Thursday, December 27, 2012

resipi nasi lemak simple

Sambal Sotong:

2 ekor sotong (sekor sorang) hehehe 
3 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
3 sudu cili  giling 
2 sudu air asam jawa 
1 sudu gula 
garam 

cara2:
1. tumbuk hingga lumat bawang dan halia 
2. tumis bahan yg ditumbuk dan cili giling hingga garing 
3. masukkan sotong 
4. masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa 
 5.kacau hingga sebati dan angkat. jgn masak terlama jika tidak sotong akan liat 
Sambal  Bilis:

ulangi langkah yg sama. tambahkan  air jika terlalu kering .

Nasi :

2 pot beras 
1 inci halia 
2 sudu santan pekat 
garam 
1 sudu gula
2 helai daun pandan

tanak nasi macam biasa . sukata n  air  macam biasa k. itu basic dik.

Friday, December 7, 2012

Wednesday, December 5, 2012

suara hati

Disember sudah kunjung tiba...harini juga sudah genap btugas d tempat baru. nothing much but need to learn a lot for sure. enviroment sangat lain n space juga lain. like from penthouse to flat i would say..welll i take it r as ujian ALlah.l

sebetulnya saya masih sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. tapi siapa lah saya nak merungut, jadi terimala seadanya dan sedaya upaya memujuk hati yang sangat resah. HArapan agar bisa menyesuaian diri dengan keadaan dan suasana di sini kerana dalam doa tidak henti memohon apa jua dan d mana juaku berada ku pohon agar diriku tidak jauh dariMu.

HArapan juga memohon agar kegelisahan ini tidak bpanjangan kerana ia bisa melenturkan kewarasan dan semangant ini nanti... semoga dpermudahkan perjalanan ini dan dberi ketenangan olehnya kerana hati ini sangat gundah gulanan dan sangat kusut sekali.

Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha

Nak wish Selamat Hari Raya Korban awal-awal sebab esk dh nk balikk kg dan tak tahu bila pulak nanti akan kembali bersiaran di blog ini. Lepas ni saya akan mengadap benda baru lagi, tugasan baru,tempat baru boses baru...yang penting yang big-big shot semua kat situ..i bawah dagu dorang jerrr.Huhuhu sedih? mestila, nak meroyan pun ada nie. Tapi life mesti dteruskan n bak kata Pitt, "think bout the $$$"hahaha i wish it can make me happier.

K lah, byk kerja nak settle nie. Moga ada masa n kesempatan lain utk bersiaran d sini lagi. Semoga yang baik2 sahaja berlaku dlm hidup saya hendakNya. Selamat Hari Raya Aidil Adha,,,ingat korban pada jalan Allah nescaya Allah permudahkn kamu.

Wednesday, September 12, 2012

Jatuh dan bangun jatuh dan bangun lagi

Ok...Hari ini saya tak gembira dan saya juga tidak perlu bersedih sebab apa yang berlaku luar kawalan dan kemampuan diri. Mak selalu jadi kambing hitam..atau kerja mak kena jadi kambing hitam atau mak memang kambing hitam???hemmm confuse.

Hari in mak teruk kena gerudi...apa yang mak boleh kata adalah maaf, saya akui kelemahan dan kesilapan saya...Walauuuuupun mak langsung tak akui itu adalah kesilapan mak. Kesilapan mak adalah menjadi pak sanggup konon nak tolong orang yang nyatanya bukan kes mak tapi end up mak yang kena gerudi.

Lagi satu, kes pun tak ditetapkan utnuk bicara pun ia hanya di peringkat pengurusan kes ajo, but still mak kena soal bagai mak yang bawa the matter. Jadi mak tak perlu bersedih la kann sebab mak tak di properly being informed yang pergi itu mesti pegawai yang MAKLUM mengenai Kes. Mak nak marah sape pun mak tak tahu, cukup dah mak marahkan diri ini. Jahat tau korang ni moga korang kena balasan lagi teruk dari mak. Korang tahu tak apa rasa bila kena gerudi sejam lebih,,puas mak melentok lentok tapi xdapat ehsan ponnn...

Apa-apa jelah..Sori yea blog ini memang untuk meluah rasa mak. tanak baca sudah, tak paham pun sudah sebab mak tak minta korang untuk paham pon...huhh mak pun susah nak paham dengan hidup ini. Hati mak pon tak tahu bila nak jadi tabah sebab setiap kali mak nak bangkit dari rasa kecewa,,,ia datang lagi dan lagi dan lagi....macam cabar mak untuk give up jer.....kalau macam inila gayanya, InsyaAllah, mak akan give up, cuma tunggu masa dan peluang jer...sekian.

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya

ALahamdulillah, di kesempatan yang ada nak kata SELAMAT HARI RAYA maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap. Semoga Raya tahun ini lebih berkat dan di dalam lindunganNya.

Amayar kurang sihat di Hari Raya ni.Biasalah demam dan selsema.againnn..tapi dia well Raya2012
behaved. cuma malam ni macam teruk skett..mungkin penat beraya kot. Semoga anak mami cepat sembuh.Jadi mode raya mami dah off di Raya keempat. esok duk diam-diam di rumah.


Wednesday, August 15, 2012

Mood Raya dah...

Pejam celik 2x raya dah tak lama lagi. Mood raya pun dah terasa sekarang selepas mula melayan lagu-lagu raya semalam. Biasa me xdengar pun lagu2 sekarang tapi semalam terpasang n terlayan lak. Me tak sabar nak balik berbuka dengan Abah n mama..Miss the a lot lah. Syukur Alhamdulillah, semoga diberi kesempatan menyambut HR dengan kedua ibu bapa tercinta.

Esok InsyaAllah me, Hubby n Teddy mummy akan balik ke Kampung, doa moga perjalanan lancar dan selamat tiba di kampung. Keterujaan me untuk balik ke kampung adalah tidak termasuk untuk berkemas pakaian balik kampung. Harapan sebelum ni nak mula berkemas seawal hari isnin konon, tapi hingga harini dah rabu ponnn satu haram tak masuk beg lagi. Kerisauan melanda, dahla rumah macam kapal karam...huhuhu guane nie.

Mood nak buat kerja memang doh takdok dahhh...lantok lerrr...dalam bulan pose ni i duk menyampah dengan seseorang...huhhhh berilah daku ketahanan mental dan fizikal untuk bersabar dan melayan kerenah beliauuuu...Waaaa nangis dalam hati kuat2. 

Telefon lak tadak bateri ini hari,,, lately ni always like that...cari charger tak jumpaa huuhuuu kan dah kata rumah macam kapal karammm. Ok nak cuba buat kerja dah. SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, August 7, 2012

Ohh Biskut Raya

Awal Ramadhan lalu saya sangat bersemangat untuk membuat biskut tradisi zaman berzaman. Tak buat biskut lain pun tak pea janji kena buat biskut ini. Iaitu Samperit bunga dan biskut Arab. 2 biskut ini adalah biskut tradisi keluarga. tetapi dah almost 3 years dah missed buat biskut ini.

Lalu awal ramadhan hari tu sangat la berkobar-kobar nak buat 2 jenis biskut ini. Niat ini diteruskan dengan membeli bahan-nahan untuk membuat biskut ini...tetapi sebbaik sahaja bahan-bahan dibeli minggu lepas, semangat dan mood merudum dengan tiba-tiba. Mood orang perempuan memang begini kan. Tambahan pula my baby tak berapa sihat dan tengah nak train dia untuk kurangkan minum susu malam sebab giginya dah rosak huuuhuhuhu..makanya tido malam mummy dan baby sangat terganggu. Macam mana nak buat biskutkan. Lagi satu alasan adalah acuan bunga samperit tak lawa,,,mak saya punya versi tembaga tau,,,mana nak cari ekk?

Nampaknya saya perlu menguburkan aja niat untuk membiskut. Saya akan membiskut di kedai ajo la nanti.heheheheee....tak pun makan jer famous cookies semata-mata hahahaah kata tauke FC kannn... Tempahan FC tahun ini pun hanya ambil komisyen ajer, setelah i men'sub'kan jualan. Senang idup. hahaahahaa

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan 11

Dah 11 hari berpuasa kannn...? Arini lauk pauk mak beli yoo. Mak tak letak gambar kat sini karang ado hok kuruih pose sebab teliur. Mak beli kerana mak dah lama tak top up lauk pauk mak dalam esbok tuh. Sekarang mak sangat penat...anak mak pun selsema jadi dia kerap bangun malam . Hari ini dan esok mak ado tetamu di rumah, meriah sikit bbuke,,,if not kelip2 jo bdue,,ehh bertiga sebenarnya. Hari2 mak bbuka macam nak g bperang sebab nak meng'control' anak teruna kecik mak tuh. Tapi mak bahagio punya anak seperti Amsyar Ihdzar yang asik melalak n minta d kendung... Mummy sanyang kamu teddy~motip???(rindu anak la nie) Sekian laporan mak hari ke 11 ramadhan.

Tuesday, July 24, 2012

Bulan Keberkatan

Ramadhan bersua lagi. Alhamdulillah Ramadhan kali ini disambut tenang... Kenapa ayat ku begitu? SEbab Ramadhan lepas adalah agak haru biru. Maklumla masa itu Amsyar masih baby dan sukar dihandle kerana tak boleh bertukar tangan menjaga Amsyar dengan Abahnya yang masih kekok menjaga baby yang kecil. Sekarang ini Amsyar sudah besar, bolehla p main ngan abahnya sementara mummy menyediakan juadah berbuka. Sungguhpun Amsyar kalau tengok mummy dia seakan melihat malaikat dan tak mahu berpisah tapi masih boleh dipujuk oleh abahnya. Amsyar tak mau berenggang dengan mummy dia kronik betol tahap melekat dia dengan mummy nih. Walhal bukan susu badan pun.

nak cerita sikit pengalaman ramadhan tahun lepas, kami terpaksa tempah mangkuk tingkat tau sebab tak sempat masak, tak sempat g param dan abah tak boleh tengok2kan Amsyar lagi waktu itu. Juadah mangkuk tingkat tu semestinya bukan mengikut tekak suami i ler. I takpea semua i telan. Kesian B. but tahun ni Alhamdulillah, i sempatla masak yang simple2 gitu jer.

Suasana sahur takla meriah kerana hanya B sahaja yang bersahur, me akan bangun kemas dapur jer itu pun jika abah tak bantu kemas tetapi setakat ini, Abah yang akan kemas dapur lepas kami berbuka kerana me kena tidurkan Mr Teddy (Amsyar). Tapi Abah Amsyar ni memang jenis yang kena sahur. If dia tak sahur memang ala-ala budak umur 6 tahun belajar puasa la, dengan merengek nyer, melepek nyer...huhhh tak tough langsung.

Walau pun kami tidak ada bibik lagi, still can handle kot. Untung suami tak kisah makan makanan yang telah dimasak awal dan dibekukan. Yelah, macam jiran i suami dia sensitive makan makanan yang dihangatkan nanti dia cerry berry lak. So, lyn akan masak lewat malan itu untuk juadah esok atau esok-esoknya. Kahkahkah...maklum ler waktu anjal paling awal boleh ambil pun pukul 5. Suami lak walaupun tak suka lauk banyak tetapi mesti ada gulai...Complecated tue nak buat gulai mana sempatkan. Makanya kena la masak in advance.

Harapan semoga ramadhan ini memberi seribu keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. Setakat ini belum jejak lagi PARAM cuma takat beli lauk2 top up gitu jer. Bulan puasa ni juga datang i punya mood nak belajar buat kuih muih tradisional. Like lompat tikam, onde-onde gitu. Saje jer, itu pun during weekend la. Ni siap nak amik cuti nak buat biskut raye tradisi seperti biskut arab dan samperit bunga. Minta2 punya masa dan kesempatan itu. dulu sebelum kawin i wajib buat biskut2 ni bersama dengan bonda tercinta. Bonda yang akan bancuh dan i yang akan tekap. Owhhh miss my mum n her food so much.

I berhajat nak cuti 10 hari raya ni. melampau tak? Takkan.hahaha...tapi so far i la rekod pemohon cuti raya paling lama. Minta2 big boss luluskan. Cuti i masih banyak hokey,,,jangan dengki tak luluskan i boikot tak g court kanggg...awwww nanti dia boikot tak bayar gaji i dok...ok la...if nak slash cuti i slash 2 hari je i kasi diskaun...waaaa boleh gitu.

Ok dah melalut sakan. Petang ni ada kes lagi. Harap tak ramai saksi so that boleh balik awal dan masak sedap2 untuk Amsyar...dan Abahnya gak la. readers and frenz SELAMAT BERBUKA PUASA & SEMOGA DIBERKATI.

Monday, July 9, 2012

Bibik

Yea, Amsyar punya bibik sebelum ini. Belum pun sempat nak khabarkan Amsyar punya bibik, the bloody hell bibik run away dah. Last Jumaat lalu dia cabut. Jahat sangatttt sebab aku dengan baik dan suci murni telah advancekan duit gaji dia kerana dia kata suami dia meninggal. Walhal itu hanya taktik kotor dia. Jahat sangat. Semoga ko akan papa kedana sentiasa. Tak baik tau makan gaji haram, memang aku tak halalkan laaa. 

Paling geram iailah, Amsyarrrrrr..huhuhuh tak pea Mummy tau walaupun mummy tak kuat tapi Amsyar mesti kuatkan. Jadi Amsyar masuk sekolah balik a.k.a nursery. Tapi kali ini hantar ke nursery lain lak. Cuba la kan tgk ok ke tak, sesuai ke tak. Tak cuba tak tahu. Cuma yang tak tahan adalah...lepas ini akan sakit memanjang. Semoga Amsyar kuat dan sihat.

OK mari cerita pasal bibik taik haram tuh. Sebenarnya, i dengan dia ok jer...tapi bibik ni ada masalah dengan ejen dia. Ejen tu sebenarnya telah tipu dia kerana sepatutnya tiada potongan gaji terhadap beliau kerana dia dah punya pasport dan telahpun berada di Malaysia. Jadi tiada kos sampingan yang perlu ditanggung oleh ejennya untuk bawa dia ke Malaysia. Tetapi ejen itu tetap mengenakan potongan 4 bulan gaji terhadap dia. Bengkek lerrr member. 

Manakala, majikan dia which is me telah terpedaya dengan dia. Katanya suami meninggal la, lalu telah ku advamcekan gajinya kerana ada belas ehsan. Rupa-rupanya dia nak lari. Bengong tolll la. But nasibbaik ejen kata nak ganti, cuma mesti sangat lambat sebab kalau dulu dah kena tunggu 3 bulan utk dapat pembantu, kali ini nampaknya ner  lagi lama tunggu sebab kan dah nak dekat bulan puasa dan lepas puasa  hari raya lak...so cukupla circle setahun nak dapatkan maid. huuuuhhh gila!

Tapi nak tak nak kena ambil juga. Tak mo kata serik sebab, memang perlukan maid. Macam sekarang ni, time takde maid la macam-macam aktiviti yang kena attend  dinnerla, family day la dll...time ada maid takda lak event nyer...LIFE kan.

OK ngantuk senguk2 dah 2 hari asik tido kul 3 jer. Sambung sengguk jap.

Wednesday, July 4, 2012

Pesanan penaja

Minggu ni minggu busy. Tadak kes pong tapi menyelesaikan admin matter dan segala bagai matter. Otak tetiba jadi stuck dan jemn. Puas la mencari ketenangan, lalu terpikir nak bblog yang sekejap tenggelam dan sekejap timbul nih.

Owhhh me juga masih gigih ganti posa. Sapa suh ganti last minit gini kan...takpea-takpea at least masa dan kesempatan itu masih ada kan. Sajer nak ingatkan rakan pembaca (kalu ado.hiiii) dan diri sendiri, esok kita bakal menyambut nisfu syaaban yea rakan-rakan, jadi tingkatkan amalan dan jauhi dosa. Insya Allah.

Frenz and dearest, i juga nak kata yang tempahan Cookies kini dibuka. Harga maintain yo, RM28 per balang. So don't missed it or u going to regret. Ok back to work beb.

Sunday, July 1, 2012

Adeiiih

Mak baru jer lepas baru satu blog yang best...blog tu best sgt sampai i sakit pale lepas baca...huhuhu biasa ler tgk lifestye orang macam free n easy jooo terus mak tertekan..huhuhu...xpo, mak coooba take it positively n sbg motivasi mak utk bkerja lebih gigih lagi. Ohhhh anak mak selerakkan cottonbud lak....anakkkkkk!

Monday, June 18, 2012

macam-macam

Macam-macam boleh jadi dalam hidup ini. Sedar tak sedar dah tengah tahun..kemudian sedar tak sedar dah hujung tahun. Penat lelah jerih pahit berjaya juga lalui tak kira la berlari ke merangkak ker, mengesot ker. Selagi jantung berdegup selagi alam semesta berputar hidup mesti diteruskan. Langsung itu, jangan diminta hidup yang senang tapi mintala hati yang tabah... Semoga daku makin cekal dan tabah hendaknya.

Friday, June 8, 2012

Diapers


Hari ini kita bincang mengenai diapers baby. Saya akan menulis mengikut pengalaman Amsyar menggunakan produk-produk berikut. Jadi pandangan ini merupakan suatu pandangan peribadi sahaja dan saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak. Muahahaha ado disclaimer clause lagi.

OK sebelum ini Amsyar merupakan seorang pengguna diaper jenama Huggies yang devoted. Seawal kelahirannya lagi dia dah pakai jenama ini dan tidak bertukar ke mana-mana jenama lain. Semestinya la mummy dia yang devoted. Amsyar mula menggunakan Huggies merah atau dry comfort sebab berkualiti dan dapat menampung jumlah pembuangan air kencing Amsyar yang banyak kerana dia suka minum air dengan kuantiti yang banyak setiap hari.  Pada waktu malam saya hany perlu menukar lampin Amsyar ini 1-2 kali bergantung kepada jumlah pengambilan minuman Amsyar pada hari tersebut.

Akan tetapi, jenis Huggies ini sering terputus stock di pasaran menyebabkan mummy Amsyar yang devoted terhadap jenama dan jenis ini terpaksa bertukar dan menggunakan diapers Huggies jugak tetapi jenis Dry iaitu yang packaging warna biru. Jenis ini agak murah sedikit dari yang warna merah. Akan tetapi Amsyar sangat lah tidak sesuai dengan jenis ini. Selain daripada tidak dapat menampung jumlah urin baby Amsyar yang banyak yang mana kena tukar lampin pakai buang ini like setiap 3 jam sekali, ia juga telah mengakibatkan ruam dan bengkakan di penis Amsyar.

Selepas mencuba Huggies Dry dan kecewa dengan kualitinya, kami terpaksa menggunakan Huggies jenis Ultra pula kerana mengenangkan kulit Amsyar yang sensitif ini. Jadi sekiranya bekalan Huggies Dry Comfort terputus, kami akan beralih arah kepada Huggies Ultra ini. Tetapi, harganya sangat la mahal...huhuhuhu dan kami akan beli dalam kuantiti yang sedikit aja. Orang kata hanya untuk standby sahaja. Amsyar happy with this type. Cuma poket mummy la yang tak happy. Amboihhh anakku high maintenance yo!!! Kalah mummy ginih.

Selepas beberap kali jenama Huggies jenis Dry Comfort ini terputus di pasaran, baru kami tahu yang jenama jenis ini telah ditukar dengan jenis yang lain. Saya tak pasti apa namanya pula, kerana mummy tidak lagi fan to this brand. Mummy dah cuba brand baru itu tetapi mummy amat-amat kecewa dengan kualitinya yang mana kualitinya tidak setanding Huggies Dry Comfort tetapi sedikit baik dari Huggies Dry. Sungguhpun kualiti agak berkurangan Huggies Dry Comfort tetapi harga adalah sama seperti Dry Comfort. Jadi itu adalah tidak aci. Packaging juga menggunakan warna merah tetapi packaging dia pun macam dah tak menarik.hahahah betapa berputus rasanya mummy terhadap huggies hingga ke packaging pun mummy tak puas hati. Kwanggg kwangg kwangg...

Oleh yang demikian, mummy telah bertukar kepada jenama MAMYPOKO dan mummy was like kenapa  la mummy tidak menggunakan jenama ini dari dulu lagi. Yes, jawapan mummy adalah Mamypoko ini agak mahal sedikit dari jenama lain. Akan tetapi yooo, setelah mummy kira-kira dengan kos jumlah lampin yang perlu ditukar setiap hari dan kos yang terpaksa ditanggung bila Amsyar kena dibawa jumpa paed bila naik ruam, gatal amik cream segala bagai itu adalah amat berbaloi-baloi mummy gunakan mamypoko untuk si manja mummy. Jadi mummy kini akan bertukar dan menggunakan mamypoko sepenuhnya untuk Amsyar Ihdzar. Apa yang mummy perasan tido malam Amsyar Ihdzar adalah lebih nyenyak dan setakat ini memang tidak akan bocor walau banyak mana yang dia minum. memang tahanla diapers ini. i loike! malam pun mummy tidak lagi perlu menukar lampinya walaupun si kecik ini akan minum 2 botol susu dan satu botol plain water pada waktu malam. haaaa amacam tahan tak. jadi walaupun harganya agak mahal dari yang lain-lain, dengan kualiti yang ditawarkan, mummy amat berpuashati. 

Apa saja untuk mu si manja, semoga Amsyar Ihdzar membesar bagai juara! Only the best for u son.

Wednesday, June 6, 2012

Mendung

Huhhh...emosi pun semendung cuaca pagi ini. Cuaca lani macam dah agak cerah sikit tapi hatiku tetap mendung. Hemmm...biasala hidup ni kena tempuh macam-macam kan baru kita jadi kuat dan tabah. Setiap orang perjalanan hidup adalah berbeza dan ujian yang ditempuh juga berbeza. Ada orang diuji dari segi kewangan, ada orang diuji dari segi rumahtangganya ada juga yang diuji dengan anak-anak. Juga ada yang diuji dengan semua seperti berikut tetapi berperingkat-peringkat. Like lepas satu-satu. Mohon agar memiliki hati yang tenang dan tabah menghadapi ujian-ujian itu. Semoga dipermudahkan dan diberi jalan penyelesaian. Atas apa jua musibah yang menimpa, syukur sangat-sangat kerana memiliki suami seperti dia kerana bersama dia InsyaAllah aku lebih kuat dan tabah mengharunginya.

Monday, June 4, 2012

Yahuuuu seketika

Kes tak jalan. so hureyy hureyyy seketika. Rasa nak balik kampung la...need to find time and not excuses kan...miss my parents :'(

Friday, June 1, 2012

REDHA

Saya baru jer baik dari diarrhea..yes again! selepas membaham gulai ikan senangin tempoyak. Anda tahu mcm mana rasa bila ciritkan. Jadi tidak perlu saya cerita sengsara pulasan cirit itu di sini..cuma yang nak cerita dalam duk cirit tu saya masih lagi bkerja dan pergi handle matter lagi. *boleh imagine* Bukan nak kata saya dedikasi gigih tekun atau apa,,,cuma saya tak suka menyusahkan orang lain. Jadi daku gagahi jua. Cuma nasib baik matter tidak lama dan tidak perlu menunggu lama sebab orang cirit tidak boleh tunggu lama kannnn.

Selesai tugas pulang ke opis selesaikan segala report yang patut sebab semalam kan hari akhir di bulan Mei jadi sengat crucial untuk pastikan repot dihantar sebelum 1 Jun yawww. Tengahhari baru dapat  pulang ke rumah dan berjumpa dengan doktor cun di Putra Heights iaitu Klinik Zetty. Ngumpat sket pasal Dr ni.. dia orangnya cantik, suka bfesyen make up tebal(jarangkan jumpa Dr. stailo gini) Tapi fesyen dia pelik2 sket i think she dares or likes to be different la kot. Pelik macam mana? Pelik macam, pakai baju leher agak luas pastu pakai tudung ala-ala bandana...Jadi bila tengok dia kita pikir sattt dia ni pkai tudung ker bandana... tapi nextime u pergi tgk dia pakai corak rimau dari kasut sampai ke tudung a.k.a bandana. Dan ada ketika dia akan pakai barang kemas rantai halus 3-4 urat gitu...gelang, subang, cincin lengkap...hemmm so u get me? But i loike her sebab bila pergi check up dia akan explain very detail. Jadi dia adalah seorang yang sangat suka bercakap dan sangat beria bila bercakap. Jadi saya akan ia kan aja apa yang dia cakap macam impress gitu walhal mata duk tengok make up dia yang agak outstanding haaa. Ok dah cerita pasal Dr cantik ni. So, i dapat MC untuk semalam and bila dr nak kasi MC utk harini sebab my blood pressure pon tinggi, i cakap xperlu sebab i akan pastikan i kena recover before midnite malam ni. Haaaaaa

Sebab nyer harini i ada matter jadi i kena kerja jugek. Bukan la nak kata ghaaajjjjjiiiiiiiin sangatttt tapi sebab i takmo kacau cuti yang i dah plan nanti atau menyusahkan orang lain, Jadi semalam dalam duk pening-pening n berak-berak i tabahkan diri prepare n baca....sambil duk tepuk si bolat yang suka tido lasak and himpit2 mummy dia. Pagi ni dengan perut yang masih ala-ala bergulung tu ku buat derk jerrr. telan ubat lebih kerap dari yang di prescribe kan ku teruskan langkah kaki.Haaaa tragis ayat macam nak kena kawin pakse jer...memang terpaksa! Sesampai ajo nampak my case not listed,,hurmmm herannn nape ekkk. Bila disemak2 baru ku tahu yang telah divacatekan tarikh dan masanya ke tarikh sebulan lagi dan jatuh pada jeng jeng jeng... tarikh i plan nak cooooti. Muahahaha rasa nak jadi hantu Nannak takkkk? Litigator bertukar menjadi aligator...nak baham jer semua orang situ....lekkk control sawan tangis tu. Lalu my blood goes up stairs.

Sabo je la.....tak baik tau...nak marah pada sapa pun tak tau..redha jela supaya hati menjadi TENANG...wah ayat Prof Muhayya habis... arini jumaat kan.. rehat panjang, nak g mall sibuk ngan budak cuti sekolah lak...baik balik umah tito ngan si bulattt. Semoga hidup ku menjadi TENANG! Esok lak nak try buat nasi dagang..first try nih harap menjadi if not lagi tension. Yelaaa nak blajar2 buat la mana tau kot hidup lagi tenang dengan kerja memasak rather then banyak duit tapi rasa depress kannn... Yelah keywords again "kita kena REDHA dengan ketentuan Allah supaya hati jadi TENANG"

Thursday, May 24, 2012

Cokodok pisang/jeput pisey

 Yeppp...mari kita belajar masak cokodok pisang a.k.a jepput pisey:

tak susah pon ...pejam mata pun bleh siap

bahan-bahan:

1. Pisang-sesikat mungkin. boleh gina pisang abu, nangka atau berangan.
2. Gula merah. (gula putih pun boleh)
3.Tepung gandum
4. 2 sudu kecil tepung penaik
(sila lihat gambar)




Ok jika anda perasan...bahan-bahan diatas tidak dinyatakan sukatannya. hahaha. Menangis la ko. Orang pandai masak memang macam ni. Sebab sukatannya adalah agak2! Jadi sila agak-agak sendiri nak manis takat mana. ikut level masing-masing yo. Tepung jugex samaaa jangan terlampau banyak nanti cokodok tepung namanya sebab dah tak rasa pisang dan keras macam batu.

Cara-cara:

Gaulkan ajer semua bahan-bahan. Nak campak sekalian bahan pun volehhh tapi teknik yang lyn guna adalah masukkan pisang n gula dulu. lenyekkan bersama, selepas itu baru diletakkan gandum dan serbuk penaik tueee. Baru senang nak sebatikan, Pakai senduk voleh, pakai tangan pon volehhh. Pakai tangan lagi feel. Waktu ni pejam mata pon voleh. Lenyek lah sehingga rupanya begini haaa dan sudak mesra gitewww:-

Akhir sekali goreng lerrr.. waktu nk goreng pastikan minyak betul-betul panas. Sama juga kali ini nak guna tangan pun voleh nak guna sudu pun voleh. Tapi lyn suka pakai tangan sebab bentuknya lagi cantexks uolss.
Sori gambar dah siap tadak sebab sudah dibaham oleh sekalian pemangsa...burlppp Alhamdulillah.

Ok sehingga ketemu lagi ya. daaaa.....

Tuesday, May 8, 2012

sweet corn

Saya bizzy..so brunch dgn sweet corn&pau jerrr.nk cepat la. Me also pengemar sweet corn..Tapi sweet corn nie tak sedappp. Bukan ke senang jer nk buat sweet corn ni?haiiiyaaa. Nak jual lak tu...buatla sedap2 skettt (mode emo lapa n bz).. Tapi habiskn gak sebab laparrr. Pau mkn inti jer...kulit buang. Tak sedap gak.
Apa masalah ni senarnya...hahhsahaha

Aku bizzy wehhh dateline-dateline..ehh kerja editor ker????dok ehhh. Kerja perangi rasuaahahahahah.

Sunday, May 6, 2012

Amsyar's Birthday Party - Part II

Meh kita cerita pasal food lak. Pada awalnya mummy ingat nak buat nasi ayam sebab nak panggil mkn tghari. Tapi bila pk pk semula panas kot waktu tu....berasap lak tetamu nanti. Jadi acara adalah minum petang. Maka menunya btukar dari nasi kepada mee dan satay. Mummy buat mee curry sebab mummy rasa mummy pandai buat mee curry...kahkahkah...mummy kata pandai k bukan terror. Alhamdulillah sapu licin mee curry mummy,kira pandaila budget makanan untuk 30orang gitew. Satay kami tempah d Satay Hj Samuri yang akan sentiasa jadi makanan pelengkap majlis kami.... Satay ayam dan daging juga sapu licin. bagusss.

Pulut kuning ni lak tokma yang buatkan. Sedapppp makan bsama dengan rendang daging yang juga tokma yang buatkan. Terima kasih Tokma. nanti mummy blajar camno nak buat pulut kuning ni...nampak macam senang jer tokma buat.


Untuk sweet treats lak semua mummy tempah dengan syarat dihantar terus di depan muka pintu umah. taksempat kot nak g kutip and beli d kedai sendiri. Jadi harus yang boleh hantar terus ke rumah. Setelah beberapa minggu sebelum itu mengoogle mummy tempah kek rainbow Ams ini dari Little Thumb Bakers. Sedap keknya bleh tgk pics. Selain kek Bday, Red Velvet dan pavlova ni tempah dari Little Thum Bakers gak. RV & Pavlova adalah sangat sedap.Im a satisfied customer lah....thinking nak tempah lagi...hemmm












Nak tahu harga, sila visit ke FB beliau,,,sorry takbuat link here.

Untuk tartlet lak, i tempah dengan en. mazlan. Ini pun dhantar terus depan pintu rumah..before this dah pernah tempah dengan dia dah...untuk majlis apatah lupa...ada sedikit kenaikan harga tapi takkisahla...janji depan pintu umahkan. Dia buat macam-macam blueberry tart, fruits tarts tapi ini mummy tempah blueberry tart kot.


Selain dari tu tokma buatkan pudding laici gak and mummy buatkan jelly custard cocktail pudding...cuma tiada dalam simpanan gambar..tak sempat snapp.


Thanxs a lot pada yang sudi hadir utk bday Amsyar ini. Keluarga terdekat terutamanya.



pada yang teliur ni apa tunggu lagi...cepat la tempah. Cewahhh promo lak hihihiii....

untuk anak mummy moga membesar bagai juara. mummy love u son!


Saturday, May 5, 2012

Amsyar's Birthday Party - Part 1

Mari bcerita bday party Amsyar. yeahhh bday pertama untuk anak lelakiku. Harusla mak rasa Xtra teruja kan. Well mula-mula memang tak mau sambut pun sebab ala budak setahun xtahu apa pun tambah lagi mak bizzy kerana terpaksa menghadiri persidangan di Lumut, Perak.

Tapiii memandangkan Tok Ma and Baba nya ada di KL sebab Baba undergo for some operation, mummy takmo melepaskan peluang anak mummy meraikan ulangtahunnya bersama dengan orang-orang penting ini. Saat paling berharga dan sangat disyukuri kerana dberi kesempatan untuk meraikan kelahiran bersama dengan orang tersayang..Dulu masa Amsyar baru lahir tok ma la orang yang paling bersusah payah menjaga Amsyar dan kena jaga Baba lagi.huhhh sungguh mummy terhutang nyawa pada insan bergelar mama.

Ok back to track. Ingat senangkah plan for a birthday party? tak semudah yang dlihat. Demi anak dan semangat gigih mummy curi2 masa gak. Mula-mula sekali adalah memilih tema bday. Yeaapppp mummy yang pilih "Smurfy Party Theme" si anak yang baru masuk setahun non tahu apo2. Hakikatnya, muvi dio pun mummy tak nonton lagi.Belasah ajo. Susah gak actually nk cari barangan smurf ni utk party...need to mix and match lah. But Alhamdulillah mummy puas hati.

Untuk tema Smurf Mesti la ada smurf kan...jadi mummy belila 2 ekor smurf untuk deco, Seko mummy beli di toy r us and sekor lagi abah beli di d curve kot.Banner itu kami beli d baloon buzz pilih yang ini sebab tahun-tahun depan anak-anak yang lain pun boleh guna lagi yang ini. Cuma nama and kat tepi-tepi tu abah yang tambah dan designkan smurf tu, Kira tambah sendirila. takdak closed up la banner tu yea...let me explainlah dkat nama and umur tu ada gamabr smurf. abah yang adopt dari mana ntah.




Memandangkan anak mummy masih kecil, jadi mummy xmo sakit pale nak mikir game apo,,,sebab anak mummy bukan reti nak main kan...mummy pun akan bz melayan tetamu serta jadi chef di dapur. Maka tiado kudrat nak jadi instructor game. Mummy pk mesti ada sesuatu untuk kanak-kanak supaya tidak bosan lalu mummy myediakan bubble bottle untuk kids. Abah punya duty untuk design dgn gambar-gambar smurf,,while kak farah yang tampalkan..Sungguh macam kerja kahwin jer.


Botol air mineral pun abah yang designkan. Janji bertemakan biru and smurf...have to do that lah untuk meng'smurf'kan. Actually mummy nak tempah khas the labelling tapi disebabkan last minit, printing pun tak mahu terima. Lagi pun dalam kuantiti yang sedikit so fahamla naper dorang reject. Untung abah pandai buat. If tempah pun sama jer macam abah buat kan...so bila abah yang buat bleh la bjimat sket. Nasib baik abah bkeras nak buat takder la duit mummy mbazir dan abah buatkan pun cantikkan.

Okey, sekarang nak cerita pasal party pack lak....huhhhh mencari party pack Amsyar ni mahu 5 buah mall mummy jelajahi. dalamnya ada eraser, note book, stickers, and pen. Ada di beli d Sunway Pyramid, IOI Mall janji ia adalah label smurf...gambar isi party pack ni ada dlm fone lak.... Pack itself dibeli d baloon buzz wangsa walk, brunch taipan xada lak party pack smurf ni.


ok now kita cerita pasal baju lak. Usaha nya kami nak print 3 lai baju smurf...bermula mencari design hinggalah nak cari tempat yang bleh print baju 3 lai...takat gaduh2 manja ngan abah tu toksah cakapla.sibbaik abah Amsyar ni cool orangnya....but serius mummy memang gigih mencari tempat yang blehprint baju nie...bukan senang tau nak print 3 helai ni jer. baju ini hanya siap pada malam sebelum walau djanjikan sehari sebelum...hasilnya:-
                                                                   Amsyar Smurf
                               mummy Smurf & Abah Smurf (gambar tidak memuaskan)


Baloon lak sibbaik ado yang foil gambar smurf..tambah-tambah sket baloon helium warna putih and biru..kat sini ada miscommunication sket sebab niatnya nak banyak baloon tapi abahkan tak suka mbazir so abah beli tambah 10 jer baloon ....But bagus gak abah tak beli...Ala lagupun helium ni hanya btahan 8 jam jer so not worth it.

Itu saje kita cerita utk part 1 birthday Amsyar ni. Bab makan kita cerita part II nanti. Tungguuuu....

Wednesday, May 2, 2012

Update

Will update with my lil boy lil smurfy party later. right now im very busy and my schedule very tight with submissions.  Thank you

Friday, April 27, 2012

Amsyar turn 1 today

Amsyr Ihdzar turned one today. Sadly my cant hug u now  because mummy is away in perak...promise will hug n kiss u once mmmy back home soon. Only Allah knows how it feel right

My doa' is that u will be a healthy active clever boy... good son to us ,the one that bring the joy and happiness to mummy and abah...a good muslim and may Allah protect u alway because you r very precious to me and Abah.

i'M sorry if i cannot be a good mother to you. but hope u know and understand that im trying and learning very best to be the one for you and mummy know that you are a good son and will be my pride.mummy had been tested by Allah  from day one mummy carrying you untill the day u came out...but mummy know..it worth it boy.  syukur Alhamdulillah,,,,finally on 27th April 2011 you was safely born @6.15 pm by way of ceaserian....

mummy love you so much boy and mummy thank Allah for giving me the opportunity to have you in this world and im bless with the gift...thank you Allah. Amsyar,mummy sayang u a lot.if u ever read this in future...mummy just want you to be anak yang soleh.

HAPPY FIRST BIRTHDAY TO MY LIL CALIPH AMSYAR IHDZAR BIN BIKHAIRIN IHDZAR

Friday, April 20, 2012

Sunway Medical Centre

Jumaat yang hening. 20/4/2012....again,abah masuk hosp.untuk sekian kali. kali ini di Sunway.so i shld be with him la.doakan agar semuanya baik-baik belaka and abah dalam keadaan baik.

Tuesday, April 17, 2012

Party Planner

Owhhh totally not me hokey. Harap jer bufday anak. Untuk orang lain tak tentu mak akan segigih ini. Amsyar Ihdzar sila kenang jasa ibu mu ini. Kenang kan jer mummy akan bpuas hati :)Untuk mencapai tema yang dipilih, setakat ini mummy dah turun naik 4 buah mall hokey. Gigih tak mummy. Seingat mummy, mummy gigih macam ni waktu nak prepare wedding mummy 4 tahun lpas jooo tawww.

Alhamdulillah, party pack dah settle. Cakes and some of sweet treats dah settle. balloon dah. Iyolah yang benda-benda nk menempah udoh settle. Part kerja abah nak design2, tagging, print2 still in progress. Bare in mind i l be away next week. Camno tuh...kerja kraf perlukan masa kannn..xpea2 positive2! kahkahkahkah...di mana ada kemahuan di situ ado jalan. yiiihaaaa...

Tapikan....dalam i duk excited nk sambut Bdaf for my boy ni, deep inside sgt risau bout my dad. He's coming for a treatment...hope everything will be ok after his treatment. His condition right now not really good, the vascular vibration (for dialysis patient) getting slow it is not a good sign. hemmmm Ya Allah engkau permudahkanlah segalanya. So the party also subject to his condition gak. Hope he will be ok after the check up. Aminn

Okeh balik semula excited cerita bday Amsyar. sekarang yg still status undone adalah t-shirt printing, gift for adults, invitation, main dishes, tables and chairs and decoration. Ini kena buat last minit buat sendiri lak tueeee. Owh pengsannn....jangan lagi jangan lagi.

Guests pun tak finalize and short list lagi.... bpinar mata. kejap 40 pax kejap 30 pax...adoiiiyaiii feninggg ok. Again yang tak dijemput minta maaf banyak2...nanti mak janji bila mak panjang umur murah rezeki, ado masa mak buat besar2ran gitewww mak jempot satu taman tawww...yang ini punya my, jiran pun mak tak mampu nak jemput.. sshsssshssshhh terukkan. Maaf sangat2.

Harap nanti semua bjalan lancar seperti yang dirancang hendaknya Aminnn...

Friday, April 13, 2012

planning...


i' m planning something for my baby boy...yeahhh Amsyar is going to be 1 yr soon. But he still and forever will be my baby. So many ideas and design in my head now but since it is last minute plan then very difficult for me to execute it. So sad...

Last minute, because before this i dont want to celebrate but...i think i need to la. At least a small party for my son. However on the day he turn 1, i will be away...huhuhuhu *sob*sob*sob* i need to attend conference for 4days hokey...#berkhidmat untuk negara# that is the reason too.

It is not going to be a big party k...Only for dearest and nearest -no heart feeling yaa... it really-really going to be a small party with a theme : SMURF hahahah...it is not easy hokey. Last minute means DIY from A-Z...we see how it is going to be.

InsyaAllah we will invite more guests next year. Saborrr jela

Friday, March 23, 2012

Pasta untuk bayi

Jom masak Pasta untuk bayi. Petang ni plan nak masakan Amsyar Pasta. Ala-ala carbonara gitewww... Amsyar Ihdzar lagi 4 hari is going to be 11 months boy and dah boleh jalan about 5 steps. huhhh cepat sungguh dia membesar.Baru semalam rasa melahirkan dan luka pun tak sembuh lagi. Sudah, jangan layan perasaan itu jom kongsi resipi. Resipi aje ler gambar tak ada sebab tak buat lagi nie.

Carbonara Pasta untuk Bayi:

3 sudu Pasta untuk bayi (boleh didapati di supermarket terkemuka)-untuk 2 hidangan
sedikit mentega untuk menumis (saya gunakan minyak zaitun)
1/2 ulas bawang merah
1 Ulas bawang putih
Seketul isi ayam
2 Scoop susu (Amsyar is lactoce intolerant dan umur belum mecapai satu tahun untuk guna susu segar. Jadi boleh gunakan susu yang diminum oleh bayi sebagai alternative-bancuh dengan sedikit air terlebih dahulu)
beberapa hirisan carrot (atau cendawan) saya turut letakan bayam
secubit garam
sedikit parmesan cheese
herba rosemary/oregano jika suka

CARA-CARA:

1. sudu kecil minyak zaitun/mentega di masukkan dalam kuali tidak melekat
2.masukkan hirisan ayam dan carrot. kacau sehingga masak
3. masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga naik bau
4. masukkan susu, kacau seketika. masukkan herba dan sedikit cheese
5. masukkan secubit garam
6. sedia untuk dihidangkan

Pesanan: tunggu sejuk sat, kang meraung baby...saya nk balik buat petang nie. semoga Amsyar sukakannya. Amsyar ni kalau pelik-pelik pun dia tak makan gak. Ikut tastebud Abah dia kot. Cuba je lah, lagi pun semenjak demam hari itu dia macam tak suka nasi. Penat jer buat stock bubur nasi dengan ikan cod lagi tu. Tapi Amsyar langsung tak heran. Anak oh Anak. Mummy sayanng U!

Tuesday, March 13, 2012

Melalak la kau

Huhuhuhuh...hidup terancam perasaan sendiri sekarang. Hari-hari melalak..hari-hari memujuk diri sendiri untuk menjadi tabah. Sampai bila? tak tahan dan tak tahu nak bersabar hingga bila. Liku-liku perjalanan terasa makin gelap dan makin melemahkan semangat sahaja....cuba untuk pasrah dan cuba untuk redha atas nasib diri dan ketentuan...tapi akan ada sahaja ujian yang menyentap ketabahan diri.

Langkah hari-hari sememangnya makin lemah. memang sudah tidak healthy life lagi. Sakit akibat menahan tekanan berpanjangan. Pressure ini lain macam sket...tak mampu rasanya nie...macam mana nie????Apa pilihan yang ada di depan???tadokkk...huhuhuhu melalak lagiiii.

Tuesday, March 6, 2012

Adeeiihh

What is going on with me...my life doesn't seem interesting anymore. im carrying heavy duty (myself, mylife, mywork and mytask) Arggghhhh....i need to spice up my life. no body can cheer me up unless me myself rite. I need to be positive..think and act positively...no need to pressure myself for nothing! i need L I F E and L I V E PEACEfully...hemmmm

That is just METHODOLOGY not easy to practice somehow not impossible to implement... need to learn , to like , to swallow and to accept it.

Yang penting AKU SAYANG ANAK AKU! AMSYAR IHDZAR BIN BIKHAIRIN IHDZAR (AIBI)

Tuesday, February 14, 2012

kisah semalam

Kena pegi gak meeting. Ner paksa gak!n mmg instinct I tepat n benar. Kemalasan adalah bersebab~nak kena hentam rupanya. Padanla beria sangat suh me p meeting. Masyarakatt! Me pun elok jer smoothly sampai ke tpt meeting, wlhal bukaan penah p sana pun. Hemmm... Kiri kanan seyhh ner hentam.perrrgh! Xpea saya tahu saya baru dan kAmu soooka suki buat me cenggitu. Xpea ado ubi ado batas kan! Balik joo rasa meruap n terrrbakar.lalu saya membakar seharian bekerja saya dgn kemarahan. Langsung xleh buat ker sebab duk layan marah tu sangat. Adeiiihhh, harini dan hari2 seterusnya adalah horrible day. SEkian.

Monday, February 13, 2012

Hari ini..

1. Mula mula jalan jemn.--sibbaik sempat punched in

2. Sampai opis jo cakap ado meeting.

3. Bukan d opis ini tapi opis satu lagi. 20km away.

4. Harusla mak x pegi...mak ado kijo manyak arini.--next week sampai bulan 4 mak ado bicaro non stop.

5. Mak xkiro persepsi masyarakat lagi...mak ikot kepla hotak mak jooo..Hokeyyy...

6. Jangan arah2 mak, mak xsoooka!
(Mak masih berangan mak berdaulat macam dolu dolu...muahahahah---okey xpea, mak tau mak xberdaulat lagi sekarang, tapi mak ado pendirian...mak xmo p meeting hokey!)

7. Shuhhh...p main jauh-jauh.

Sunday, February 5, 2012

salam maulid

selamat menyambut maulidur rasul.semoga kita mendapat syafaat dari junjungan besar rasulullah s.a.w...alhamdulillah kesempatan cuti yg agak panjang ini kami sekeluarga sempat b cuti ke utara tanahair.

bukan senang untuk p bcuti..sebab selalunya cuti yg ado dgunakan untuk blk kg menziarah ibubapa yang sudah uzur dan tua. kali ini, kami last minit plan. tapi nasib baik hotel pun masih ada,,mungkin rezeki kami.

destinasi percutian pilihan adalah ke pulau mutiara...hotel impian hotel batu keras.hihihi..cuma bilik impian belum tertunai lagi. semestinya akan kembali lagi dan menginap di bilik impian bila baby Amsyar besar sikit nanti.

bercuti bsama si kecil yang sekejap demam sekejap sihat ni agak membataskan aktiviti..maka aktiviti kami semestinya makan lerr. itu akan dceritakan waktu lain sebab wakyu ini me masih lagi menikmati cooti di pulai mutiara ini dan misi jalan-jalan makan kami baru sahaja nak bermula cuma menunggu si baby Amsyar ini bangun. lama dah dia terbongkang ni...bersungguh benar tido macam tido malam. mungkin penat bjalan d pasar malam batu feringghi semalam kot.

owh..nak note kasini gak sikit. hotel batu keras ni best!!!yeala selain dari hotelnya baru, swimmingpool nya sangat best kiddos mesti akan suka. food ok ok la, besides that kami makan d lounge floor kami menginap.so sangat privacy di situ. dengan ada anak kecik ni ia sangat advantage pada kami sebab tak payah berebut2. sangat selesa. cuma bila private, makanan di saji dalam kuantitikecil sajala. but varieties.

ok i smbg lain kali.bby sudah bgn