Saturday, May 5, 2012

Amsyar's Birthday Party - Part 1

Mari bcerita bday party Amsyar. yeahhh bday pertama untuk anak lelakiku. Harusla mak rasa Xtra teruja kan. Well mula-mula memang tak mau sambut pun sebab ala budak setahun xtahu apa pun tambah lagi mak bizzy kerana terpaksa menghadiri persidangan di Lumut, Perak.

Tapiii memandangkan Tok Ma and Baba nya ada di KL sebab Baba undergo for some operation, mummy takmo melepaskan peluang anak mummy meraikan ulangtahunnya bersama dengan orang-orang penting ini. Saat paling berharga dan sangat disyukuri kerana dberi kesempatan untuk meraikan kelahiran bersama dengan orang tersayang..Dulu masa Amsyar baru lahir tok ma la orang yang paling bersusah payah menjaga Amsyar dan kena jaga Baba lagi.huhhh sungguh mummy terhutang nyawa pada insan bergelar mama.

Ok back to track. Ingat senangkah plan for a birthday party? tak semudah yang dlihat. Demi anak dan semangat gigih mummy curi2 masa gak. Mula-mula sekali adalah memilih tema bday. Yeaapppp mummy yang pilih "Smurfy Party Theme" si anak yang baru masuk setahun non tahu apo2. Hakikatnya, muvi dio pun mummy tak nonton lagi.Belasah ajo. Susah gak actually nk cari barangan smurf ni utk party...need to mix and match lah. But Alhamdulillah mummy puas hati.

Untuk tema Smurf Mesti la ada smurf kan...jadi mummy belila 2 ekor smurf untuk deco, Seko mummy beli di toy r us and sekor lagi abah beli di d curve kot.Banner itu kami beli d baloon buzz pilih yang ini sebab tahun-tahun depan anak-anak yang lain pun boleh guna lagi yang ini. Cuma nama and kat tepi-tepi tu abah yang tambah dan designkan smurf tu, Kira tambah sendirila. takdak closed up la banner tu yea...let me explainlah dkat nama and umur tu ada gamabr smurf. abah yang adopt dari mana ntah.




Memandangkan anak mummy masih kecil, jadi mummy xmo sakit pale nak mikir game apo,,,sebab anak mummy bukan reti nak main kan...mummy pun akan bz melayan tetamu serta jadi chef di dapur. Maka tiado kudrat nak jadi instructor game. Mummy pk mesti ada sesuatu untuk kanak-kanak supaya tidak bosan lalu mummy myediakan bubble bottle untuk kids. Abah punya duty untuk design dgn gambar-gambar smurf,,while kak farah yang tampalkan..Sungguh macam kerja kahwin jer.


Botol air mineral pun abah yang designkan. Janji bertemakan biru and smurf...have to do that lah untuk meng'smurf'kan. Actually mummy nak tempah khas the labelling tapi disebabkan last minit, printing pun tak mahu terima. Lagi pun dalam kuantiti yang sedikit so fahamla naper dorang reject. Untung abah pandai buat. If tempah pun sama jer macam abah buat kan...so bila abah yang buat bleh la bjimat sket. Nasib baik abah bkeras nak buat takder la duit mummy mbazir dan abah buatkan pun cantikkan.

Okey, sekarang nak cerita pasal party pack lak....huhhhh mencari party pack Amsyar ni mahu 5 buah mall mummy jelajahi. dalamnya ada eraser, note book, stickers, and pen. Ada di beli d Sunway Pyramid, IOI Mall janji ia adalah label smurf...gambar isi party pack ni ada dlm fone lak.... Pack itself dibeli d baloon buzz wangsa walk, brunch taipan xada lak party pack smurf ni.


ok now kita cerita pasal baju lak. Usaha nya kami nak print 3 lai baju smurf...bermula mencari design hinggalah nak cari tempat yang bleh print baju 3 lai...takat gaduh2 manja ngan abah tu toksah cakapla.sibbaik abah Amsyar ni cool orangnya....but serius mummy memang gigih mencari tempat yang blehprint baju nie...bukan senang tau nak print 3 helai ni jer. baju ini hanya siap pada malam sebelum walau djanjikan sehari sebelum...hasilnya:-
                                                                   Amsyar Smurf
                               mummy Smurf & Abah Smurf (gambar tidak memuaskan)


Baloon lak sibbaik ado yang foil gambar smurf..tambah-tambah sket baloon helium warna putih and biru..kat sini ada miscommunication sket sebab niatnya nak banyak baloon tapi abahkan tak suka mbazir so abah beli tambah 10 jer baloon ....But bagus gak abah tak beli...Ala lagupun helium ni hanya btahan 8 jam jer so not worth it.

Itu saje kita cerita utk part 1 birthday Amsyar ni. Bab makan kita cerita part II nanti. Tungguuuu....

No comments:

Post a Comment