Thursday, December 3, 2009

Selamat kembali

Raya Aidiladha tahun ini agak mencabar dari segenap aspek. Perjalanan pulang ke kg halaman sahaja memakan masa 12 jam (memang telah dijangka). Tetapi semangat dan ketahanan kelantanesse memang tak boleh dipersoalkan. Sungguh pun memakan masa berbelas2 jam kami akan tetap pulang ke kg gak walau untuk beraya 2 hari jooo! Yang bukan berasal dari klate mesti tak pernah lalui perjalanan sebegini dan tak tahan.hahaahaaaa chilled

Sampai je di sempadan klate baru nak bincang mana nk overnite. Kata sepakat diperolehi kami singgah di rumah i dan kemudian akan bermalam di rumah MIL. Ala jarak rumah kami hanya 15 min je. Jangan jeles...hihiiii untung kawen dengan orang senegerikan. Cuma orang akan menganggap i bermasalah, walhal i ok jer takat nak tido kan apo masalah nyer. Not a big deal lah. Biasala orang tengok kita punggah beg ke hulu dan ke hilir konon susah. tapi apa susah nyah tak mintak pun dek non bawakkan kannnn beg i dah ada roda...Nyah tak kisah so korang nape lak kisahhh...emo lak i. kwikwikwi

Kami tak lakukan ibadah korban tahun ni. Tapi InsyaAllah lain kali kami berhajat berbuat demikian-harap dimurahkan rezki. Mama and MIL jer yang korban tahun ni. Dah namanya korbankan so asik makan daging lembu aje ler. Kenduri sana sini pun makan daging huhuhhh...panassss

Hari kedua saya memenuhi beberapa undangan perkahwinan-tiada gambar diambil sebab malas nak bwa DSLR time ujan2. And malam tu lak hadiri berbeku. Lamb chop dia sangat sedap. Home recipi katanya. Dulu saya tak makan pun lamb tapi sekarang dah boleh makan sikit2. Baru tahu daging kambing atau biri2 boleh kuatkan daya ingatan.

Hari ketiga-dah nak balik kl..huhuhuhuuuuu walau pun cuti i masih ada 2 hari lagi tapi Biy nak masa untuk dia berehat sebelum mula kerja. Okla..no hal lah. Kami memilih untuk pulang melalui Kuala Terengganu-kerna lebih santai dan Biy nak singgah umah Sisters.

Kami bertolak dari Klate agak lmbt- jam 1 petang. Santai jer Biy pandu... lepas g rumah kakak2 Biy we all singgah di tepi pantai Marang lak. Picnic sana jap dengan bekal yang mama sediakan. Telan air liur jer tengok kopok lekor...tak berani nak beli takot cholera.

SIL i dr KL pun bertolak balik hari yang sama dengan kami cuma dia mendahului 3 jam dari kami. So bila dia dah sampai di Kijal - Kemaman dia rodger kami dan beritahu situ jemn teruk. 1 jam berlalu kereta hanya gerak 500 meter jer. Sila bayangkan!

Me and Biy tak mau ambil risiko itu dan decided to take Kuala Berang route. waktu tu dh lepas maghrib dh.heheeheeee... dengan yakin nyer kami ambil laluan itu berpandukan garmin. Sampai jer separuh jalan Garmin yang menjadi panduan lost satelit. hahahaaaa... dan jalan yang dilalui sangatlah menakutkan. takde orang lalu heran sungguh dan sangat gelap gelita serta berlobang-lopang jalan....waawawaaaa sepanjang jalan i diam jer... dalam kepala dah pikir bukan2. B dah nampak muka cuak.

Akhirnya bila sampai di satu simpang baru lah ramai orang..lega! Moral value lain kali gerak awal. tahu nak santai jooo! padan muka! Tapi Biy dah pancit dah kerana daya fokus yang lebih dan agak stressful lah drive di jalan yang rosak teruk akibat banjir. We decided to overnite in Kuantan. Teruja i. Santaiiii... lagi

Sampai di Kuantan kami pusing2 guna Garmin cari hotel. Siapa kata Garmin tak bagus?hanya jauhari yang mengenal manikam. If dah tahu jalan tak payah la guna Garmin. If tak tahu baru guna-itulah purpose nyer. Jadi isu Garmin bagi route jauh ker apa tak menjadi isu yea kawan2! Sebab kita memang tak tahu jalan tu. Owh lagi satu i guna software Garmin yea...jika anda guna software selain darinya mungkin ia tak sebagus Garmin la kot. Itu sebab u kata GPS tak bagus..sila kaji semula kenyataan anda.

Di Kuantan kami menginap di hotel cikai jer. Hotel agak baru iaitu Greenleaf, Kuantan. tengok Shahzan Hotel macam gempak jer. Kami nak tido jer pun. Sekarang promotion cuti sekolah hotel tu offer RM92.00++ per nite utk standard room. exclusive bfast. Sebaik ajer masuk biliknyer whole row of the building blackout. Hameeekkk kau! kami terus keluar ke Teluk Cempedak dan lepak sana sampai kul 2 pagi . Hikkk macam honeymoon kan. Santaiii... Kat sana ramai muda mudi yang sedang hang out. (mak ayah dorang tak cari dorang ker?hemmm...pelik i remaja2 lak tue belasan tahun lagi) Zaman remaja i dulu sangat berbeza.

Bila balik hotel eletrik dah ada. Biy terbongkang tak sedar apa hingga keesokan hari. Jam 10 kami checked out dan Bfas di Kemaman Kopitiam. Kami makan nasi lemak special i.e ada ayam seketul, nasi dagang, 2 popiah, 2 ketayap (take away) dan B minum coffee and mine tea. RM34++. Boleh tahan bfas kami...kalau kata makan tengah hari pun rasanya tak sampai RM20 kot....nilai lah sendiri!

Waktu bfast jumpa BFF-DD dah lebih setahun rasanya tak jumpa dia... dah jadi mak orang dah dia. Bila peluk dia terasa dia kurus. dulu kalau peluk DD terasa gak lemak2 dan gedat2 ni tulang jer. i gak yang mengembang dengan jayanya huhuhuuuuu... Harap leh gath lagi time wed ju nanti.

Kul 12 t/hari baru bertolak dari Kuantan. Sepanjang perjalanan sangat menderita. I diarrhoea huhuhahahaahahuuhuuu sepanjang perjalanan ke KL. Sila imagine yea travel sambil cirit. Setiap R&R dan Pam station i singgah dan lawati...huhhhuhhhh lotih dennn.. memang lembik dan tak bertenaga dibuatnya. Jam 3 ptg baru sampai KL g lunch sekejap dan segera pulang ke rumah takut cirit lagi.

Itula pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan pulang berhari raya......kita yang merancang dan tuhan yang tentukan.!

No comments:

Post a Comment