Tuesday, February 22, 2011

Menu orang sakit

Uhukk...uhukkk batuk lak. Asyik sakit kan. Antibodi dah lemah. Tua dah agak nyer senang jatuh sakit. So lembixs! Redha aja kan sakit itukan menghapus dosa.

Menu orang sakit tekak:
Bee Hoon Sup. Buatan sendiri. Last-last hanya makan telur dengan hirup sup nye jer. Lauk dan bee hoon masuk Tong Sam Pah. Tadak selera


Ini lak bubur nasi. Me panggil nasi air. Licin jer masuk kerongkong. Makan sama serunding daging sama telur asin. Sedap-sedap!

Sedih dop orang menggandung makan macam gini? Macam dah duk dalam pantang lak. Adeiihhhh...lekas baik yuk!

Thursday, February 17, 2011

Againnnn

Alamak....tekak perit dan ada unsur-unsur kebatukkan. Ini paling di takuti. Dr dah pesan jangan main ujan dan amik vit C. Saya takla main ujan...ner rintik2 jer.. vit C pun ada amik. Tapi still batuk2 cuma ada kurang minum air. uhukk uhukk...uhukk uhukkk... adeiihhh tak suka!!!!

Saya perlu sihat dan cerdas untuk shopping barang baby.! Chayukkk

Friday, February 11, 2011

Tengah hari

Arini jumaat...rehat panjang sket. Tapi i rehat kul 1 gak. Matter abis lambat. Itu pun mujur abis kul 1 di sebabkan ada permohonan terbaru. If not arini berlarutan keja sampai kul 2. Haaaa mantap tak i. Ada sapa2 kisahhhh? takdokkk punnnnn...

Nak cakap nyer... Anak yang di kandung nie, tengah ari buta mengidam tosei la pulakkkk..dahla di hari jumaat yang mulia, mamak p sembahyang la baby. Puas musing (pusing) cari mamak yang bukak tadi..adala yang bukak, tapi tak buat la tosei tgh hari buta ginih...temenung jap kat kedai mamak tuh. Hampa,, tapi predicted, jadi takda la i berdrama, terima keadaan seadanya.

Lalu menu hari ini sekadar mee goreng mamak dan rojak ayam mamak. Sekadar yea. Sedapnyer if dapat makan rojak ss15. Pulak dah.. Adeiiii byk nyer benda nak ner mkn nie. Ni mengidam ker apa. Tak faham laaaa... mana satu nk mkn nie? Macam esok takleh makan dah kan..Apa daaaa. Sabar sket.

Naper arini teringin makanan mamak lak..macam2. Menurun sangat la abah dia nyerrr.. If mummy dio mesti teringin sushi, wagyu spare rib, crab.Heheheh B jangan marah. Ada yang nak belanja wagyu ker? dengar ada dapat bonus (pada yang berkenaan).

Alhamdulillah dh kenyang. Jom baca file...sat lagi keputusan

Monday, February 7, 2011

Panic Attack

U dah ready beg hospital?
Haaa...?
Tak letak dalam keta?
Tak..
U jangan!! cousin i beranak 2 minggu awal.
Yea la U, sedara i beranak 2 bulan awal dari due date tau.
Urrrlpppp....K

Muahahaha i dah rasa nervous,,jeng jeng jengggg...BABY jangan kuar lagi tau..! Keluar bila sepatutnya yea.

Thursday, February 3, 2011

Melenggang perut.

Melenggang perut? Apakah? masih relevant lagi ker dengan zaman kini. Apa hukumnya? Haaaa silalah buat research sendiri...boleh juga rujuk laman ini dan yang sewaktu dengannya http://www.ashtech.com.my/adat/lenggang_perut.html

Kalau bukan disebabkan suasana dan keadaan yang tak mengizinkan, i mungkin akan terjebak dengan adat silam ini juga. Tapi Alhamdulillah, setiap yang berlaku ada sebab musababnya kan! Jadi i decide hanya membuat solat hajat sahaja daripada melakukan adat melenggang perut.

Dalam duk sarat mengandung nie pastinya akan membataskan pergerakan. But Again Alhamdulillah kudrat yang ada ini masih mampu dikerah untuk melaksanakan takat yang termampu. Terkilan dengan beberapa perkara itu lumrah la ibu mengandungkan sensitif. Alhamdulillah juga saya punya ibu superwoman...I owe you my life mama. Can i be as good as her???i wont find anybody like her in this entire universe. Kasih ibukan...again,,,,can i be like her???I'm still wondering and doubtful... Masakan tidak,,,menjaga ayahanda yang sakit lagi dan melayan kerenah anak mengandung dan menyediakan segala2nya bagi solat hajat ini pada usia dan kudrat beliau yang ada bukan sesuatu yang ringan dan enteng.

Special thanks juga pada yang ringan tulang membantu. Buat baik pastinya dibalas baik.Yang melarikan diri dan hanya muncul bila lapar tak pea, i faham ini bukan kerja kamu...segalanya masih berjalan lancar tak perlu menyakitkan hati orang lain...cuba renung2kan kenapa idup kita tak pernah tenang? Jawapannya sebab idup tak pernah jujur dan ikhlas.. as simple as that.

Lately ini byk yang difikirkan. Nak dikatakan jiwa ni terlalu sensitif rasanya tidak juga kerana setakat ini i tak penah menangis sebab nak makan sesuatu dalam keadaan dan kadar yang segera atau minta yang pelik2 hingga berputar suami mencari. Kisah2 demikian kan sering kita dengar terjadi pada mereka yang berbadan dua. I rasa setakat ni i takla banyak kerenah..tapi disebabkan tak banyak kerenah ni juga si suami akan mengambil enteng pada kita. When we try very hard not to make him miserable he will then take us for granted. Bila kita cuba sedaya buat segalanya sendiri, dia akan anggap isterinya ok dan tak apa.. Yeala bukan dia yang mengandungkan dan dia takkan rasa macam mana carrying a baby for 9 months 10 days. Si suami juga tak tahu nk tolerate dengan beberapa perkara,,,bila minat dan tugas in conflict, minat di prevailkan. Bengkak jugak dada nie...Mungkin juga lately ni jiwa ibu mengandung ni makin tak keruan,,,jadi saya tuntut extra care dan understanding dari suami saya!

Esok udah mau berangkat ke Istana kayangan...penat memang masih belum reda,,,tapi ahad perlu bertugas...I nie kalu beri cuti 12 bulan pun takkan cukup...dulu waktu adrenalin berlebihan tak hingin cuti tapi kini kalau boleh hari2 nak cuti....i need to be tough kan. I know im kinda lembixs gal...nanti jadi ibu lagi penatkan. So jangan banyak merungut!

Beruntung pada mereka yang dapat tinggal dengan parents yang masih sihat walafiat. Anak bongsu macam i nie dah tak dapat privilege mcm tue lagi dah... But what ever it is i tetap bersyukur sebab punya abah and mama lagi...harap kamu-kamu-kamu juga bersyukur kerana nikmat ini tiada harga dan bandingannya.