Wednesday, March 2, 2011

Al-Fatihah

Berat sungguh dugaan itu. Semoga tabah hadapinya buat isterinya W Mohd Fadzil. Pagi ini kekalutan melanda diri, serba tak kena rasanya. Rupanya perkabaran teman pengajianku telah kembali ke Rahmatullah. Kali terakhir berjumpa dengan arwah mungkin 5 tahun dulu, tapi wajahnya masih dalam ingatan.

Semoga arwah dicucuri limpah rahmat dari yang Esa. Aduhhh berat sungguh dugaan ini. Arwah baru sahaja dikurniakan cahaya mata kedua yang baru berusia 4 bulan. Juga baru saja pulang ke Tanah Air dari tugasan di Pakistan. Tuhan memang lebih menyayanginya.

Sempat singgah sebentar di Blog tulisan nukilan hatinya-Nafastari...bergenang air mata mambaca nukilan arwah buat anak-anaknya. Aduh....kehilangan itu sangat memeritkan bukan?merobek jantung meruntuh semangat. Namun kita pasti akan kembali mengadap ilahi dan kehilangan itu pasti dirasai.

No comments:

Post a Comment