Friday, June 8, 2012

Diapers


Hari ini kita bincang mengenai diapers baby. Saya akan menulis mengikut pengalaman Amsyar menggunakan produk-produk berikut. Jadi pandangan ini merupakan suatu pandangan peribadi sahaja dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak. Muahahaha ado disclaimer clause lagi.

OK sebelum ini Amsyar merupakan seorang pengguna diaper jenama Huggies yang devoted. Seawal kelahirannya lagi dia dah pakai jenama ini dan tidak bertukar ke mana-mana jenama lain. Semestinya la mummy dia yang devoted. Amsyar mula menggunakan Huggies merah atau dry comfort sebab berkualiti dan dapat menampung jumlah pembuangan air kencing Amsyar yang banyak kerana dia suka minum air dengan kuantiti yang banyak setiap hari.  Pada waktu malam saya hany perlu menukar lampin Amsyar ini 1-2 kali bergantung kepada jumlah pengambilan minuman Amsyar pada hari tersebut.

Akan tetapi, jenis Huggies ini sering terputus stock di pasaran menyebabkan mummy Amsyar yang devoted terhadap jenama dan jenis ini terpaksa bertukar dan menggunakan diapers Huggies jugak tetapi jenis Dry iaitu yang packaging warna biru. Jenis ini agak murah sedikit dari yang warna merah. Akan tetapi Amsyar sangat lah tidak sesuai dengan jenis ini. Selain daripada tidak dapat menampung jumlah urin baby Amsyar yang banyak yang mana kena tukar lampin pakai buang ini like setiap 3 jam sekali, ia juga telah mengakibatkan ruam dan bengkakan di penis Amsyar.

Selepas mencuba Huggies Dry dan kecewa dengan kualitinya, kami terpaksa menggunakan Huggies jenis Ultra pula kerana mengenangkan kulit Amsyar yang sensitif ini. Jadi sekiranya bekalan Huggies Dry Comfort terputus, kami akan beralih arah kepada Huggies Ultra ini. Tetapi, harganya sangat la mahal...huhuhuhu dan kami akan beli dalam kuantiti yang sedikit aja. Orang kata hanya untuk standby sahaja. Amsyar happy with this type. Cuma poket mummy la yang tak happy. Amboihhh anakku high maintenance yo!!! Kalah mummy ginih.

Selepas beberap kali jenama Huggies jenis Dry Comfort ini terputus di pasaran, baru kami tahu yang jenama jenis ini telah ditukar dengan jenis yang lain. Saya tak pasti apa namanya pula, kerana mummy tidak lagi fan to this brand. Mummy dah cuba brand baru itu tetapi mummy amat-amat kecewa dengan kualitinya yang mana kualitinya tidak setanding Huggies Dry Comfort tetapi sedikit baik dari Huggies Dry. Sungguhpun kualiti agak berkurangan Huggies Dry Comfort tetapi harga adalah sama seperti Dry Comfort. Jadi itu adalah tidak aci. Packaging juga menggunakan warna merah tetapi packaging dia pun macam dah tak menarik.hahahah betapa berputus rasanya mummy terhadap huggies hingga ke packaging pun mummy tak puas hati. Kwanggg kwangg kwangg...

Oleh yang demikian, mummy telah bertukar kepada jenama MAMYPOKO dan mummy was like kenapa  la mummy tidak menggunakan jenama ini dari dulu lagi. Yes, jawapan mummy adalah Mamypoko ini agak mahal sedikit dari jenama lain. Akan tetapi yooo, setelah mummy kira-kira dengan kos jumlah lampin yang perlu ditukar setiap hari dan kos yang terpaksa ditanggung bila Amsyar kena dibawa jumpa paed bila naik ruam, gatal amik cream segala bagai itu adalah amat berbaloi-baloi mummy gunakan mamypoko untuk si manja mummy. Jadi mummy kini akan bertukar dan menggunakan mamypoko sepenuhnya untuk Amsyar Ihdzar. Apa yang mummy perasan tido malam Amsyar Ihdzar adalah lebih nyenyak dan setakat ini memang tidak akan bocor walau banyak mana yang dia minum. memang tahanla diapers ini. i loike! malam pun mummy tidak lagi perlu menukar lampinya walaupun si kecik ini akan minum 2 botol susu dan satu botol plain water pada waktu malam. haaaa amacam tahan tak. jadi walaupun harganya agak mahal dari yang lain-lain, dengan kualiti yang ditawarkan, mummy amat berpuashati. 

Apa saja untuk mu si manja, semoga Amsyar Ihdzar membesar bagai juara! Only the best for u son.

1 comment:

  1. Best kan guna Mamypoko :D dulu pakai Drypers asyik bocor je pastu mak sedara rekomen Mamypoko. Mahal memang mahal, tak nafi tapi last long. Pakai sepanjang malam pun tak kisah.

    ReplyDelete