Thursday, December 30, 2010

Esok cuti yeah...

Syabas M'sia team...squard ghimauuu...Sejak bila i minat bola?sejak berlaki ni la. Husband i kan kaki bola tido bola makan bola. So i pun di drag bersama.huhuhuu....tapi yang paling penting kita semua dapat habuan sok cuti...yahoooo

sure shopping mall penuh sok. so duk umah diam2, tido sampai kepala bengong. tak kira-tak kira nk tido gak...hobi terkini adalah tidooooo...En. Suami pun dah komplen sebab nafsu tido yang melampau...what to do!

Monday, December 27, 2010

Bye bye 2010

Bunyi teruja menyambut tahun baru kah? taklah...cuma banyak detik cemas yang berlaku tahun 2010 ini lalu ingin segera disimpan rapi memori 2010. Pastinya 2010 bukan tahun bertuah, banyak sangat yang dikendong dan dipikul biarlah disimpan aja dlm benak memori ini dan tak perlu dikongsi. Segala kehilangan diredhai, segala ujian dihadapi, segala masalah ditempuhi dan segala keperitan dirasai moga menjadi bekalan menghadapinya di hari-hari mendatang.

Bukan semuanya pedih dan perit, ada yang manis...biasalah tuhan menduga tak pernah berhenti. Cuma kekadang dugaan itu bisa melemahkan semangat. Dugaan itu maknanya tuhan sayangkan kita kan?. Kerana dugaan itu juga yang dapat meyedarkan kita dari kelalaian, kebongkakan dan kealpaan.

Harapan pastinya menggunung tinggi pada 2011, tidak ada yang lebih bermakna melainkan kesihatan yang baik buat diri ini dan juga yang disayangi serta dimurahkan rezki dan kebahagian dunia dan juga akhirat.

Bagi setiap denyut jantung ini ku panjatkan syukuran terhadap rezki dan kasih sayang Ilahi yang melimpah dan tak jemu sungguh pun hambanya ini sering terlupa dan terabai mengingatinya. Semoga aku bisa menjadi manusia yang lebih baik dan lebih taat mengingatinya.

Semoga 2011 dapat ku jalani dengan tabah dan moga hidupku ini dipandu oleh rahmat dan pedomanMu...Selamat tiba 2011 dan doa ini jua untuk kalian. Yea, saya sudah ingin bye2 2010.

Tuesday, November 2, 2010

Elooo...again

Selamat bersiaran semula untuk seketika. Bersawang sudah blog ini. Maaflah pada yang tak jemu berkunjung tiba tapi setiap kali itu kamu kiciwa. Sebelum ini ada rasa pening2 dan tak sihat. PC pun xleh nk mengadap lama2. Sekarang dah gettin better. Yea ada good news Alhamdulillah.

Sekarang telah cecah 2nd trimester and baby pun stabil. Doakan semuanya selamat k. Itu sahaja perkabaran untuk kali ini. Tatata

Friday, October 1, 2010

Birthday

Alhamdulillah,yesterday was my birthday. Sharp at 12midnight my hubby came with a piece of cake and candles. Yeahhh,,,i m surprised but because of my dizziness and tiredness we just end up by eating the cake then sleep.

Hahahahaaa...was it boring bday? For me it just fine. I have other priority in life now on to focus and concentrate. So celebrating me myself are no longer the agenda. I m more then happy in my life now. So syukur Alhamdulillah. hope everything is fine and great.

Sunday, September 19, 2010

Terkenang

Sekadar terkenang....
Syawal ini patutnya kami meraikan kehadiran orang baru,
tapi hajat tak kesampaian.

Tuhan pastinya tahu apa yg terbaik bagi kami.
Ku pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku.

Semoga ada berita yang menggembirakn kelak.
Hanya Dia saja yang tahu kann...

Monday, September 13, 2010

Aidilfitri 2010

Alhamdulillah semoga sempurna ibadah puasa yang lalu dan lebaran ini penuh bermakna buat semua. Ku panjatkan kesyukuran kerna Lebaran ini yang Esa masih izinkan ku berhari raya bersama keluarga tercinta. Tiada yang lebih bermakna dari itu bukan.

Raya ke-4 baru punya kesempatan menghapdate entri yang lama sudah bersawang dek kesibukan urusan duniawi dan tanggungjawab yang wajib dan perlu dipenuhi. Tak punya gambar raya tahun ini...semua pakat tanak amik gambar kerana keuzuran ayahanda dan tak mahu potretkan kesakitan beliau. Raya kami sedang2 saja tapi meriah kerana kesempatan berhari raya dengan Ayahanda, Bonda dan Bonda mertua.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... itu saja. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman teman dan pembaca yang sudi dan setia menjengguk blog ini walau jarang terisi.

Friday, August 13, 2010

Bersalah nyer saya

Macam mana dgn puasa dan juadah berbuka anda? Saya ok ok sajala. Memandangkan still batuk2 and sakit dada, so cookingdrive saya agak menurun di bulan ramadhan ini.keterbatasan pernafasan dan tastebud yang sangat teruk. Maknanya saya belum sihat sepenuhnya.

Yang menjadi mangsa tentunya suamiku. Sian dia. I wish i cepat sembuh. Like semalam, i did masak daging kicap for buka puasa as requested, tapi tah mcm mana tak cukup untuk stock sahur.Alahai...pk punya pk nk mkn apa so i decided untuk beli nasi goreng for him.

Yang sedih nyer bila bgn kul5 nk sahur,,,nasi tue dh la mcm melekit coz mayb beruap dalam polystrine tue ala ala nak basi laaa walhal beli kul 11 dah tue n pedas ya rabbi ampunnn...memang nasi goreng cili la, eiii dasattt i yg suka pedas nie pun xsanggup nk mkn apatah lagi B yang tak tahan pedas. I tgk dia mkn beberapa sudu jer. Xtau la mcm mana dia sekarang nie. Mesti melepek sebab xbtenaga. Laki i bab puasa memang tak kental. Tapi bab lain dio mmg kental. Hahhaha...ala lakikan puasa setahun sekali joo itu pun 30 ari. I rasa bab puasa perempuan lagi kentalkan.

Aaaa rasa bersalah yang amat sangat. Sibbaik esok dh weeken yeyyy,,,so leh masak puas2 n kegemaran mengikut rasa tekak. Harap2 i makin sihat. Xlarat la batuk2 mcm nie, semput n penat....sampai lelah dh sekarang. Adeiiihhh....dahagala....6jam stgh lagi sabar noxx.

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Esok ingat yea PUASA..jangan lak ada yang turun Bfas esok.
Me skrg tak sihat sgt..batuk2 tapi InsyaAllah ibadah puasa akan tetap dilaksanakan. Pelikla tahun nie, kesihatan mmg teruk sekali. Xmerungut pun cuma mayb tahun ni bukan tahun i.

Teruja nk berpuasa..Harap semuanya lancar dan baik. Baju raya satu pun tak jahit. Niat nak beli ready made jer..itupun kalu muat. Jadi kenala bdiet. SEMOGA SAYA BERJAYA.

Macam mana dgn dinner FLORA & FAUNA? HAaa...i dpt Mc pada hari kejadian, jadi tidak mampu ke sana. Sedih? tak langsung. Sakit jadi macam mana nk melaramkan. Takpeala panjang umur tahun depan dinner lagi dop.

Owh nk war-warkan. Jualan biskut raya dah bermula. I belum tekan minyak pulun lagi. Juga bergantung kepada kesihatan. Tempahan mmg dah buka yea. nak cepat boleh nak lambat pun boleh. Anytime beb.

Suami mcm-mcm dh request untuk puasa nie. Mengalahkan budak kecik puasa..Ishkk ishkk...pening gak mencari resipi untuk juadah berbuka...nampak nyer untuk tidak peningkan kepala kita beli jelaaa senangkan..hahhaha

Okla setakat ini saja dulu bersiaran...semoga bulan ini memberi keberkatan pada kita semua aminnn... pada rakan sahabat handai, saudara mara jauh dekat selamat berpuasa, tingkatkan ibadah kurangkan bergosip!muahaahahha...cubaaaaa k!

Thursday, July 29, 2010

Flora & Fauna

Lets attach to nature. Muahahaha penchinta alam konon. Takda kena mengena yea. Ini sebenarnya tema Dinner pada minggu depan. yea temanya FLORA & FAUNA...hemmm camno tue? terasa mcm budak tadika lak. Biasakan dinner mengelipppp gitew bajunya. Tapi if tema FLORA & FAUNA camno yea? pokok bergerak nanti atau pernah tgk teater kanak2???hahahahaa gitewww la nanti rupanya. Pakai jer costume ladybird ker kura-kura ker...hermmm adeeiiihh takkan la kot. Atau nak put lots of afford make up ginih:-

















Tq Mr. Google for the idea.

So mana satu yg berkenan? Ngeri pun yea...Hahahha...adeeiiih Akak simple2 jer la..Malas nak invest -mood tak mari la.Pakai jer yang mana ada, pastu letak sepasu bunga atas kepala. Boleh? ikutkan hati tak hingin pun nak g. Dengan MIL yg sakit-posa pun nk dekat. Tapi yela, i kan org baru...jangan buat pasal yea. Go with da flowwwwww then tgk2 hanyut sampai ke dasar lautan hindi.

Tuesday, July 27, 2010

Turuti kata hati

Hatiku gundah gelana kerana MIL ditahan di wad. Hubby dah ke pangkuan MIL dan kenapa i tak balik? Apa jua tanggapan kamu kamu kamu tak mengapa,,,itu tak penting bagi ku. Tuhan sahaja yang tahu dan layak menghakimi ku. Alhamdulillah suami ku faham kondisi ku.

Bila hati tak tenang, dengari kata hati itukan....semoga diringankan segala kesulitan dan disembuhkan segala kesakitan. ingin saja ku terbang melayang ke sana.

Monday, July 26, 2010

Laksa Penang

Sabtu lalu yang membahagiakan. Kenapa bahagia? sebab i punya waktu memasak. Masak apa? Buat laksa penang. Seronok yang amat sangat sebab menjadi. Siap hantarkan pada SIL lagi. Maknanya berjaya la tue, if not macam seganlah nk kasi if tak sedapkan. Trima kasih pada Kak nor yang sudi bkongsi resipi. Memang menyengat ahh resipi ni, mudah dan yang penting sedappppp. Pendek kata yang makan rasa puas hati dan yang masak pun puas hatiii...cukuppppp rasa! Those yang nk resipi pls refer to kak nor. Mekasih yea kak nor tumpang kongsi resipi yea, minta izin.





Eksibit 1: Kuah Laksa pinang yang dibuat daripada 2 kilo ikan kembung..Betul2 Ho Liaow!


Eksibit 2: rencah rencah penting yang memberi kick to the taste



Eksibit 3: Home made is da best eva!

Nie first time buat laksa. Sebab itu impress dengan rasanya. Ala buat laksa nie tak susah pun kan. Janji jangan kedekut ikan, Tgk tu ikan ketul2 lagi. Buat sendiri harus la lumayankan, bukan nk jual nie. Okla next week hope leh masak lagi, plan for somtin italiano...walaaa






Sunday, July 18, 2010

Begitu sahaja akhirnya?

Amat sediih....semudah itu lafaznya. Walau i bukan mangsanya tapi beban itu dirasai..Mungkin kamu tak faham apa yang ku 'racaukan' (ada ker word nie?) Tapi mari kita sama-sama bayangkan apa rasanya?

Perkahwinan atas dasar 'CINTA' ,tak kira la berapa jam, hari, bulan, tahun kurun atau abad...menjadi SECRET ADMIRE sejak bertahun2 lama...cinta dalam diam konon...SAMPAH betul!

Saat ijab dan kabul,kemeriahan terasa, kesyukuran dipanjatkan atas cinta lama tercapai..yang diidamkan selama ini menjadi milik ABADI. Namun usia perkahwinan belum mencecah sepurnama, semudah itu dilafazkan kata CERAI...Astaghfirullah...kenapa seZALIM itu yea?

Mana perginya kata 'andai cinta ini ditolak akan ku tunggu dia bertahun lamanya hingga pintu hatinya terbuka untuk ku??!!!' Semudah itu tinggalkan apa yang di GILA-GILA kan selama ini. PROVOKASI menyentap akalmu, AMARAH mengusik pertimbanganmu...kenapa?

Kenapa titik persefahaman itu susah dicari?adakah telah dicari?atau EGO diri mengaburi CINTA?Mestikah akhirannya begini?Walau apa pun alasannya, pertalian itu patut dipertahankan. Anak yang baik belum tentu menjanjikan dia suami yang baik-begitu juga wajah yang lembut belum menjanjikan kepatuhan telunjukmu.

Bukan memihak sesiapa tapi AKU tak faham...kenapa semudah itu CINTA berakhir????lenyap begitu sahaja hanya kerana watak2 sampingan seperti yang ada dalam slot drama kekeluargaan?Sedangkan antara KAMU dan KAMU tiada masalah. IBUBAPA isu yang besar, ADIK BERADIK isu yang besar, MAK SAUDARA isu yang besar ANAK isu yang besar WANG isu yang besar....jadi,,,,mana letaknya CINTA yang di AGUNG kan selama ini???

Siapa boleh jawab? tiada siapakan, kerana bahtera itu kamu yang kemudikan..jadi andai karam PERSETAN kan saja DIRI mu!

Friday, July 2, 2010

Argghhh...

Aaaa susah nyerrr...semua susah...
Bila la bleh berlari???tak suka merangkak begini..arghh
Nak jadi yg terbaik la katankan...teringat usul DD pada ku...
hahaha mcm tak merasa jer DD..!!!
Chaaayukkk

Aaaa argghhhh....

Yang penting sok weeken..tapi ....tak tenteram idup ku

Hurmmmm..susah la wehhhh!

Wednesday, June 30, 2010

2 da Ting..2 da tong...ting tongg


Therapy oooo therapy...hahah
r u ready Mrs Bold and Mr. Curve???

Bulan ini bulan gadget.
jadi bulan ini ku telan gadget2 itu.

Bulan depan bulan kain
Jadi ku telan kain-kain itu

2Bulan lagi bulan lemang dan ketupat
jadi ku telan lemang & ketupat..

2 da ting + 2 da tongg= ting tonggg

Saturday, June 26, 2010

World Cup disease

Haaa ini la masanya yang mana isteri-isteri akan terabai, si suami akan sibuk dengan isu2 bolanya..dan lelaki seakan akan tidak wujud di siang hari serta hanya aktif di waktu malam. Ada gak yang keluar rumah menonton bola di cafe bersama rakan and lepaking di luar-lebih meriah katanya.

Minat b terhadap bola memang undisputable lagi. Sanggup berhabis untuk TV yang bagus dan terbaru sanggup berhabis untuk mendapatkan siaran yang baik dan cantik katanya. Posisi TV diletakkan di tempat baik punya, dalam kamar di hujung katil...agak membingitkan kannn!!?? Awalnya agak merimaskan, mana taknya, i xboleh tido bila bising, tapi B ok jer, in fact dia akan pasang TV sehingga dia tertido (pastu guna shut down timer) Lelaki tetap lelakikan. I ambil masa gak untuk seswaikan diri...sekarang dah ok sket..paling tak pun i minta di minimumkan volume.

Tapi i bersyukur,,,kerana laki ku bukan jenis yang suka hang out di cafe. melihat dan bersorak dengan rakan2. Ahhh gembiranya....mungkin kamu kamu kamu tidak tahu mcm mana rasanya bila suami keluar malam-malam,,,bergelak ketawa dengan rakan then jam 4/5 pagi baru balik...ermmm tentu merisaukan. Tapi Alhamdulillah B tidak begitu..Syukur sangatttt. Dia juga tidak suka tengok bola ramai2...serabut katanya...hahahahaaa suka i!Tapi ada orang kata i QC sebab tak kasi laki i kuar....dengki la tue-tapi ada aku kesah???

Sukaaaaaakan... i tak kisah B berhabis untuk keselesaan dia-janji dia ada di rumah and enjoy the game wit me yang tak tau pape tapi suka menjerit...hahahhaaa takat game kul 10 leh la layan, yang kul 2 pagi tak sanggup i .....tido lagi besttt. Memandangkan B hanya menonton dirumah jadi takla terabai sangat, cuma bila dinner di luar jam 10 perlu segera pulang, bila jam 2.30 xtau apa jadi pada B...sebab i confirm dah lentokkk. Sedar2 pagi tengok B terbongkang...Minat punya pasal sanggup berjaga...

kamu faham spesis mereka ini?

Wednesday, June 23, 2010

May i? Plssssss....

I want to sleep...but i dont want to wake up tomorrow morning. May i???Wakes me up on weekend...plsss.

Friday, June 18, 2010

I m waiting for this...Weekend

What happen to me today? The worst eva..i lost all my documents saved in thumbdrive after pointed into my ofice's CPU....i've lost ALL documents..i repeat,,, ALL ok! i dont have any backed up for the files...i just shifted, so definitely i transferred all da doc into the t/drive..i am really pissed off. I cried all along 4 am in the morning...thinking and questioning whether this is a curse...@6am when i wanted to iron my working cloth,,,i burned it...it just half scale temp...but still burned out my cloth. I am suprised...i think Allah really want to test me.

Then, while driving just at a corner of my house there was a car came out suddenly from a junction without stopping causing an emergency break on my part. All my stuffs fall and scattered...huhhh. And when i was in the ofice, i ws panicking like a cockroach...(let imagine) doing a case which non of my frens eva did...hahahaa. I ve tried my best.Hope God are with me.

After series of bad luck,,,tomorrow is weekend yeayeayea...which i 'm looking forward with. Apart of my bizziness dis weekend i still need to attend my frend's wedding tomorrow...hope i still can fit in da baju.hahhh...i m so tired, seriusly,,,

Wednesday, June 16, 2010

Me@new office

So far im doing fine...still alive and breathing. Report duty @ 8am. Meeting with bosses(perut i bunyi kuat gilerrrr..lapa n masuk angin)...Need to rush to my office at separate building. Damn...my car hv been bloked by a bullshit car...call the bullshit thru phone several time but the bull didnt pick up the phone..

Tebalkan muka tumpang keta my superior, sib baik dia adakan..if not sengihhh situe...sure aku maki taik haram pada keta yg block aku! Terjah office ala kalut and panic.Oopss salah opis,,,termasuk opis superior..(yea, i have lots lots lots of superior..that is y we are happier and merrier...muahahaha)

Luckily she's fine...she told me to rehat2...waaaa terharu baik hati...hari2 la nk rehat la! But then she told me she will be on leave for 2 weeks starting from tomorrow....hahhaaaa muntah darah la ko kat situ!pitam sekejap...berpinau mata.....

Call da teksi and rushed back to the car..settle wit admin and came back to the office.Dun deng dunn dengg,,,,"next week U need to present to the Boss coz i will bevon leave kan-there will be brainstorming session". Ok aku pitammm...tanak bangun daaaa...really want to vomit now!seriusss

Baru jer nk belek2 file for tomorrow- "we need to lock the ofice". So far no body ever stay back @ da office. 5.15 everybody leaving-and you are not advice to do so...muahahhaaa nanges...im used to stay back @ opis till 8.30 tauuuu...

Ok ok ok kemas...dun deng dun denggg....turun ayakkkk i left my purse in da drawer..how i m i goin to pay the carpark fee(i still dont hv da pass) lalalalaaa....dont panic...korek2 beg i got rm7. Hope this is enough if not i need to call rescuer...Bismillah yeayyy ngam ngam RM7 Alhamdulillah

On the way back...sesat pulakkk...aduhhhh---hidup penuh rintangan kan.

Sama-sama nantikan episod seterusnya!.....

Tuesday, June 15, 2010

Bye....i will miss u all

Today is da last day...very bz preparing itu ini. I've tried very best to finish everything before i leave, but still there was some undone things tht i unable to settle.Tiring and out of gas!

Somehow, suprisingly da boss was very nice to me!mcm bermimpi...in fact she offered me to be there. Unbelievable,,,,ternganga...coz there still a vacancy, But i refused the offer coz new office will be nearer to my house. Although i heard many uneasy things @ newplace.... i m glad to be there for some reasons, i wont neglect the opportunity.

Frenz....i m definitely goin to mis them...especially the "lunch geng", the gossip that we shared, the pressure that we faced and the joy that we had will last long. Owhhh really gonna mis u guys!Good Luck for the meeting tomorrow.

When leaving the office, im almost crying..hahaha ntah pape, beremosi lak,,,bukan apa, i really feel something there. Something that i cant describe it into words...nak tau cuba la duduk di sana...dan rasakan sendiri,,,hahaha....tapi tak nanges pun,,,ala normal la dlm service nie, i sape kan...but i terhidu seswatu....heheheheheee...okla i tak marah.... I clock out @5.37 tadi- that is it, 2 yrs 11 months serving in KL.

Tomorrow me @ new place....ketarrrrr

Saturday, June 12, 2010

no complaint.

Life usually very difficult..how am i goin to simplify it???? any idea?

tq for continuously visiting my blog but i hv to apologize u that i m super duper bz now wit my working life. FYI next week i will no longer work in WP. Yup i will be tranferred, a blessing...but still you feel unease to go to a new place coz u dont know wht the arrangement for u and wht to expect.

It is almost 80% confirm tht im goin to do somtin new...be +ve yup..previously deep in my heart i request for this, so God answer to my prayer therefore i shld not complaint kan.

Ooopss...there're a lot of housework waiting for me now...gtg.....

Saturday, June 5, 2010

Hari ni birthday party Farah, but i tink her birthday was actually 26th May. However due to some reason (exam period) the celebration can only be done today@Taipan McD...Happy Birthday little Farah. Hope u raise up well and be a good girl always. Not to forget less sensitive!











Nasib la yea, banyak foto control cun ciksu dio lak...hihihihiii

Monday, May 31, 2010

Serai

Semalam kami ke Empire Gallery Subang Jaya. sapa yang tak pegi lagi sila pergi sementara parking free yea. Outlets yang ada okla kerna masih baru la katakan...cuma sedikit komen adalah every outlet kakipersegi sangat kecil...jadi tak banyak yang dapat di display kan yea. Tak sempat tour pun lagi sebab kami sampai kul 9.30 mlm daaa..

For dinner, mula tu nk makan di Chilli's tapi kena Q dan terdahulu dari kami ada 5 family lagi . Tak pahamkan Chilli's nie, mana2 branch mesti nk ner Q up ginih...walhal bukannya ada wakyu pun. Jadi kami ke Serai. Cuba la nanti yea...sedap sangat tu tak la..biasa2 jerrr...cuma i gembira kerana dapat ini...sedap meringue nie. Nama dia lagi esotik la i lupa laa...huhhhh calories!

Misi GAZA

Sebagai umat islam saya terpanggil untuk mendokong misi bantuan ke GAZA...Semoga mereka dilindungi dan dipayungi jihad atas nama Islam ini. Pada yang membaca n3 saya ini minta doakan misi ini berjaya. SMS yang diterima pagi tadi saya titipkan di sini agar kita sama-sama dapat berdoa pada Yang Kuasa agar misi ini berjaya.

" PLS 4WRDS SMS INI KEPADA SERAMAI KWN YG ADA. DR KETUA MISI LL4G-MALAYSIA, HJ NOORAZMAN : KAMI SEDANG BERADA DI PERAIRAN GAZA, DALAM JAM 4.30PM(M'SIA) KAMI AKAN BERDEPAN DENGAN KAPAL ISRAEL. PASUKAN KONVOI LL4G MALAYSIA DAN INDONESIA DIBERI AMANAH UNTUK MENJAGA KESELAMATAN KAPAL KONVOI. DIJANGKAKAN KOMANDO ISRAEL AKAN TURUN KAPAL MELALUI HELIKOPTER & CUBA MERAMPAS KAPAL KONVOI TERSEBUT. MOHON DOA SLT HAJAT DARI SEMUA MUSLIM.TAKBIR!- MESEJ INI DIFWRDKKN OLEH AMBASODR NAZIRAH"

Sewaktu jari jemari ini menaip message ini bulu roma me tegak berdiri. Ulang tayang kata-kata salah seorang yang mengiringi misi ini yang ku dengar semalam terngiang-ngiang ditelinga...."apa yang kami jangkakan adalah sangat mengerunkan, tapi misi akan tetap diteruskan demi matlamat menghantar bantuan ke GAZA" semoga Allah melindungi mereka..amin amin..aminnnn ya Rabbi Alamin
Hati tersentap seketika apabila mengetahui status terkini Misi Bantuan ke GAZA melalui link ini yea http://kijang59.blogspot.com. Mungkin kamu kamu kamu juga terpanggil untuk mengikutinya seperti saya. Setakat 1.35 petang, seramai 10 orang telah meninggal dunia apabila kapal yang dinaiki telah ditembak secara rambang melalui helikopter dan kapal perang israel laknat. Manakala 30 orang telah tercedera dan dibawa ke hospital melalui kapal terbang. MasyaAllah.....

Saturday, May 29, 2010

Oren Hopper



Kenalkan 'Oren Hopper' B. Berusia genap seminggu arini...Ini wajah Oren Hopper yang telah di modified. Bleh dikatakan dah 20% dia modified moto nie. ayoooo tak faham la, itupun byk lagi yg nk di modifiedkan...Pellik kan lelaki nie...






Wajah asal hopper....skrg pelaburan adalah ke atas óren hopper' ini...Mr hopper, pls be good to ur rider!Be safe and soun okeh, i trust u mr hopper....!

Friday, May 28, 2010

Seriau

3 jam lalu sewaktu dalam perjalan ke William telah meyaksikan satu kecelakaan jalanraye secara live.. Seriau & Ngeri yang amat. Walaupun sebelum ni memang dijamu dengan gambar2 aftermath kemalangan tapi perasaannya berbeza bila mata kepala ini menyaksikan detik cemas dan ngeri itu.

Mula la i risaukan my hubby yang baru aja kembali berentap dengan 'Oren hoppers' berusia seminggu dia tue (motor baru B). Sebagai penunggang motor di Kota Metropolitan ni sangat la tinggi risikonya. Hanya tuhan aja yang tahu kerisauan diri ini lantas akan melakukan apa aja untuk pastikan semuanya selamat. Ada yang memberi komen yang me agak superstitious bila minta dibuatkan air tawar untuk motor baru B...Actually aku pun tak percaya betapa ortodok nya me. Tapi i will do apa saja untuk menenangkan keresahan ini...and with God willing hope everything will be fine. Aminnn..."Ya Allah lindungi la suami ku"

Berbalik pula pada kemalangan yang sempat ku saksikan sekilas pandang tadi. Mula2 nampak sebuah motor ini yang agak laju n mengekori sebuah kereta Saga putih if tak silap dalam jarak dekat. Then sekelip mata tetiba motor itu seperti hilang kawalan and nampak dia macam nak elak dari melanggar kereta itu-macam tak stabil, rasanya motor itu bergesel dengan kereta dan menyebabkan kemudian motor itu terbabas dan i sempat tengok penunggang motor itu melambung serta dengar hentaman bunyi yang kuat.

Tak tahula macam mana keadaan penunggang tu. Kami tak berhenti pun sebab kami di lane paling laju. Hopefully penunggang itu landing atas bahu jalan sebab if dia jatuh atas jalan, tak tahula nasib dia macam mana kerana kereta di belakang sangat laju....ngeri ngeri...

Jika nk dikira, suppose i macam dah biasa dijamu dengan gambar2 mangsa kemalangan memandangkan my jobscope memang berkehendakkan begitu. Paling spoil ialah apabila pagi2 hari yang ceria dan gumbira tetiba bila stat buat keja direfer lak dengan gambar2 nyeri...terus spoil seharian...nk buat camne, i memang tak tahan nengok gambar2 yang ngeri...

Tapi syukurla tak lama lagi i takkan berhadapan dengan juada juadah yang tak best nie lagi kerana i will be in my ner ofis sooooonnnn....

Tartlets

Nie aktiviti yang paling digemari iaitu belajar memasak/buat kek/buat tart. Sedaaap sangat tarts nie. Last weekend i n my sis belajar buat tart di bakery kejiranan kami di Lea-oven. So i dh dapat prospek baru untuk perniagaan Cheeewaaahahaha..frenz n family nak makan tart jangan lupa kontek akak yea. Terus promo gitewww....walaupun akak baru belajar tapi dont worry akak akan buat dengan kasih sayang confirm jadik! Kontek me tau...

check it out the varieties of tart:




Details on the tartlets will be posted soon. But i can't guarantee how soon it will be coz im super busy rite now!If u are interested just call me and i will let u know.

Wednesday, May 26, 2010

Meh citer satu satu

Like i said before banyak yang nak diceritakan...tapi marilah kita mulakan mengikut sequel.


Last Friday nite we were having our Annual Dinner di Hotel Istana and i one of the committee paksa rela huhuuuu. 3 years menjadi committee without fail bukan la sesuatu yang menyeronokkan sebab you cannot enjoy the show like others. Tho i was not the important committee that nite but it still obstruct me with the cue and tugas2 khas atas pentas. Ishkk ishkk ishkkk... Yeaa nyah akak yang macam christmas tree nie ditugaskan memegang dulang atas pentas...waduh waduh waduh...sampai lenguh2 tangan akan nie tau!

What ever it is...semua kedengaran sangat gumbira dengan lawak Dee and the paper doll serta artis2 Dee like Putri and Ikuwal(Dont know how to spell but katanya dia famous d Utube and telah harumkan nama negara...google la sdiri i tak sempat nk research..tp budak nie memang best!)



Jom kita layan gambar2 yang i managed to grab it from Lina.




Wit tip top master mind..


Opening by Dee


Committee Pendaftaran..org kuat not in da pic iaitu Pitt-where are youuu???ohhh bzbz bz....





Apola yang digosipkan sampai terangkat kain




The commitees




manusia-manusia yang bertopeng

Sekian dulu...selanjutnya next entry...





Sunday, May 23, 2010

Banyakk

Banyak sangat nk diceritakan tapi biologycal clock tak betul lagi. Badan pun masih lenguh2 n muscle pain...so cerita2 tu simpan dulu la...

Wednesday, May 19, 2010

Masquerade?


At first place memang tanak spend much for the dinner tapi namanya perempuan kan...ner beli baju, bila beli bj ner match ngan tudung lak. haiiiyaaa....I lak g beli mask dulu sbb tension tak jumpa right outfit...ter beli mask warna golds, tapi sandal multi purpose warna silver lak adeiii, baju warna warni....sebijik mcm christmas tree jadi nya....so ner spent lagi untuk beli sandal color gold...so i better get one lah.

Apabila baju tak mencapai piawai,,,untuk menampakkan ke"dinner"an ner beli accesories lak...dah jadik big spender. Hishhkkk....dah la jadik committee yang tak komited.Haaiiiyaaa,,, rasa tak berapa best la. Dont know Y...

Ohh temanya masquerade, so yg jimat ialah tang make up je la...sebab pakai mask kan-but still u will not wearing it whole nite. Bulu mata pun nyah beli yang lain (ini jer yang excited nk pakai..lain2 mood tak mari lagi)...Owhhh

Tuesday, May 18, 2010

Rujuk

Laki ku gila talak...nasib baik dalam tempoh i'ddah lagi so bleh rujuk kembali. Dahla mengganggur berminggu-minggu dah ishk..ishk..ishkk
Ooppss kami tak penah bercerai yea dan dia bukan gila talak pada i tetapi Opis lamanya.Sib baik bos masih sayangkan dio dan kasi offer lebih lumayan dari ofis barunya (yang mana baru yang mana lama pun dah confuse) Mekaceh pd GG sebab terima laki ku yang telah "betray" hahahaa...
Walaupun benefit di opis ini tak bayak (tak banyak ker takda langsung ekk?) Tapi B kata dia lebih tenang dan senang keja di tempat yang tidak hiruk pikuk seperti di Midvalley. sekarang dia akan kembali ke Damansara yang dikatakan kawaasan elite and private..Elite kerrr???
Sebenarnya dah pujuk minta B bertahan sebab i kagum dengan benefit yang disediakan...tapi nampaknya laki ku disfunction di situ kerana terlalu hingar bingar terutama waktu makan. I leh faham macam mana B rasa tapi tak expect ia boleh menganggu B begitu sekali...ahhhh manja sungguh laki ku.LIKES U!
Now i think i know him better. Dulu memang tau dia tak suka g tempat2 org ramai. So walaupun kami ini tak berada..or tak berduit tapi sangatlah jarang kami nak bershopping time org2 ramai sampai tak leh tgk barang dan nak kena berebut2. Say good bye to YES.
Postmorterm yang i buat nape laki i tak leh tahan dgn enviroment tempat keja baru dia:
1. Susah nak makan waktu tghari. Situasi : Pernah pergi di food court midvalley on weekend tak? Haaaa itu la yang perlu b hadapi hari2, ner berebut tempat dan share seat with org yang tak dikenali. Ner Control Macho la. Kesan: dia kehilangan selera makan dan gejala kemurungan kerana tak leh enjoy lunch break dia to the maximum.
2. Susah nak sembahyang. Situasi : Dah la lunch break ner berebut. Nak sembayang sure tak sempat from 1-2 pm. Jadi nak sembahyang kemudian ner sorok2...takot kantoi dgn bos. Kesan: hati tak tenang.Ishkk..ishkkk ishkkk...tak patut tak patut
3. Masih pasal sembahyang, time nk sembahyang jumaat Situasi: jalan jem. Yeahh midvalley kan...Kesan: darurat jadi tak payah sembahyang.Ishkk ishkk tak patut.
4. Terpaksa lalui Fed h/way utk ke opis. Situasi: Ner bgn awal dan gerak awal kerana sangat jemn Kesan: Selalu clock in lambat
5. Terpaksa bangun awal kerana waktu kerja 8.30 to 5.45 Situasi: Ner bangun awal Kesan: Lambat masuk opis sebab tak biasa tido awal dan bangun awal.
Nie antara alasan lah. Tapi teringat my conversation dgn MIL bila i maklumkan anak manjanya tukar tpt kerja, benda perkara di tanya adalah senang ker nak sembahyang tpt baru tue? So i rasa lega sebab B back off because of those reasons. Walaupun sound remeh, tapi kesan besar iaitu gejala kemurungan.
Lepas jer dia tender 24 hr notice of resignation laki ku sangat gumbiraaaaaaaaaa....i m happy for him. Sekarang dia menganggur dan isterinya sedang mencari rezki di pejabat! Hahahaaa enjoy sakan laki i sekarang nie.

Monday, May 10, 2010

B di tempat baru.

Hari ni B keja di tempat baru....macam manala agaknya. Hope dia gumbira dgn keputusannya. Bukan pe if tgk dia sblm ini punya la isau nak ke tempat baruuuuu...mana tak nyer bos lama dia asyik mark up jer wages week by week sampai dio pun naik pening and confuse...sian dia...tapi selain dari better pay,self satisfaction juga penting...lagi pun masih muda remaja kan banyak benda nk achieve and nk fill up the profile...baru canteq sikit profile tu kan,,,,---ini hanya terpakai untuk those yang ambicious la,,,nox idok ler begitu ambicious....itu untuk laki nox jer ssebab dia mesti la kena sara anak bini nanti.ahakkss....

Takla gurau jer Biy jangan stress lak...i m happy wit my life sekarang don wori laling...setiap kesenangan dan kesukaran kita tempuh bersama...wahhahahaaa ayat drama habis!Tak kisah la apa pun yang penting bahagia! Tak banyak duit pun tak pea (ayat ku tak banyak duit yea bukan takda duit-sebab if takda duit for me memang tak bahagia...reality hidup beb jangan nk tipu) Tapi kalu banyak duit ayang sapa tok balik umah potong jari la memang tak bahagia jugak...Jadi kesederhanaan adalah teras ye!


Nota kaki:
Sekarang dh 8.20 mlm tapi B belum ada tanda-tanda nk balik umah lagi...hermmmm....dapat msg dari Biy kata nk g sport outlet lak...amboiiii shopping tak ajak bini...tau la opis attach to shopping mall...marah tau!

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu...terutama sekali Bonda Nik Meriam...mama adalah yang TERBAEK! Tak lupa pada MIL jugakkks Bonda Zainab. Semoga panjang umur dan sihat sejahtera. Pastinya pengorbanan Mama & Ma tak dapat terbalas seumur hidup ini. Memang tiada tandingan...chef terbaik, surirumah terbaik, ibu terbaik segala-gala la terbaik.

Love u a lot mums!

For frenzs & family yang sudah menjadi ibu-ibu...i m proud of u gals!be a good mum k...Pls pray for me too.

Wednesday, May 5, 2010

Lemon Rosemary Chicken Grilled

Hi uolsss...arini nk bkongsi resipi...ahad lalu, selepas mentensionkan diri i telah masak sesuatu yang istimewa untuk hubby atas permintaannya yang telah berzaman dia minta dibuatkan. Lalu sempena dengan terapi kekusutan i telah masak CHICKEN LEMON ROSEMARY...resipi i ambil Teratak Impian. Kak Zai tompang lalu yea, minta izin postkan resipinya di sini,,,rasanya superb and super duper easy to make. Memang berjaya terapi check it out:

I ubah resipi ini sedikit memandangkan ayam yang i gunakan hanya 1 upper thigh and 3 wings...ala untuk 2 org makan jer..anak2 buah ku jgn mleleh tgk ini, nanti che su wat lagi next time, ini experimen jer,,xsangka bjaya lak. my version and portion adalah seperti berikut:

LEMON ROSEMARY CHICKEN GRILLED

Bahan:

1 thigh, upper thigh dan 3 ketul kepak
1/2 biji lemon
5 ulas bawang putih
4 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam-lebih kurang la,,i agak2 jer tapi not to over powered la
1 biji kentang dibelah 4
1 biji tomato atau lebih
Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong-tak masukkan pun xda stock
1 biji bawang besar dibelah 8
2 sudu serbuk Paprika - takda stock gak, i ganti dengan cili boh
Kicap Pekat - tak da gak so i ganti dengan sos tiram 4 sudu
Garam dan gula secukup rasa-i ganti dengan serbuk chicken stok dan madu
2 helai daun bay

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
umbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.(i just gaul2 kasi mesra jer-sebab buka guna seekor pun)
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.(i perap selama 1 jam)
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 1/2 jam atau sehingga masak.
Balik balikkan setiap 1/2 jam. lumurkan bahan rempah yang berlebihan supaya tidak terlalu kering Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..

Sungguh senang...cayo la. Cuba la buat k!Jom tengok hasilnya

Tara.....sedappp resipi nie...selamat mencuba


Malam itu kami makan ayam ini dengan nasi putih dan tomyam...ala ala konsep fusion gitu hahaahaa..orang makan ngan salad and mashed potato-we all makan dgn nasi + tomyam lagi


Menggunakan oven-hadiah dari B sebab dia tahu wife dia suka masak!Like it a lot


Sila perap supaya lebih mesra gitewww...

Nota Kaki:
Malas nak arrange gmbr...so sila reverse dalam melihat gmbr2 ini.

Saturday, May 1, 2010

Kehendakmu melemaskanku

N3 ini di khaskan untuk i meluah rasa. Akan lengthy, so xnk baca pun xpe...ada aku kesah?!

Alkisahnya ada sorang hamba Allah so called kaya sebab gaji sebulan puluhan ribu, bongkak sebab dia ingat dgn status dia, dia boleh pijak orang bila kemahuan tak dituruti dan jahil bila dia sepatutnya lebih arif dariku tapi mengaplikasikan-niat menghalalkan cara dan pentingkan diri sendiri kerana akan buat apa sahaja janji dia dapat apa yang dia nak...ishk ishkk ishkkk mari kita panggil beliau 'VIP


Nature kerja i tidak akan i mention di sini-pada yang tahu tahula...yg tak tahu-tak penting pun utk kamu tahu...menyebabkan i terjerumus dengan golongan-golongan ini. Hakikatnya i punya aturcara untuk dipatuhi dan panduan+budibicara,siapa yang cipta panduan ni?of course my superior la. Tapppiiii...just because da VIP is their fren..peraturan tersebut adalah tidak terpakai...(aturcara tersebut hanya diguna pakai pada orang2 sekin, org yg takda kabel, orang kampung,technicion, mat-mat despatch yang punya anak ramai, tanggungan byk-gaji RM1500K duk rumah menyewa aje? Ishhk ishk sihkkk...adilkan dunia ini...So me, akan jadi kambing hitam yg akan memeras dari yang tidak punya dan let go aja pada yang confirm bleh bayar punya....Ya Allah ko lindungilah aku sesungguhnya aku tidak redha dan aku tahu kelak aku pasti ditanya.

Seriusly, tindakan ku tidak langsung berpaut pada keegoan atau besar kepala atau ekor,,,cuma lebih kepada seorang nerd yg cuma melindungi diri sendiri kerana dah kata ada peraturan, i follow la..tidak la nokkk tahu ''u made it for u to break it' konsepnye! Tapi sekarang i faham dah konsep itu,,sungguh keji!

Berbalik kepada VIP ni, bila keinginannya tak dipenuhi...(maksudnya kalau ada botol, dah ada isinya cuma tak penuh) dia tetap tidak puas hati dan mencanang namaku serta mengorak langkah men-tarnish my good name...syabas!anda berjaya melakukannya. Jadi tidak perlu tunjukkan i langit itu tinggi mana kerana kamu juga tidak tahu tinggi mana langit itu kannnn...

Ini bukan kali pertama i terjerumus dengan golongan ini, yang lain seakan-akan faham tapi yang ini ishk..ishkk ishkk...dia fikir status dia setinggi langit agaknya. Akibat tersepit dan terpenyek i beralah....konsep ikan billis dan ikan paus terpakai di sini.takpe la...dengan ini saya dengan besar hati jemput beliau ke divine court kelak lagi pun kita semua memang akan ke sana dan kerana i memang tak redha dengan apa yang dia buat pada i.Bukan tak redha dgn keputusan i sebab bukan masuk poket i pun kalu u bayar hatta 1 juta pun tapi atas tindakan desperado dia mencanang namaku pada superior dan mengugutku.. i bukan la seorang yang tawaduk tapi bila orang yang sepatutnya dapat memayungiku dalam tugasan ini tidak dapat i harapkan, i yakin i punya Yang Esa yang melihat dan mendengar aku tidak pernah tidak yakin berpaut padaNya. I yakin doa orang yang teraniya itu makbul.

Towards the end...i baru dapat tahu pemerasan yg dilakukan pada ku kerana ingin menyelesaikan "Hutang Duniawi"sebelum berangkat ke Mekah....hahahhaaahaaaa lawak tak? lawak lawak lawak..."nak bayar hutang tapi nak free",,,macam mana tue yea??geli perut ku rasanya....takpeala i doakan semoga ibadahnya diterima di sana tapi ingat dosa sesama manusia tak lepas tau...ku berdoa dari kejauhan di balik awan jela yea.

Thursday, April 29, 2010

Sedih laaa mcm nie!

Sedih...macam mana bleh terjebak dengan orang kaya berkuasa berpangkat dan yang pentingkan diri sendiri...

Monday, April 26, 2010

Dah orang tu yang menang terima sajala...

Waktu dinner semalam bleh dikatakan waktu panas..yeala time tu sedang berlangsung perjumlahan undi di Hulu Selangor...saat kami mengambil tempat duduk di kedai makan diumumkan kerajaan memerintah yang menang. Ada aku kesah?! I memang mengambil sikap berkecuali...dan akan cuba seboleh2nya tidak membicangkan isu politik dalam blog i nie yea...coz for me politic is dirty..semua punya agenda dan kepentingan masing2 hatta siapa pun yang mewarisinya.

Tapi yang menyakitkan hati semalam ada satu meja di depan i yang masing2 muka macam pecah umah berperangai macam beruk masuk kampung sebaik saja diumumkan keputusan menjadi emo macam perempuan datang haid! Apakah...marah dek kerana yang disokong tak menang. Apa la tolol sangat-kalah tue kalah la...tk perlu beremosi siap pandai memandai tukar channel Astro 202. Pastu cakap kuat2 satu Malaysia (menganjing...saje la tue!)

For me kalau melayu tapi perangai tak melayu-ikut peradaban barat tak gemar la i kan..kalau kaum lain boleh berperangai lagi bagus Y not kan. Isu yang dibangkitkan sini bukan isu agama yea tapi isu morality. (Tetiba ingat subjek Jurisprudence) Betul la dah insaf dah tobat tapi kemusnahan telah berlaku...antara kamu dgn tuhan itu isu agama, masyarakat menilai morality kamu.

Berbalik pada geng pecah umah tadi-bila dah tukar channel tu mereka tak pulak menonton...saja nk tarik perhatian.Buat perangai jakun eeeiii menyampah n geram tau!!Nak marah marah la tapi jangan menyusahkan orang lain lak...ni yg i anti nie. Ikutkan i nk jer g tukar balik channel, tapi B larang..B kata tak guna "menyalak" macam mereka!

Terima la hakikat..jangan nak salahkan orang lain lak......hokeyyy...

Saturday, April 24, 2010

Berjaya Hills ooo...Berjaya Hills

Kami ke Berjaya Hills tadi...dengan semangat dan penuh harapan membawa beg pakaian dan bekalan makanan mahu bermalam di puncak Berjaya Hills...Sesampai di puncak me & B mengomel naper tak sejukkk??Expectation adalah seperti naik ke Cameron Highlands,,lalu kiciwa! Click Click click amik gmbr,,,pastu tak tau nk wat lg dh?..kalau overnite di situ alamak nyer mati kering kami coz takda aktiviti dh nk di buat...lepas 3 jam di sana kami pulang semula ke pangkal jalan...

Takmau komen apa2 la...naz dh kata dh bosan tapi g jugok...degil! tapi kira puas hati la kami ada gak gmbr depan Colmar Tropicale sebab situ jer yg lawa. Ke Japanese house gak...panas mak aiii,,,takdak makna nya nyah nk pakai kimonno tuh...kita g jepun betul2 baru pakai keh...ni umah loklok. Rabbit park tak g ahh bucuk! i dont like. Horse Trail pun tak g...i dont like animals...dulu dh penah naik,,,seminggu ner ejek ngan dd sebab masa panjat kuda tue i siap meniarap atas kuda tuh,,,ish ishh sian kuda tue.

We all g Botanical park...amik amik amik gambar,,,peluh lencun. Decided untuk pulang ke rumah.Tak sanggup bmalam sini cam tak berbaloi baik bermalam di Genting. I Tido sepanjang jalan balik. Sampai di Gomabk B kejutkan nk singgah Carefour Wangsa Maju sat(mengimbas memori silam gitewww) then balik ke umah makan maggi..huhhh wekend get away sungguh. Esk golek2 jer kat umah!

Jom layan gambar kembang kempis...kembang kembang kembang




Entrance Colmar Tropicale
Cak pong cak pongggg...

Iklan ini tak dibayar....


Pancing anak itik...apa kelas kan...pancingla anak ayam..no..no..no


Tak sampai feel duk Perancis la...bila la dapat g sana..ada bapak bapak hayam nk sponsor?



Centre of attraction-me myself and mine


Budget posing cenggini dapat sponsor g Perancissss..


Cantik ikan2 nie..rasa nk bawak balik jer


Dari jauh adala feel...sket sket


Memilih menuruni bukit tanpa menunggu shuttle yg tak berjadual datang


Aktiviti kreatif laki ku


Taraaa....reflection of ourselves

cakkk aaaaa.....

Copek...den copekkk...balik bergolek ahhh