Sunday, September 19, 2010

Terkenang

Sekadar terkenang....
Syawal ini patutnya kami meraikan kehadiran orang baru,
tapi hajat tak kesampaian.

Tuhan pastinya tahu apa yg terbaik bagi kami.
Ku pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku.

Semoga ada berita yang menggembirakn kelak.
Hanya Dia saja yang tahu kann...

Monday, September 13, 2010

Aidilfitri 2010

Alhamdulillah semoga sempurna ibadah puasa yang lalu dan lebaran ini penuh bermakna buat semua. Ku panjatkan kesyukuran kerna Lebaran ini yang Esa masih izinkan ku berhari raya bersama keluarga tercinta. Tiada yang lebih bermakna dari itu bukan.

Raya ke-4 baru punya kesempatan menghapdate entri yang lama sudah bersawang dek kesibukan urusan duniawi dan tanggungjawab yang wajib dan perlu dipenuhi. Tak punya gambar raya tahun ini...semua pakat tanak amik gambar kerana keuzuran ayahanda dan tak mahu potretkan kesakitan beliau. Raya kami sedang2 saja tapi meriah kerana kesempatan berhari raya dengan Ayahanda, Bonda dan Bonda mertua.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... itu saja. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman teman dan pembaca yang sudi dan setia menjengguk blog ini walau jarang terisi.