Thursday, July 29, 2010

Flora & Fauna

Lets attach to nature. Muahahaha penchinta alam konon. Takda kena mengena yea. Ini sebenarnya tema Dinner pada minggu depan. yea temanya FLORA & FAUNA...hemmm camno tue? terasa mcm budak tadika lak. Biasakan dinner mengelipppp gitew bajunya. Tapi if tema FLORA & FAUNA camno yea? pokok bergerak nanti atau pernah tgk teater kanak2???hahahahaa gitewww la nanti rupanya. Pakai jer costume ladybird ker kura-kura ker...hermmm adeeiiihh takkan la kot. Atau nak put lots of afford make up ginih:-

















Tq Mr. Google for the idea.

So mana satu yg berkenan? Ngeri pun yea...Hahahha...adeeiiih Akak simple2 jer la..Malas nak invest -mood tak mari la.Pakai jer yang mana ada, pastu letak sepasu bunga atas kepala. Boleh? ikutkan hati tak hingin pun nak g. Dengan MIL yg sakit-posa pun nk dekat. Tapi yela, i kan org baru...jangan buat pasal yea. Go with da flowwwwww then tgk2 hanyut sampai ke dasar lautan hindi.

Tuesday, July 27, 2010

Turuti kata hati

Hatiku gundah gelana kerana MIL ditahan di wad. Hubby dah ke pangkuan MIL dan kenapa i tak balik? Apa jua tanggapan kamu kamu kamu tak mengapa,,,itu tak penting bagi ku. Tuhan sahaja yang tahu dan layak menghakimi ku. Alhamdulillah suami ku faham kondisi ku.

Bila hati tak tenang, dengari kata hati itukan....semoga diringankan segala kesulitan dan disembuhkan segala kesakitan. ingin saja ku terbang melayang ke sana.

Monday, July 26, 2010

Laksa Penang

Sabtu lalu yang membahagiakan. Kenapa bahagia? sebab i punya waktu memasak. Masak apa? Buat laksa penang. Seronok yang amat sangat sebab menjadi. Siap hantarkan pada SIL lagi. Maknanya berjaya la tue, if not macam seganlah nk kasi if tak sedapkan. Trima kasih pada Kak nor yang sudi bkongsi resipi. Memang menyengat ahh resipi ni, mudah dan yang penting sedappppp. Pendek kata yang makan rasa puas hati dan yang masak pun puas hatiii...cukuppppp rasa! Those yang nk resipi pls refer to kak nor. Mekasih yea kak nor tumpang kongsi resipi yea, minta izin.





Eksibit 1: Kuah Laksa pinang yang dibuat daripada 2 kilo ikan kembung..Betul2 Ho Liaow!


Eksibit 2: rencah rencah penting yang memberi kick to the taste



Eksibit 3: Home made is da best eva!

Nie first time buat laksa. Sebab itu impress dengan rasanya. Ala buat laksa nie tak susah pun kan. Janji jangan kedekut ikan, Tgk tu ikan ketul2 lagi. Buat sendiri harus la lumayankan, bukan nk jual nie. Okla next week hope leh masak lagi, plan for somtin italiano...walaaa






Sunday, July 18, 2010

Begitu sahaja akhirnya?

Amat sediih....semudah itu lafaznya. Walau i bukan mangsanya tapi beban itu dirasai..Mungkin kamu tak faham apa yang ku 'racaukan' (ada ker word nie?) Tapi mari kita sama-sama bayangkan apa rasanya?

Perkahwinan atas dasar 'CINTA' ,tak kira la berapa jam, hari, bulan, tahun kurun atau abad...menjadi SECRET ADMIRE sejak bertahun2 lama...cinta dalam diam konon...SAMPAH betul!

Saat ijab dan kabul,kemeriahan terasa, kesyukuran dipanjatkan atas cinta lama tercapai..yang diidamkan selama ini menjadi milik ABADI. Namun usia perkahwinan belum mencecah sepurnama, semudah itu dilafazkan kata CERAI...Astaghfirullah...kenapa seZALIM itu yea?

Mana perginya kata 'andai cinta ini ditolak akan ku tunggu dia bertahun lamanya hingga pintu hatinya terbuka untuk ku??!!!' Semudah itu tinggalkan apa yang di GILA-GILA kan selama ini. PROVOKASI menyentap akalmu, AMARAH mengusik pertimbanganmu...kenapa?

Kenapa titik persefahaman itu susah dicari?adakah telah dicari?atau EGO diri mengaburi CINTA?Mestikah akhirannya begini?Walau apa pun alasannya, pertalian itu patut dipertahankan. Anak yang baik belum tentu menjanjikan dia suami yang baik-begitu juga wajah yang lembut belum menjanjikan kepatuhan telunjukmu.

Bukan memihak sesiapa tapi AKU tak faham...kenapa semudah itu CINTA berakhir????lenyap begitu sahaja hanya kerana watak2 sampingan seperti yang ada dalam slot drama kekeluargaan?Sedangkan antara KAMU dan KAMU tiada masalah. IBUBAPA isu yang besar, ADIK BERADIK isu yang besar, MAK SAUDARA isu yang besar ANAK isu yang besar WANG isu yang besar....jadi,,,,mana letaknya CINTA yang di AGUNG kan selama ini???

Siapa boleh jawab? tiada siapakan, kerana bahtera itu kamu yang kemudikan..jadi andai karam PERSETAN kan saja DIRI mu!

Friday, July 2, 2010

Argghhh...

Aaaa susah nyerrr...semua susah...
Bila la bleh berlari???tak suka merangkak begini..arghh
Nak jadi yg terbaik la katankan...teringat usul DD pada ku...
hahaha mcm tak merasa jer DD..!!!
Chaaayukkk

Aaaa argghhhh....

Yang penting sok weeken..tapi ....tak tenteram idup ku

Hurmmmm..susah la wehhhh!