Friday, March 23, 2012

Pasta untuk bayi

Jom masak Pasta untuk bayi. Petang ni plan nak masakan Amsyar Pasta. Ala-ala carbonara gitewww... Amsyar Ihdzar lagi 4 hari is going to be 11 months boy and dah boleh jalan about 5 steps. huhhh cepat sungguh dia membesar.Baru semalam rasa melahirkan dan luka pun tak sembuh lagi. Sudah, jangan layan perasaan itu jom kongsi resipi. Resipi aje ler gambar tak ada sebab tak buat lagi nie.

Carbonara Pasta untuk Bayi:

3 sudu Pasta untuk bayi (boleh didapati di supermarket terkemuka)-untuk 2 hidangan
sedikit mentega untuk menumis (saya gunakan minyak zaitun)
1/2 ulas bawang merah
1 Ulas bawang putih
Seketul isi ayam
2 Scoop susu (Amsyar is lactoce intolerant dan umur belum mecapai satu tahun untuk guna susu segar. Jadi boleh gunakan susu yang diminum oleh bayi sebagai alternative-bancuh dengan sedikit air terlebih dahulu)
beberapa hirisan carrot (atau cendawan) saya turut letakan bayam
secubit garam
sedikit parmesan cheese
herba rosemary/oregano jika suka

CARA-CARA:

1. sudu kecil minyak zaitun/mentega di masukkan dalam kuali tidak melekat
2.masukkan hirisan ayam dan carrot. kacau sehingga masak
3. masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga naik bau
4. masukkan susu, kacau seketika. masukkan herba dan sedikit cheese
5. masukkan secubit garam
6. sedia untuk dihidangkan

Pesanan: tunggu sejuk sat, kang meraung baby...saya nk balik buat petang nie. semoga Amsyar sukakannya. Amsyar ni kalau pelik-pelik pun dia tak makan gak. Ikut tastebud Abah dia kot. Cuba je lah, lagi pun semenjak demam hari itu dia macam tak suka nasi. Penat jer buat stock bubur nasi dengan ikan cod lagi tu. Tapi Amsyar langsung tak heran. Anak oh Anak. Mummy sayanng U!

No comments:

Post a Comment