Monday, November 2, 2009

Serawa Durian

Semalam suami i nak makan serawa durian.
Kami sangat cintaka durian yea.
Kebetulan stock durian banyak dalam freezer so apa lagi
laluku tunaikan hasrat suamiku itu. Ini kali pertama membuat serawa durian yea jom semak resepinya:-

SERAWA DURIAN

Bahan-bahan:-

Mestila ada durian. Sukatan agak2 sendirila untuk berapa banyak
Santan pun agak2 nak kurang lemak ker nak lebih lemak ker...tapi yang sedap mestila yang lebih lemaknya.
Gula pun sama, secukup rasa yup
Gula melaka saya letak lebih. Supaya manisnya adalah manis gula melaka
satu biji telur
Daun pandan untuk aroma juga bunga cengkih.

Cara-cara:-

Buang biji durian dan kisar sebahagian isinya dengan separuh santan. Masukkan dalam periuk dengan api yang sederhana. Masukkan Santan,gula dan gula melaka. Biarkan seketika hingga mendidih. Tambah sedikit air sahaja. Jika suka pekat tidak perlu tambah air.Masukkan isi durian selebihnya. Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan kacau dengan garfu seketika. Tak perlu hingga kembang pun. Sekadar nak telur putih dan telur merah sebati jer. Kemudian masukkan telur tersebut ke dalam periuk tadi perlahan-lahan dan terus kacau perlahan-lahan supaya telurnya menjadi bentuk urat2 gitewww...Masukkan daun pandan dan bunga cengkih. Biarkan mendidih teruskan kacau dengan api yang kecil... Ok sekarang siap untuk dihidangkan bersama dengan pulut atau pun roti..
Nyummmyyy...

Senang saje kan. Siapa kata memasak itu susah???Yang penting semangattttt!
Berbuka puasa ni saya nk makan serawa ini lagi...ni tengah menghidu bau serawa dari bilik kerana bawakan sedikit untuk ofis, jadi mereka tengah kenduri diluar sana.. i dalam bilik ni kempunan....

No comments:

Post a Comment