Monday, May 31, 2010

Misi GAZA

Sebagai umat islam saya terpanggil untuk mendokong misi bantuan ke GAZA...Semoga mereka dilindungi dan dipayungi jihad atas nama Islam ini. Pada yang membaca n3 saya ini minta doakan misi ini berjaya. SMS yang diterima pagi tadi saya titipkan di sini agar kita sama-sama dapat berdoa pada Yang Kuasa agar misi ini berjaya.

" PLS 4WRDS SMS INI KEPADA SERAMAI KWN YG ADA. DR KETUA MISI LL4G-MALAYSIA, HJ NOORAZMAN : KAMI SEDANG BERADA DI PERAIRAN GAZA, DALAM JAM 4.30PM(M'SIA) KAMI AKAN BERDEPAN DENGAN KAPAL ISRAEL. PASUKAN KONVOI LL4G MALAYSIA DAN INDONESIA DIBERI AMANAH UNTUK MENJAGA KESELAMATAN KAPAL KONVOI. DIJANGKAKAN KOMANDO ISRAEL AKAN TURUN KAPAL MELALUI HELIKOPTER & CUBA MERAMPAS KAPAL KONVOI TERSEBUT. MOHON DOA SLT HAJAT DARI SEMUA MUSLIM.TAKBIR!- MESEJ INI DIFWRDKKN OLEH AMBASODR NAZIRAH"

Sewaktu jari jemari ini menaip message ini bulu roma me tegak berdiri. Ulang tayang kata-kata salah seorang yang mengiringi misi ini yang ku dengar semalam terngiang-ngiang ditelinga...."apa yang kami jangkakan adalah sangat mengerunkan, tapi misi akan tetap diteruskan demi matlamat menghantar bantuan ke GAZA" semoga Allah melindungi mereka..amin amin..aminnnn ya Rabbi Alamin
Hati tersentap seketika apabila mengetahui status terkini Misi Bantuan ke GAZA melalui link ini yea http://kijang59.blogspot.com. Mungkin kamu kamu kamu juga terpanggil untuk mengikutinya seperti saya. Setakat 1.35 petang, seramai 10 orang telah meninggal dunia apabila kapal yang dinaiki telah ditembak secara rambang melalui helikopter dan kapal perang israel laknat. Manakala 30 orang telah tercedera dan dibawa ke hospital melalui kapal terbang. MasyaAllah.....

No comments:

Post a Comment