Monday, June 18, 2012

macam-macam

Macam-macam boleh jadi dalam hidup ini. Sedar tak sedar dah tengah tahun..kemudian sedar tak sedar dah hujung tahun. Penat lelah jerih pahit berjaya juga lalui tak kira la berlari ke merangkak ker, mengesot ker. Selagi jantung berdegup selagi alam semesta berputar hidup mesti diteruskan. Langsung itu, jangan diminta hidup yang senang tapi mintala hati yang tabah... Semoga daku makin cekal dan tabah hendaknya.

Friday, June 8, 2012

Diapers


Hari ini kita bincang mengenai diapers baby. Saya akan menulis mengikut pengalaman Amsyar menggunakan produk-produk berikut. Jadi pandangan ini merupakan suatu pandangan peribadi sahaja dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak. Muahahaha ado disclaimer clause lagi.

OK sebelum ini Amsyar merupakan seorang pengguna diaper jenama Huggies yang devoted. Seawal kelahirannya lagi dia dah pakai jenama ini dan tidak bertukar ke mana-mana jenama lain. Semestinya la mummy dia yang devoted. Amsyar mula menggunakan Huggies merah atau dry comfort sebab berkualiti dan dapat menampung jumlah pembuangan air kencing Amsyar yang banyak kerana dia suka minum air dengan kuantiti yang banyak setiap hari.  Pada waktu malam saya hany perlu menukar lampin Amsyar ini 1-2 kali bergantung kepada jumlah pengambilan minuman Amsyar pada hari tersebut.

Akan tetapi, jenis Huggies ini sering terputus stock di pasaran menyebabkan mummy Amsyar yang devoted terhadap jenama dan jenis ini terpaksa bertukar dan menggunakan diapers Huggies jugak tetapi jenis Dry iaitu yang packaging warna biru. Jenis ini agak murah sedikit dari yang warna merah. Akan tetapi Amsyar sangat lah tidak sesuai dengan jenis ini. Selain daripada tidak dapat menampung jumlah urin baby Amsyar yang banyak yang mana kena tukar lampin pakai buang ini like setiap 3 jam sekali, ia juga telah mengakibatkan ruam dan bengkakan di penis Amsyar.

Selepas mencuba Huggies Dry dan kecewa dengan kualitinya, kami terpaksa menggunakan Huggies jenis Ultra pula kerana mengenangkan kulit Amsyar yang sensitif ini. Jadi sekiranya bekalan Huggies Dry Comfort terputus, kami akan beralih arah kepada Huggies Ultra ini. Tetapi, harganya sangat la mahal...huhuhuhu dan kami akan beli dalam kuantiti yang sedikit aja. Orang kata hanya untuk standby sahaja. Amsyar happy with this type. Cuma poket mummy la yang tak happy. Amboihhh anakku high maintenance yo!!! Kalah mummy ginih.

Selepas beberap kali jenama Huggies jenis Dry Comfort ini terputus di pasaran, baru kami tahu yang jenama jenis ini telah ditukar dengan jenis yang lain. Saya tak pasti apa namanya pula, kerana mummy tidak lagi fan to this brand. Mummy dah cuba brand baru itu tetapi mummy amat-amat kecewa dengan kualitinya yang mana kualitinya tidak setanding Huggies Dry Comfort tetapi sedikit baik dari Huggies Dry. Sungguhpun kualiti agak berkurangan Huggies Dry Comfort tetapi harga adalah sama seperti Dry Comfort. Jadi itu adalah tidak aci. Packaging juga menggunakan warna merah tetapi packaging dia pun macam dah tak menarik.hahahah betapa berputus rasanya mummy terhadap huggies hingga ke packaging pun mummy tak puas hati. Kwanggg kwangg kwangg...

Oleh yang demikian, mummy telah bertukar kepada jenama MAMYPOKO dan mummy was like kenapa  la mummy tidak menggunakan jenama ini dari dulu lagi. Yes, jawapan mummy adalah Mamypoko ini agak mahal sedikit dari jenama lain. Akan tetapi yooo, setelah mummy kira-kira dengan kos jumlah lampin yang perlu ditukar setiap hari dan kos yang terpaksa ditanggung bila Amsyar kena dibawa jumpa paed bila naik ruam, gatal amik cream segala bagai itu adalah amat berbaloi-baloi mummy gunakan mamypoko untuk si manja mummy. Jadi mummy kini akan bertukar dan menggunakan mamypoko sepenuhnya untuk Amsyar Ihdzar. Apa yang mummy perasan tido malam Amsyar Ihdzar adalah lebih nyenyak dan setakat ini memang tidak akan bocor walau banyak mana yang dia minum. memang tahanla diapers ini. i loike! malam pun mummy tidak lagi perlu menukar lampinya walaupun si kecik ini akan minum 2 botol susu dan satu botol plain water pada waktu malam. haaaa amacam tahan tak. jadi walaupun harganya agak mahal dari yang lain-lain, dengan kualiti yang ditawarkan, mummy amat berpuashati. 

Apa saja untuk mu si manja, semoga Amsyar Ihdzar membesar bagai juara! Only the best for u son.

Wednesday, June 6, 2012

Mendung

Huhhh...emosi pun semendung cuaca pagi ini. Cuaca lani macam dah agak cerah sikit tapi hatiku tetap mendung. Hemmm...biasala hidup ni kena tempuh macam-macam kan baru kita jadi kuat dan tabah. Setiap orang perjalanan hidup adalah berbeza dan ujian yang ditempuh juga berbeza. Ada orang diuji dari segi kewangan, ada orang diuji dari segi rumahtangganya ada juga yang diuji dengan anak-anak. Juga ada yang diuji dengan semua seperti berikut tetapi berperingkat-peringkat. Like lepas satu-satu. Mohon agar memiliki hati yang tenang dan tabah menghadapi ujian-ujian itu. Semoga dipermudahkan dan diberi jalan penyelesaian. Atas apa jua musibah yang menimpa, syukur sangat-sangat kerana memiliki suami seperti dia kerana bersama dia InsyaAllah aku lebih kuat dan tabah mengharunginya.

Monday, June 4, 2012

Yahuuuu seketika

Kes tak jalan. so hureyy hureyyy seketika. Rasa nak balik kampung la...need to find time and not excuses kan...miss my parents :'(

Friday, June 1, 2012

REDHA

Saya baru jer baik dari diarrhea..yes again! selepas membaham gulai ikan senangin tempoyak. Anda tahu mcm mana rasa bila ciritkan. Jadi tidak perlu saya cerita sengsara pulasan cirit itu di sini..cuma yang nak cerita dalam duk cirit tu saya masih lagi bkerja dan pergi handle matter lagi. *boleh imagine* Bukan nak kata saya dedikasi gigih tekun atau apa,,,cuma saya tak suka menyusahkan orang lain. Jadi daku gagahi jua. Cuma nasib baik matter tidak lama dan tidak perlu menunggu lama sebab orang cirit tidak boleh tunggu lama kannnn.

Selesai tugas pulang ke opis selesaikan segala report yang patut sebab semalam kan hari akhir di bulan Mei jadi sengat crucial untuk pastikan repot dihantar sebelum 1 Jun yawww. Tengahhari baru dapat  pulang ke rumah dan berjumpa dengan doktor cun di Putra Heights iaitu Klinik Zetty. Ngumpat sket pasal Dr ni.. dia orangnya cantik, suka bfesyen make up tebal(jarangkan jumpa Dr. stailo gini) Tapi fesyen dia pelik2 sket i think she dares or likes to be different la kot. Pelik macam mana? Pelik macam, pakai baju leher agak luas pastu pakai tudung ala-ala bandana...Jadi bila tengok dia kita pikir sattt dia ni pkai tudung ker bandana... tapi nextime u pergi tgk dia pakai corak rimau dari kasut sampai ke tudung a.k.a bandana. Dan ada ketika dia akan pakai barang kemas rantai halus 3-4 urat gitu...gelang, subang, cincin lengkap...hemmm so u get me? But i loike her sebab bila pergi check up dia akan explain very detail. Jadi dia adalah seorang yang sangat suka bercakap dan sangat beria bila bercakap. Jadi saya akan ia kan aja apa yang dia cakap macam impress gitu walhal mata duk tengok make up dia yang agak outstanding haaa. Ok dah cerita pasal Dr cantik ni. So, i dapat MC untuk semalam and bila dr nak kasi MC utk harini sebab my blood pressure pon tinggi, i cakap xperlu sebab i akan pastikan i kena recover before midnite malam ni. Haaaaaa

Sebab nyer harini i ada matter jadi i kena kerja jugek. Bukan la nak kata ghaaajjjjjiiiiiiiin sangatttt tapi sebab i takmo kacau cuti yang i dah plan nanti atau menyusahkan orang lain, Jadi semalam dalam duk pening-pening n berak-berak i tabahkan diri prepare n baca....sambil duk tepuk si bolat yang suka tido lasak and himpit2 mummy dia. Pagi ni dengan perut yang masih ala-ala bergulung tu ku buat derk jerrr. telan ubat lebih kerap dari yang di prescribe kan ku teruskan langkah kaki.Haaaa tragis ayat macam nak kena kawin pakse jer...memang terpaksa! Sesampai ajo nampak my case not listed,,hurmmm herannn nape ekkk. Bila disemak2 baru ku tahu yang telah divacatekan tarikh dan masanya ke tarikh sebulan lagi dan jatuh pada jeng jeng jeng... tarikh i plan nak cooooti. Muahahaha rasa nak jadi hantu Nannak takkkk? Litigator bertukar menjadi aligator...nak baham jer semua orang situ....lekkk control sawan tangis tu. Lalu my blood goes up stairs.

Sabo je la.....tak baik tau...nak marah pada sapa pun tak tau..redha jela supaya hati menjadi TENANG...wah ayat Prof Muhayya habis... arini jumaat kan.. rehat panjang, nak g mall sibuk ngan budak cuti sekolah lak...baik balik umah tito ngan si bulattt. Semoga hidup ku menjadi TENANG! Esok lak nak try buat nasi dagang..first try nih harap menjadi if not lagi tension. Yelaaa nak blajar2 buat la mana tau kot hidup lagi tenang dengan kerja memasak rather then banyak duit tapi rasa depress kannn... Yelah keywords again "kita kena REDHA dengan ketentuan Allah supaya hati jadi TENANG"