Tuesday, July 24, 2012

Bulan Keberkatan

Ramadhan bersua lagi. Alhamdulillah Ramadhan kali ini disambut tenang... Kenapa ayat ku begitu? SEbab Ramadhan lepas adalah agak haru biru. Maklumla masa itu Amsyar masih baby dan sukar dihandle kerana tak boleh bertukar tangan menjaga Amsyar dengan Abahnya yang masih kekok menjaga baby yang kecil. Sekarang ini Amsyar sudah besar, bolehla p main ngan abahnya sementara mummy menyediakan juadah berbuka. Sungguhpun Amsyar kalau tengok mummy dia seakan melihat malaikat dan tak mahu berpisah tapi masih boleh dipujuk oleh abahnya. Amsyar tak mau berenggang dengan mummy dia kronik betol tahap melekat dia dengan mummy nih. Walhal bukan susu badan pun.

nak cerita sikit pengalaman ramadhan tahun lepas, kami terpaksa tempah mangkuk tingkat tau sebab tak sempat masak, tak sempat g param dan abah tak boleh tengok2kan Amsyar lagi waktu itu. Juadah mangkuk tingkat tu semestinya bukan mengikut tekak suami i ler. I takpea semua i telan. Kesian B. but tahun ni Alhamdulillah, i sempatla masak yang simple2 gitu jer.

Suasana sahur takla meriah kerana hanya B sahaja yang bersahur, me akan bangun kemas dapur jer itu pun jika abah tak bantu kemas tetapi setakat ini, Abah yang akan kemas dapur lepas kami berbuka kerana me kena tidurkan Mr Teddy (Amsyar). Tapi Abah Amsyar ni memang jenis yang kena sahur. If dia tak sahur memang ala-ala budak umur 6 tahun belajar puasa la, dengan merengek nyer, melepek nyer...huhhh tak tough langsung.

Walau pun kami tidak ada bibik lagi, still can handle kot. Untung suami tak kisah makan makanan yang telah dimasak awal dan dibekukan. Yelah, macam jiran i suami dia sensitive makan makanan yang dihangatkan nanti dia cerry berry lak. So, lyn akan masak lewat malan itu untuk juadah esok atau esok-esoknya. Kahkahkah...maklum ler waktu anjal paling awal boleh ambil pun pukul 5. Suami lak walaupun tak suka lauk banyak tetapi mesti ada gulai...Complecated tue nak buat gulai mana sempatkan. Makanya kena la masak in advance.

Harapan semoga ramadhan ini memberi seribu keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Setakat ini belum jejak lagi PARAM cuma takat beli lauk2 top up gitu jer. Bulan puasa ni juga datang i punya mood nak belajar buat kuih muih tradisional. Like lompat tikam, onde-onde gitu. Saje jer, itu pun during weekend la. Ni siap nak amik cuti nak buat biskut raye tradisi seperti biskut arab dan samperit bunga. Minta2 punya masa dan kesempatan itu. dulu sebelum kawin i wajib buat biskut2 ni bersama dengan bonda tercinta. Bonda yang akan bancuh dan i yang akan tekap. Owhhh miss my mum n her food so much.

I berhajat nak cuti 10 hari raya ni. melampau tak? Takkan.hahaha...tapi so far i la rekod pemohon cuti raya paling lama. Minta2 big boss luluskan. Cuti i masih banyak hokey,,,jangan dengki tak luluskan i boikot tak g court kanggg...awwww nanti dia boikot tak bayar gaji i dok...ok la...if nak slash cuti i slash 2 hari je i kasi diskaun...waaaa boleh gitu.

Ok dah melalut sakan. Petang ni ada kes lagi. Harap tak ramai saksi so that boleh balik awal dan masak sedap2 untuk Amsyar...dan Abahnya gak la. readers and frenz SELAMAT BERBUKA PUASA & SEMOGA DIBERKATI.

Monday, July 9, 2012

Bibik

Yea, Amsyar punya bibik sebelum ini. Belum pun sempat nak khabarkan Amsyar punya bibik, the bloody hell bibik run away dah. Last Jumaat lalu dia cabut. Jahat sangatttt sebab aku dengan baik dan suci murni telah advancekan duit gaji dia kerana dia kata suami dia meninggal. Walhal itu hanya taktik kotor dia. Jahat sangat. Semoga ko akan papa kedana sentiasa. Tak baik tau makan gaji haram, memang aku tak halalkan laaa. 

Paling geram iailah, Amsyarrrrrr..huhuhuh tak pea Mummy tau walaupun mummy tak kuat tapi Amsyar mesti kuatkan. Jadi Amsyar masuk sekolah balik a.k.a nursery. Tapi kali ini hantar ke nursery lain lak. Cuba la kan tgk ok ke tak, sesuai ke tak. Tak cuba tak tahu. Cuma yang tak tahan adalah...lepas ini akan sakit memanjang. Semoga Amsyar kuat dan sihat.

OK mari cerita pasal bibik taik haram tuh. Sebenarnya, i dengan dia ok jer...tapi bibik ni ada masalah dengan ejen dia. Ejen tu sebenarnya telah tipu dia kerana sepatutnya tiada potongan gaji terhadap beliau kerana dia dah punya pasport dan telahpun berada di Malaysia. Jadi tiada kos sampingan yang perlu ditanggung oleh ejennya untuk bawa dia ke Malaysia. Tetapi ejen itu tetap mengenakan potongan 4 bulan gaji terhadap dia. Bengkek lerrr member. 

Manakala, majikan dia which is me telah terpedaya dengan dia. Katanya suami meninggal la, lalu telah ku advamcekan gajinya kerana ada belas ehsan. Rupa-rupanya dia nak lari. Bengong tolll la. But nasibbaik ejen kata nak ganti, cuma mesti sangat lambat sebab kalau dulu dah kena tunggu 3 bulan utk dapat pembantu, kali ini nampaknya ner  lagi lama tunggu sebab kan dah nak dekat bulan puasa dan lepas puasa  hari raya lak...so cukupla circle setahun nak dapatkan maid. huuuuhhh gila!

Tapi nak tak nak kena ambil juga. Tak mo kata serik sebab, memang perlukan maid. Macam sekarang ni, time takde maid la macam-macam aktiviti yang kena attend  dinnerla, family day la dll...time ada maid takda lak event nyer...LIFE kan.

OK ngantuk senguk2 dah 2 hari asik tido kul 3 jer. Sambung sengguk jap.

Wednesday, July 4, 2012

Pesanan penaja

Minggu ni minggu busy. Tadak kes pong tapi menyelesaikan admin matter dan segala bagai matter. Otak tetiba jadi stuck dan jemn. Puas la mencari ketenangan, lalu terpikir nak bblog yang sekejap tenggelam dan sekejap timbul nih.

Owhhh me juga masih gigih ganti posa. Sapa suh ganti last minit gini kan...takpea-takpea at least masa dan kesempatan itu masih ada kan. Sajer nak ingatkan rakan pembaca (kalu ado.hiiii) dan diri sendiri, esok kita bakal menyambut nisfu syaaban yea rakan-rakan, jadi tingkatkan amalan dan jauhi dosa. Insya Allah.

Frenz and dearest, i juga nak kata yang tempahan Cookies kini dibuka. Harga maintain yo, RM28 per balang. So don't missed it or u going to regret. Ok back to work beb.

Sunday, July 1, 2012

Adeiiih

Mak baru jer lepas baru satu blog yang best...blog tu best sgt sampai i sakit pale lepas baca...huhuhu biasa ler tgk lifestye orang macam free n easy jooo terus mak tertekan..huhuhu...xpo, mak coooba take it positively n sbg motivasi mak utk bkerja lebih gigih lagi. Ohhhh anak mak selerakkan cottonbud lak....anakkkkkk!