Tuesday, November 3, 2009

Bagaimana menghadapi kekecewaan.

I bukanlah orang yang terbaik untuk menasihati orang lain bagaimana untuk menghadapi kekecewaan. Topik ini i pilih adalah untuk peringatan me-myself dan mungkin boleh dikongsi bersama tentang bagaimana menghadapinya. Jadi ini bukanlah bermakna saya terror menghadapinya.

Okeh...ini brief list tips untuk menghadapi kekecewaan. Jom kita semak:-

1)Fahami masalah yang dihadapi-usah lari dari masalah,cuba atasi setenang yang mungkin.

2)Hindari dari meyalahkan diri sendiri atau orang lain kerana ini boleh memburukkan keadaan

3)Fokus pada aktiviti lain yakni jangan terlalu memikirkan masalah yang dihadapi sehingga menjejaskan kehidupan.

4)lupakan dengan mengisi kehidupan dengan aktiviti yang kita suka seperti bershopping

5)luahkan perasaan pada orang yang dipercayai dan memahami.Ini penting kerana jika tidak akan mengundang kekecewaan lain lak.

6)minta nasihat atai saranan.mungkin pandangan orang lain lebih bernas daripada kita yang dibelenggu kekecewaan dan keresahan

7)jangan mengikut perasaan. usah biar hati mengawal otak. Cuba kawal perasaan dan bertenang serta bersabar.Bisikkan hanya perkara yang positif pada diri sendiri.Seperti kamu sangat cantik!

8)Tingkatkan keyakinan diri dengan cara kemaskini penampilan. Mungkin boleh tukar wardrobe lama dan jadikan alasan bershopping sebagai penawar hati gundah. Tapi ingat-kewangan juga boleh buatkan anda kecewa yea!

9)Dekatkan diri pada yang maha Esa. Jangan lupa dirikan solat, Doa, perbanyakkan selawat pada Nabi Muhammad SAW, membaca al-quran dan solat taubat. Lumrah manusia bila dirundum malang akan ingat pada tuhan. Jadi anggaplah kekecewaan merupakan suatu hikmah supaya kita tidak lupakan pada yang mana Esa. Dia sentiasa ada untuk kita. Hummm ingatan untuk diri sendiri-harus konsisten.

10)Menerima kenyataan mungkin dengan berkawan dengan orang-orang yang miskin atau yang kurang bernasib baik dari kita akan menyebabkan kita rasa bersyukur dan insaf

11)Pasrah dan redha dengan ketentuannya. Wajib menerima Qada' dan Qadar

12)Sifat pemaaf. Ini mungkin sukar atau sangat sukar pada i. Memang i jenis dalam diamku berdendam. Tapi sifat pemaaf ini adalah semulia-mulia sifat.Lagikan nabi ampunkan umat!

Ini adalah antara tips yang saya rasakan dapat membantu mengubat kekecewaan. Yang penting ambil masa untuk ubati kelukaan tapi jangan ambil terlalu panjang kerana tak bagus bersedih lama-lama. Bangkit dari kekecewaan itu dan start all brand new life...dan cuba lagi!

No comments:

Post a Comment