahan FC tahun ini pun hanya ambil komisyen ajer, setelah i men'sub'kan jualan. Senang idup. hahaahahaa

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan 11

Dah 11 hari berpuasa kannn...? Arini lauk pauk mak beli yoo. Mak tak letak gambar kat sini karang ado hok kuruih pose sebab teliur. Mak beli kerana mak dah lama tak top up lauk pauk mak dalam esbok tuh. Sekarang mak sangat penat...anak mak pun selsema jadi dia kerap bangun malam . Hari ini dan esok mak ado tetamu di rumah, meriah sikit bbuke,,,if not kelip2 jo bdue,,ehh bertiga sebenarnya. Hari2 mak bbuka macam nak g bperang sebab nak meng'control' anak teruna kecik mak tuh. Tapi mak bahagio punya anak seperti Amsyar Ihdzar yang asik melalak n minta d kendung... Mummy sanyang kamu teddy~motip???(rindu anak la nie) Sekian laporan mak hari ke 11 ramadhan.

Tuesday, July 24, 2012

Bulan Keberkatan

Ramadhan bersua lagi. Alhamdulillah Ramadhan kali ini disambut tenang... Kenapa ayat ku begitu? SEbab Ramadhan lepas adalah agak haru biru. Maklumla masa itu Amsyar masih baby dan sukar dihandle kerana tak boleh bertukar tangan menjaga Amsyar dengan Abahnya yang masih kekok menjaga baby yang kecil. Sekarang ini Amsyar sudah besar, bolehla p main ngan abahnya sementara mummy menyediakan juadah berbuka. Sungguhpun Amsyar kalau tengok mummy dia seakan melihat malaikat dan tak mahu berpisah tapi masih boleh dipujuk oleh abahnya. Amsyar tak mau berenggang dengan mummy dia kronik betol tahap melekat dia dengan mummy nih. Walhal bukan susu badan pun.

nak cerita sikit pengalaman ramadhan tahun lepas, kami terpaksa tempah mangkuk tingkat tau sebab tak sempat masak, tak sempat g param dan abah tak boleh tengok2kan Amsyar lagi waktu itu. Juadah mangkuk tingkat tu semestinya bukan mengikut tekak suami i ler. I takpea semua i telan. Kesian B. but tahun ni Alhamdulillah, i sempatla masak yang simple2 gitu jer.

Suasana sahur takla meriah kerana hanya B sahaja yang bersahur, me akan bangun kemas dapur jer itu pun jika abah tak bantu kemas tetapi setakat ini, Abah yang akan kemas dapur lepas kami berbuka kerana me kena tidurkan Mr Teddy (Amsyar). Tapi Abah Amsyar ni memang jenis yang kena sahur. If dia tak sahur memang ala-ala budak umur 6 tahun belajar puasa la, dengan merengek nyer, melepek nyer...huhhh tak tough langsung.

Walau pun kami tidak ada bibik lagi, still can handle kot. Untung suami tak kisah makan makanan yang telah dimasak awal dan dibekukan. Yelah, macam jiran i suami dia sensitive makan makanan yang dihangatkan nanti dia cerry berry lak. So, lyn akan masak lewat malan itu untuk juadah esok atau esok-esoknya. Kahkahkah...maklum ler waktu anjal paling awal boleh ambil pun pukul 5. Suami lak walaupun tak suka lauk banyak tetapi mesti ada gulai...Complecated tue nak buat gulai mana sempatkan. Makanya kena la masak in advance.

Harapan semoga ramadhan ini memberi seribu keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Setakat ini belum jejak lagi PARAM cuma takat beli lauk2 top up gitu jer. Bulan puasa ni juga datang i punya mood nak belajar buat kuih muih tradisional. Like lompat tikam, onde-onde gitu. Saje jer, itu pun during weekend la. Ni siap nak amik cuti nak buat biskut raye tradisi seperti biskut arab dan samperit bunga. Minta2 punya masa dan kesempatan itu. dulu sebelum kawin i wajib buat biskut2 ni bersama dengan bonda tercinta. Bonda yang akan bancuh dan i yang akan tekap. Owhhh miss my mum n her food so much.

I berhajat nak cuti 10 hari raya ni. melampau tak? Takkan.hahaha...tapi so far i la rekod pemohon cuti raya paling lama. Minta2 big boss luluskan. Cuti i masih banyak hokey,,,jangan dengki tak luluskan i boikot tak g court kanggg...awwww nanti dia boikot tak bayar gaji i dok...ok la...if nak slash cuti i slash 2 hari je i kasi diskaun...waaaa boleh gitu.

Ok dah melalut sakan. Petang ni ada kes lagi. Harap tak ramai saksi so that boleh balik awal dan masak sedap2 untuk Amsyar...dan Abahnya gak la. readers and frenz SELAMAT BERBUKA PUASA & SEMOGA DIBERKATI.