Monday, May 31, 2010

Serai

Semalam kami ke Empire Gallery Subang Jaya. sapa yang tak pegi lagi sila pergi sementara parking free yea. Outlets yang ada okla kerna masih baru la katakan...cuma sedikit komen adalah every outlet kakipersegi sangat kecil...jadi tak banyak yang dapat di display kan yea. Tak sempat tour pun lagi sebab kami sampai kul 9.30 mlm daaa..

For dinner, mula tu nk makan di Chilli's tapi kena Q dan terdahulu dari kami ada 5 family lagi . Tak pahamkan Chilli's nie, mana2 branch mesti nk ner Q up ginih...walhal bukannya ada wakyu pun. Jadi kami ke Serai. Cuba la nanti yea...sedap sangat tu tak la..biasa2 jerrr...cuma i gembira kerana dapat ini...sedap meringue nie. Nama dia lagi esotik la i lupa laa...huhhhh calories!

Misi GAZA

Sebagai umat islam saya terpanggil untuk mendokong misi bantuan ke GAZA...Semoga mereka dilindungi dan dipayungi jihad atas nama Islam ini. Pada yang membaca n3 saya ini minta doakan misi ini berjaya. SMS yang diterima pagi tadi saya titipkan di sini agar kita sama-sama dapat berdoa pada Yang Kuasa agar misi ini berjaya.

" PLS 4WRDS SMS INI KEPADA SERAMAI KWN YG ADA. DR KETUA MISI LL4G-MALAYSIA, HJ NOORAZMAN : KAMI SEDANG BERADA DI PERAIRAN GAZA, DALAM JAM 4.30PM(M'SIA) KAMI AKAN BERDEPAN DENGAN KAPAL ISRAEL. PASUKAN KONVOI LL4G MALAYSIA DAN INDONESIA DIBERI AMANAH UNTUK MENJAGA KESELAMATAN KAPAL KONVOI. DIJANGKAKAN KOMANDO ISRAEL AKAN TURUN KAPAL MELALUI HELIKOPTER & CUBA MERAMPAS KAPAL KONVOI TERSEBUT. MOHON DOA SLT HAJAT DARI SEMUA MUSLIM.TAKBIR!- MESEJ INI DIFWRDKKN OLEH AMBASODR NAZIRAH"

Sewaktu jari jemari ini menaip message ini bulu roma me tegak berdiri. Ulang tayang kata-kata salah seorang yang mengiringi misi ini yang ku dengar semalam terngiang-ngiang ditelinga...."apa yang kami jangkakan adalah sangat mengerunkan, tapi misi akan tetap diteruskan demi matlamat menghantar bantuan ke GAZA" semoga Allah melindungi mereka..amin amin..aminnnn ya Rabbi Alamin
Hati tersentap seketika apabila mengetahui status terkini Misi Bantuan ke GAZA melalui link ini yea http://kijang59.blogspot.com. Mungkin kamu kamu kamu juga terpanggil untuk mengikutinya seperti saya. Setakat 1.35 petang, seramai 10 orang telah meninggal dunia apabila kapal yang dinaiki telah ditembak secara rambang melalui helikopter dan kapal perang israel laknat. Manakala 30 orang telah tercedera dan dibawa ke hospital melalui kapal terbang. MasyaAllah.....

Saturday, May 29, 2010

Oren Hopper



Kenalkan 'Oren Hopper' B. Berusia genap seminggu arini...Ini wajah Oren Hopper yang telah di modified. Bleh dikatakan dah 20% dia modified moto nie. ayoooo tak faham la, itupun byk lagi yg nk di modifiedkan...Pellik kan lelaki nie...






Wajah asal hopper....skrg pelaburan adalah ke atas óren hopper' ini...Mr hopper, pls be good to ur rider!Be safe and soun okeh, i trust u mr hopper....!

Friday, May 28, 2010

Seriau

3 jam lalu sewaktu dalam perjalan ke William telah meyaksikan satu kecelakaan jalanraye secara live.. Seriau & Ngeri yang amat. Walaupun sebelum ni memang dijamu dengan gambar2 aftermath kemalangan tapi perasaannya berbeza bila mata kepala ini menyaksikan detik cemas dan ngeri itu.

Mula la i risaukan my hubby yang baru aja kembali berentap dengan 'Oren hoppers' berusia seminggu dia tue (motor baru B). Sebagai penunggang motor di Kota Metropolitan ni sangat la tinggi risikonya. Hanya tuhan aja yang tahu kerisauan diri ini lantas akan melakukan apa aja untuk pastikan semuanya selamat. Ada yang memberi komen yang me agak superstitious bila minta dibuatkan air tawar untuk motor baru B...Actually aku pun tak percaya betapa ortodok nya me. Tapi i will do apa saja untuk menenangkan keresahan ini...and with God willing hope everything will be fine. Aminnn..."Ya Allah lindungi la suami ku"

Berbalik pula pada kemalangan yang sempat ku saksikan sekilas pandang tadi. Mula2 nampak sebuah motor ini yang agak laju n mengekori sebuah kereta Saga putih if tak silap dalam jarak dekat. Then sekelip mata tetiba motor itu seperti hilang kawalan and nampak dia macam nak elak dari melanggar kereta itu-macam tak stabil, rasanya motor itu bergesel dengan kereta dan menyebabkan kemudian motor itu terbabas dan i sempat tengok penunggang motor itu melambung serta dengar hentaman bunyi yang kuat.

Tak tahula macam mana keadaan penunggang tu. Kami tak berhenti pun sebab kami di lane paling laju. Hopefully penunggang itu landing atas bahu jalan sebab if dia jatuh atas jalan, tak tahula nasib dia macam mana kerana kereta di belakang sangat laju....ngeri ngeri...

Jika nk dikira, suppose i macam dah biasa dijamu dengan gambar2 mangsa kemalangan memandangkan my jobscope memang berkehendakkan begitu. Paling spoil ialah apabila pagi2 hari yang ceria dan gumbira tetiba bila stat buat keja direfer lak dengan gambar2 nyeri...terus spoil seharian...nk buat camne, i memang tak tahan nengok gambar2 yang ngeri...

Tapi syukurla tak lama lagi i takkan berhadapan dengan juada juadah yang tak best nie lagi kerana i will be in my ner ofis sooooonnnn....

Tartlets

Nie aktiviti yang paling digemari iaitu belajar memasak/buat kek/buat tart. Sedaaap sangat tarts nie. Last weekend i n my sis belajar buat tart di bakery kejiranan kami di Lea-oven. So i dh dapat prospek baru untuk perniagaan Cheeewaaahahaha..frenz n family nak makan tart jangan lupa kontek akak yea. Terus promo gitewww....walaupun akak baru belajar tapi dont worry akak akan buat dengan kasih sayang confirm jadik! Kontek me tau...

check it out the varieties of tart:




Details on the tartlets will be posted soon. But i can't guarantee how soon it will be coz im super busy rite now!If u are interested just call me and i will let u know.

Wednesday, May 26, 2010

Meh citer satu satu

Like i said before banyak yang nak diceritakan...tapi marilah kita mulakan mengikut sequel.


Last Friday nite we were having our Annual Dinner di Hotel Istana and i one of the committee paksa rela huhuuuu. 3 years menjadi committee without fail bukan la sesuatu yang menyeronokkan sebab you cannot enjoy the show like others. Tho i was not the important committee that nite but it still obstruct me with the cue and tugas2 khas atas pentas. Ishkk ishkk ishkkk... Yeaa nyah akak yang macam christmas tree nie ditugaskan memegang dulang atas pentas...waduh waduh waduh...sampai lenguh2 tangan akan nie tau!

What ever it is...semua kedengaran sangat gumbira dengan lawak Dee and the paper doll serta artis2 Dee like Putri and Ikuwal(Dont know how to spell but katanya dia famous d Utube and telah harumkan nama negara...google la sdiri i tak sempat nk research..tp budak nie memang best!)



Jom kita layan gambar2 yang i managed to grab it from Lina.




Wit tip top master mind..


Opening by Dee


Committee Pendaftaran..org kuat not in da pic iaitu Pitt-where are youuu???ohhh bzbz bz....





Apola yang digosipkan sampai terangkat kain




The commitees




manusia-manusia yang bertopeng

Sekian dulu...selanjutnya next entry...





Sunday, May 23, 2010

Banyakk

Banyak sangat nk diceritakan tapi biologycal clock tak betul lagi. Badan pun masih lenguh2 n muscle pain...so cerita2 tu simpan dulu la...

Wednesday, May 19, 2010

Masquerade?


At first place memang tanak spend much for the dinner tapi namanya perempuan kan...ner beli baju, bila beli bj ner match ngan tudung lak. haiiiyaaa....I lak g beli mask dulu sbb tension tak jumpa right outfit...ter beli mask warna golds, tapi sandal multi purpose warna silver lak adeiii, baju warna warni....sebijik mcm christmas tree jadi nya....so ner spent lagi untuk beli sandal color gold...so i better get one lah.

Apabila baju tak mencapai piawai,,,untuk menampakkan ke"dinner"an ner beli accesories lak...dah jadik big spender. Hishhkkk....dah la jadik committee yang tak komited.Haaiiiyaaa,,, rasa tak berapa best la. Dont know Y...

Ohh temanya masquerade, so yg jimat ialah tang make up je la...sebab pakai mask kan-but still u will not wearing it whole nite. Bulu mata pun nyah beli yang lain (ini jer yang excited nk pakai..lain2 mood tak mari lagi)...Owhhh

Tuesday, May 18, 2010

Rujuk

Laki ku gila talak...nasib baik dalam tempoh i'ddah lagi so bleh rujuk kembali. Dahla mengganggur berminggu-minggu dah ishk..ishk..ishkk
Ooppss kami tak penah bercerai yea dan dia bukan gila talak pada i tetapi Opis lamanya.Sib baik bos masih sayangkan dio dan kasi offer lebih lumayan dari ofis barunya (yang mana baru yang mana lama pun dah confuse) Mekaceh pd GG sebab terima laki ku yang telah "betray" hahahaa...
Walaupun benefit di opis ini tak bayak (tak banyak ker takda langsung ekk?) Tapi B kata dia lebih tenang dan senang keja di tempat yang tidak hiruk pikuk seperti di Midvalley. sekarang dia akan kembali ke Damansara yang dikatakan kawaasan elite and private..Elite kerrr???
Sebenarnya dah pujuk minta B bertahan sebab i kagum dengan benefit yang disediakan...tapi nampaknya laki ku disfunction di situ kerana terlalu hingar bingar terutama waktu makan. I leh faham macam mana B rasa tapi tak expect ia boleh menganggu B begitu sekali...ahhhh manja sungguh laki ku.LIKES U!
Now i think i know him better. Dulu memang tau dia tak suka g tempat2 org ramai. So walaupun kami ini tak berada..or tak berduit tapi sangatlah jarang kami nak bershopping time org2 ramai sampai tak leh tgk barang dan nak kena berebut2. Say good bye to YES.
Postmorterm yang i buat nape laki i tak leh tahan dgn enviroment tempat keja baru dia:
1. Susah nak makan waktu tghari. Situasi : Pernah pergi di food court midvalley on weekend tak? Haaaa itu la yang perlu b hadapi hari2, ner berebut tempat dan share seat with org yang tak dikenali. Ner Control Macho la. Kesan: dia kehilangan selera makan dan gejala kemurungan kerana tak leh enjoy lunch break dia to the maximum.
2. Susah nak sembahyang. Situasi : Dah la lunch break ner berebut. Nak sembayang sure tak sempat from 1-2 pm. Jadi nak sembahyang kemudian ner sorok2...takot kantoi dgn bos. Kesan: hati tak tenang.Ishkk..ishkkk ishkkk...tak patut tak patut
3. Masih pasal sembahyang, time nk sembahyang jumaat Situasi: jalan jem. Yeahh midvalley kan...Kesan: darurat jadi tak payah sembahyang.Ishkk ishkk tak patut.
4. Terpaksa lalui Fed h/way utk ke opis. Situasi: Ner bgn awal dan gerak awal kerana sangat jemn Kesan: Selalu clock in lambat
5. Terpaksa bangun awal kerana waktu kerja 8.30 to 5.45 Situasi: Ner bangun awal Kesan: Lambat masuk opis sebab tak biasa tido awal dan bangun awal.
Nie antara alasan lah. Tapi teringat my conversation dgn MIL bila i maklumkan anak manjanya tukar tpt kerja, benda perkara di tanya adalah senang ker nak sembahyang tpt baru tue? So i rasa lega sebab B back off because of those reasons. Walaupun sound remeh, tapi kesan besar iaitu gejala kemurungan.
Lepas jer dia tender 24 hr notice of resignation laki ku sangat gumbiraaaaaaaaaa....i m happy for him. Sekarang dia menganggur dan isterinya sedang mencari rezki di pejabat! Hahahaaa enjoy sakan laki i sekarang nie.

Monday, May 10, 2010

B di tempat baru.

Hari ni B keja di tempat baru....macam manala agaknya. Hope dia gumbira dgn keputusannya. Bukan pe if tgk dia sblm ini punya la isau nak ke tempat baruuuuu...mana tak nyer bos lama dia asyik mark up jer wages week by week sampai dio pun naik pening and confuse...sian dia...tapi selain dari better pay,self satisfaction juga penting...lagi pun masih muda remaja kan banyak benda nk achieve and nk fill up the profile...baru canteq sikit profile tu kan,,,,---ini hanya terpakai untuk those yang ambicious la,,,nox idok ler begitu ambicious....itu untuk laki nox jer ssebab dia mesti la kena sara anak bini nanti.ahakkss....

Takla gurau jer Biy jangan stress lak...i m happy wit my life sekarang don wori laling...setiap kesenangan dan kesukaran kita tempuh bersama...wahhahahaaa ayat drama habis!Tak kisah la apa pun yang penting bahagia! Tak banyak duit pun tak pea (ayat ku tak banyak duit yea bukan takda duit-sebab if takda duit for me memang tak bahagia...reality hidup beb jangan nk tipu) Tapi kalu banyak duit ayang sapa tok balik umah potong jari la memang tak bahagia jugak...Jadi kesederhanaan adalah teras ye!


Nota kaki:
Sekarang dh 8.20 mlm tapi B belum ada tanda-tanda nk balik umah lagi...hermmmm....dapat msg dari Biy kata nk g sport outlet lak...amboiiii shopping tak ajak bini...tau la opis attach to shopping mall...marah tau!

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu...terutama sekali Bonda Nik Meriam...mama adalah yang TERBAEK! Tak lupa pada MIL jugakkks Bonda Zainab. Semoga panjang umur dan sihat sejahtera. Pastinya pengorbanan Mama & Ma tak dapat terbalas seumur hidup ini. Memang tiada tandingan...chef terbaik, surirumah terbaik, ibu terbaik segala-gala la terbaik.

Love u a lot mums!

For frenzs & family yang sudah menjadi ibu-ibu...i m proud of u gals!be a good mum k...Pls pray for me too.

Wednesday, May 5, 2010

Lemon Rosemary Chicken Grilled

Hi uolsss...arini nk bkongsi resipi...ahad lalu, selepas mentensionkan diri i telah masak sesuatu yang istimewa untuk hubby atas permintaannya yang telah berzaman dia minta dibuatkan. Lalu sempena dengan terapi kekusutan i telah masak CHICKEN LEMON ROSEMARY...resipi i ambil Teratak Impian. Kak Zai tompang lalu yea, minta izin postkan resipinya di sini,,,rasanya superb and super duper easy to make. Memang berjaya terapi check it out:

I ubah resipi ini sedikit memandangkan ayam yang i gunakan hanya 1 upper thigh and 3 wings...ala untuk 2 org makan jer..anak2 buah ku jgn mleleh tgk ini, nanti che su wat lagi next time, ini experimen jer,,xsangka bjaya lak. my version and portion adalah seperti berikut:

LEMON ROSEMARY CHICKEN GRILLED

Bahan:

1 thigh, upper thigh dan 3 ketul kepak
1/2 biji lemon
5 ulas bawang putih
4 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam-lebih kurang la,,i agak2 jer tapi not to over powered la
1 biji kentang dibelah 4
1 biji tomato atau lebih
Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong-tak masukkan pun xda stock
1 biji bawang besar dibelah 8
2 sudu serbuk Paprika - takda stock gak, i ganti dengan cili boh
Kicap Pekat - tak da gak so i ganti dengan sos tiram 4 sudu
Garam dan gula secukup rasa-i ganti dengan serbuk chicken stok dan madu
2 helai daun bay

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
umbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.(i just gaul2 kasi mesra jer-sebab buka guna seekor pun)
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.(i perap selama 1 jam)
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 1/2 jam atau sehingga masak.
Balik balikkan setiap 1/2 jam. lumurkan bahan rempah yang berlebihan supaya tidak terlalu kering Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..

Sungguh senang...cayo la. Cuba la buat k!Jom tengok hasilnya

Tara.....sedappp resipi nie...selamat mencuba


Malam itu kami makan ayam ini dengan nasi putih dan tomyam...ala ala konsep fusion gitu hahaahaa..orang makan ngan salad and mashed potato-we all makan dgn nasi + tomyam lagi


Menggunakan oven-hadiah dari B sebab dia tahu wife dia suka masak!Like it a lot


Sila perap supaya lebih mesra gitewww...

Nota Kaki:
Malas nak arrange gmbr...so sila reverse dalam melihat gmbr2 ini.

Saturday, May 1, 2010

Kehendakmu melemaskanku

N3 ini di khaskan untuk i meluah rasa. Akan lengthy, so xnk baca pun xpe...ada aku kesah?!

Alkisahnya ada sorang hamba Allah so called kaya sebab gaji sebulan puluhan ribu, bongkak sebab dia ingat dgn status dia, dia boleh pijak orang bila kemahuan tak dituruti dan jahil bila dia sepatutnya lebih arif dariku tapi mengaplikasikan-niat menghalalkan cara dan pentingkan diri sendiri kerana akan buat apa sahaja janji dia dapat apa yang dia nak...ishk ishkk ishkkk mari kita panggil beliau 'VIP


Nature kerja i tidak akan i mention di sini-pada yang tahu tahula...yg tak tahu-tak penting pun utk kamu tahu...menyebabkan i terjerumus dengan golongan-golongan ini. Hakikatnya i punya aturcara untuk dipatuhi dan panduan+budibicara,siapa yang cipta panduan ni?of course my superior la. Tapppiiii...just because da VIP is their fren..peraturan tersebut adalah tidak terpakai...(aturcara tersebut hanya diguna pakai pada orang2 sekin, org yg takda kabel, orang kampung,technicion, mat-mat despatch yang punya anak ramai, tanggungan byk-gaji RM1500K duk rumah menyewa aje? Ishhk ishk sihkkk...adilkan dunia ini...So me, akan jadi kambing hitam yg akan memeras dari yang tidak punya dan let go aja pada yang confirm bleh bayar punya....Ya Allah ko lindungilah aku sesungguhnya aku tidak redha dan aku tahu kelak aku pasti ditanya.

Seriusly, tindakan ku tidak langsung berpaut pada keegoan atau besar kepala atau ekor,,,cuma lebih kepada seorang nerd yg cuma melindungi diri sendiri kerana dah kata ada peraturan, i follow la..tidak la nokkk tahu ''u made it for u to break it' konsepnye! Tapi sekarang i faham dah konsep itu,,sungguh keji!

Berbalik kepada VIP ni, bila keinginannya tak dipenuhi...(maksudnya kalau ada botol, dah ada isinya cuma tak penuh) dia tetap tidak puas hati dan mencanang namaku serta mengorak langkah men-tarnish my good name...syabas!anda berjaya melakukannya. Jadi tidak perlu tunjukkan i langit itu tinggi mana kerana kamu juga tidak tahu tinggi mana langit itu kannnn...

Ini bukan kali pertama i terjerumus dengan golongan ini, yang lain seakan-akan faham tapi yang ini ishk..ishkk ishkk...dia fikir status dia setinggi langit agaknya. Akibat tersepit dan terpenyek i beralah....konsep ikan billis dan ikan paus terpakai di sini.takpe la...dengan ini saya dengan besar hati jemput beliau ke divine court kelak lagi pun kita semua memang akan ke sana dan kerana i memang tak redha dengan apa yang dia buat pada i.Bukan tak redha dgn keputusan i sebab bukan masuk poket i pun kalu u bayar hatta 1 juta pun tapi atas tindakan desperado dia mencanang namaku pada superior dan mengugutku.. i bukan la seorang yang tawaduk tapi bila orang yang sepatutnya dapat memayungiku dalam tugasan ini tidak dapat i harapkan, i yakin i punya Yang Esa yang melihat dan mendengar aku tidak pernah tidak yakin berpaut padaNya. I yakin doa orang yang teraniya itu makbul.

Towards the end...i baru dapat tahu pemerasan yg dilakukan pada ku kerana ingin menyelesaikan "Hutang Duniawi"sebelum berangkat ke Mekah....hahahhaaahaaaa lawak tak? lawak lawak lawak..."nak bayar hutang tapi nak free",,,macam mana tue yea??geli perut ku rasanya....takpeala i doakan semoga ibadahnya diterima di sana tapi ingat dosa sesama manusia tak lepas tau...ku berdoa dari kejauhan di balik awan jela yea.