Wednesday, June 6, 2012

Mendung

Huhhh...emosi pun semendung cuaca pagi ini. Cuaca lani macam dah agak cerah sikit tapi hatiku tetap mendung. Hemmm...biasala hidup ni kena tempuh macam-macam kan baru kita jadi kuat dan tabah. Setiap orang perjalanan hidup adalah berbeza dan ujian yang ditempuh juga berbeza. Ada orang diuji dari segi kewangan, ada orang diuji dari segi rumahtangganya ada juga yang diuji dengan anak-anak. Juga ada yang diuji dengan semua seperti berikut tetapi berperingkat-peringkat. Like lepas satu-satu. Mohon agar memiliki hati yang tenang dan tabah menghadapi ujian-ujian itu. Semoga dipermudahkan dan diberi jalan penyelesaian. Atas apa jua musibah yang menimpa, syukur sangat-sangat kerana memiliki suami seperti dia kerana bersama dia InsyaAllah aku lebih kuat dan tabah mengharunginya.

2 comments:

  1. i suka ayat yang last tu... semoga dipermudahkan semua masalah kita ye yang :)

    ReplyDelete