Tuesday, July 24, 2012

Bulan Keberkatan

Ramadhan bersua lagi. Alhamdulillah Ramadhan kali ini disambut tenang... Kenapa ayat ku begitu? SEbab Ramadhan lepas adalah agak haru biru. Maklumla masa itu Amsyar masih baby dan sukar dihandle kerana tak boleh bertukar tangan menjaga Amsyar dengan Abahnya yang masih kekok menjaga baby yang kecil. Sekarang ini Amsyar sudah besar, bolehla p main ngan abahnya sementara mummy menyediakan juadah berbuka. Sungguhpun Amsyar kalau tengok mummy dia seakan melihat malaikat dan tak mahu berpisah tapi masih boleh dipujuk oleh abahnya. Amsyar tak mau berenggang dengan mummy dia kronik betol tahap melekat dia dengan mummy nih. Walhal bukan susu badan pun.

nak cerita sikit pengalaman ramadhan tahun lepas, kami terpaksa tempah mangkuk tingkat tau sebab tak sempat masak, tak sempat g param dan abah tak boleh tengok2kan Amsyar lagi waktu itu. Juadah mangkuk tingkat tu semestinya bukan mengikut tekak suami i ler. I takpea semua i telan. Kesian B. but tahun ni Alhamdulillah, i sempatla masak yang simple2 gitu jer.

Suasana sahur takla meriah kerana hanya B sahaja yang bersahur, me akan bangun kemas dapur jer itu pun jika abah tak bantu kemas tetapi setakat ini, Abah yang akan kemas dapur lepas kami berbuka kerana me kena tidurkan Mr Teddy (Amsyar). Tapi Abah Amsyar ni memang jenis yang kena sahur. If dia tak sahur memang ala-ala budak umur 6 tahun belajar puasa la, dengan merengek nyer, melepek nyer...huhhh tak tough langsung.

Walau pun kami tidak ada bibik lagi, still can handle kot. Untung suami tak kisah makan makanan yang telah dimasak awal dan dibekukan. Yelah, macam jiran i suami dia sensitive makan makanan yang dihangatkan nanti dia cerry berry lak. So, lyn akan masak lewat malan itu untuk juadah esok atau esok-esoknya. Kahkahkah...maklum ler waktu anjal paling awal boleh ambil pun pukul 5. Suami lak walaupun tak suka lauk banyak tetapi mesti ada gulai...Complecated tue nak buat gulai mana sempatkan. Makanya kena la masak in advance.

Harapan semoga ramadhan ini memberi seribu keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Setakat ini belum jejak lagi PARAM cuma takat beli lauk2 top up gitu jer. Bulan puasa ni juga datang i punya mood nak belajar buat kuih muih tradisional. Like lompat tikam, onde-onde gitu. Saje jer, itu pun during weekend la. Ni siap nak amik cuti nak buat biskut raye tradisi seperti biskut arab dan samperit bunga. Minta2 punya masa dan kesempatan itu. dulu sebelum kawin i wajib buat biskut2 ni bersama dengan bonda tercinta. Bonda yang akan bancuh dan i yang akan tekap. Owhhh miss my mum n her food so much.

I berhajat nak cuti 10 hari raya ni. melampau tak? Takkan.hahaha...tapi so far i la rekod pemohon cuti raya paling lama. Minta2 big boss luluskan. Cuti i masih banyak hokey,,,jangan dengki tak luluskan i boikot tak g court kanggg...awwww nanti dia boikot tak bayar gaji i dok...ok la...if nak slash cuti i slash 2 hari je i kasi diskaun...waaaa boleh gitu.

Ok dah melalut sakan. Petang ni ada kes lagi. Harap tak ramai saksi so that boleh balik awal dan masak sedap2 untuk Amsyar...dan Abahnya gak la. readers and frenz SELAMAT BERBUKA PUASA & SEMOGA DIBERKATI.

No comments:

Post a Comment