Wednesday, November 25, 2009

Balikk kampung

Esk balik kampung...
Yeay yeay yeayyyy esk balik kapung maen bah...

Happy sangat result xm dh kuar (gomen kan selalu ada peksa!)
walau tak excellante tapi saya cukup puas hati.
Alaa i kan bukan spesis yang ambicious...
Asal lepas jerrr - i memang gini dari zaman uni lagi

So raya ni memang bleh bergalok sakan tok ingat dunia..Astaghfirullah!
Jadual balik kampung biasalah padat dan sendat kerana kemungkinan besar balik kejap aje walaupun cuti panjang sebab laki ku perlu pulang ke KL segera...

Walaupun musin tengkujuh kenduri kawen masih lagi rancak.. dan perlu dipenuhi..org dh jemput tak baik tak pergikan melainkan ada aral yan melintang. Harap2 hari raya nanti ujan tak lebat if not mcm mana nyah nk vogue kan...berselut la sandal i.

Semangat nak balik kg tapi mls nk packing barang...

Tuesday, November 24, 2009

Apa rasa....

Apa rasa bila pakai kebaya?
mestila rasa cantik.

Apa rasa bila butang baju asik terbuka?
rasa geram

Apa rasa bila dalam sehari butang kancing tu asik terbuka lebih daripada 20x?
rasa nak buka jer baju nie

Apa rasa bila tarik nafas jer butang terbuka?
rasa sedih dan perlu buat measurement baru

Apa tandanya??
SAYA DAH GEMUKKKK

Apa solutionnya?
MAKAN BANYAK BANYAKKKK lagi!


Nota kaki:
Ya, saya stress dengan perkembangan sekarang!

Monday, November 23, 2009

Anniversary-part 2

Kami bercuti sempena Ulangtahun perkahwinan kami yang setahun jagung. Kami ke Alamanda. Tempat ini jadi tempat dating kerana dekat dengan tempat B blajar dulu. Memang Alamanda takda apa yang menarik tapi kami merasakan asalkan kami berdua ada bersama - mana2 tempat pun menarik...masyuk bercinta la katakan. Sempat menonton wayang 2012 dan duduk seat kedua dari depan....tetap menarik kerana sebelahku ada suamiku.

Hasrat nurani nak suprisekan suami ku dengan candle light dinner petang itu tetapi misi gagal. hari kejadian (16.11.2009)jam 6.30 hari hujan-maka B tidak ke padang bola.tapi i siap paksa B g main bola...suamiku sudah dapat menghidu plan ku...Hujan pula takda tanda2 akan bhenti. Maka suami ku terperuk dalam bilik jer... Tak ada pilihan lain melainkan paksa B buat perjanjian supaya jangan kuar dari bilik sehingga elyn panggil. Ugutan, jika B kuar Elyn tido umah kakak.heheheeheeee takotttt!

So i pun berhempas pulasla menyediakan ribeye for our dinner...resipi sendiri2 campak2 dan terlebih masin...sowriiii tapi eatable . Side dishes nasi tetap ada- potato wages, sweet corn and veges...juga mushroom soup(brand campbell)and bun huhhuhhhh berpeloh chef!Dessert lak manggo cream cheese cake.(Seronok membeli belah di Cold Storage hari2 shopping situ kan best!) Juga kad anniversary dan gift untuk B.

Suami kasi apa? tak kasi apa pun...tak sedihlah..tau dia belanja semalam dan B memang macam tu lagi pun dia sentiasa kasi barang pada i jadi i maafkan dia kali ini...B elyn dah sediakan beberapa list yea jangan buat2 tak ingat lak! mekasih...hehheeee



Sup campbell dan roti bun yang dipanaskan dengan penuh kasih sayang



Chef cum wif


Bantuan tripod


Kagum dengan hasil kerja sendiri-inilah hasilnya bila dibuat dengan kasih sayang. Nasi siap bentuk tower lagi...hajat nak wat bentuk KLCC tapi mana leh lawan suami kan!Senibina jangan challenge.



baju B pakai itu i belikan tapi agak kicik...selalu beli baju kicik pada B. lain kali xleh beli baju lagi dah...



Manggo Cream cheese.nyummy nyummy...



Rupanya buat candle light dirumah lagi romantik...baru tau..perasaan romantik itu akan ada jika kita sendiri yang zahirkan...tak semestinya tempat mahal baru nak beromantikkan B?

1st Anniversary- part 1

Lama menyepi dari meng up-date blog kannn.. Sibuk yang amat ujung2 tahun begini biasalah nak kena kejar target sebelum target baru dibuat. sedar tak sedar dah setahun jadi isteri. Rekod pencapaian setakat ini memberangsangkan heheeheeee..katanya!

kami raikan cinta di Tamarind Springs,Ampang...setakat makan2 jer. Tapi pengisian tue yang best. Macam tak sangka cepatnya masa berlalu. dh setahun rupanya. Harapan dan doa agar berkekalan hingga hujung nyawa. No wonder dalam forum banyak yang suggestkan tempat tue untuk celebrate anniversary-memang romantik! tapi yang tak tahannya costly sebab foreigner yang tak penah makan nasik yang g sana.

Husband i lak memang hantu nasik kannn so tempat ini sangat seswai la. Steak2 dia tak berapa nak heran melainkan i kempunan tahap tidur malam pun mimpi nk makan rib or spare-rib baru la akan g.lalaki jelapang padi betolla.


So sedikit food review of Tamarind Springs, Ampang. Lokasi-sila google tak pun sapa ada garmin guna la khidmat tersebut seperti i. Malam tu kami order Sea bass fried with lemonade chillies, Chicken with tamarind sauce and black pepper meat. food delicious.Licin B makan...lagi pun sebab mahalkan harus la kami licinkan. harganya mewajarkan kami jilat pinggan2 tue supaya berbaloi. If makan kedai Pochana (Putra Heights residents sure know this place)tak sampai RM50 punnn. Cuma feel dia lain laa-kata sambut anniversary kan so element romantika de amor mestila kena adakan.

It is a Burmese restaurant but i cannot distinguish between thai and burmese flavour. i xpenah makan makanan burma tapi thai food in my blood la.I think they are identical to each other. So the taste like thai food lah fantastic-Like the one i tasted in hadyai, thailand long time ago tapi cheaper!. Skrg takut dh nak g, takot bom. I can understand why the dishes costly - might be because of the location which situated out of town and natural elements can be found there. Tourist definitely love this place but for me who is kampung girl i feel tempat ni biaso jerrrr..kapung ambo pun leh wak gini.

Some of our pics @ the place: (anak-anak ini gambar ur mum and ur dad waktu sambut 1st anniversary 16.11.2009-kalau ada anak nanti la) Candle light dinner konon..tapi we celebrated a day before because the place close on Monday which fall on 16.11.09. Kira ini celebration part 1!



Sib baik ada GARMIN ni...





Ini plain water ye...jangan salah anggap gambar ini


Muka excited dapat makan nasi.



Muka kekenyanggan dapat makan nasi



Sepanjang makan malam tak kurang dari 3 kali B puji ikan ni sedap...yea sayang ikan ini sedappp...


Ambil gambar dulu sebelum makan



Rambang mata tgk harga makanan...maintain cool!



Jangan tumpahkan air seperti janji temu kita dulu sayang yea! Perasa coke...heheheeeheee

Monday, November 9, 2009

Serba tak kena

Jangan tanya kenapa sebab i pun xada jawapan untuk ini.
Hari yang sangat spoilt
Arini bonda dan ayahanda udah pulang ke kg.
Tak sempat babai-mungkin ini juga puncanya.

Semalam tido jam 12-mungkin in juga puncanya
kepala sakit-mungkin ini juga puncanya
badan seram sejuk-mungkin ini puncanya
ujan diluar dan kesejukan mengigit tulang kering
menambah denyutan di kepala-mungkin ini puncanya
rasa macam kepala masuk angin

segalanya tak kena.
Bila econ off rasa panas berasap dan bila econ on rasa sejuk mencengkam
apo sudah jadi???
rasa tak selesa dengan diri sendiri...benci menyampah rimas complete set!
tak sabar nak balik dan tenangkan fikiran jiwa raga.

BAD MONDAY

Friday, November 6, 2009

Bila Kuasa di tangannya

Hari ni hasrat nurani nak balik awal kerana ibunda dan ayahanda baru sampai dari kampung. Seperti my entri yang lepas i ni kan spesis yang senang kantooi kalau buat jahat sket, so kerana takot kantoi i dengan suci hati tulus dan murni inform pada berkenaan nk halfday.

I was totally at wrong time...permohonan i ditolak dengan kos bebelannya. hahahaaaa...itula natijahnya bila kuasa bukan ditangan anda. Lain kali guna talian celcom (teringat maya karin!)

Alasan yang i beri rasanya sangatlah relevant-tapi permohonan tetap ditolak.Hangin betol rasanya...Maybe i tak reti nk bermanis mulut memujinya atau lancar berkata-kata...i memang tak petah bertutur dan kekecewaan i memang tak dapat disembunyikan i terus malas nak cakappp bila cakap begitu disangkal begini pun disangkal-niat i nak maklumkan cara elok dan tak nak sorok2 tapi hasilnya menggecewakan i jadi tergamam dan terpaku-i bukan spesis pandai memujuk/merayu/menjilat/mencium bontot...i wish i have that skill.

Tapi lumrah manusia kot...tak tahu menilai!aku yang jujur memaklumkan disangkalnya hidup2...tapi yang terus cabut suka hati ok jer. Sapa yang bodoh? Apa moral value yang aku dapat?*)9K(*&% ...tut....tut....tuttt

YES BOS!

Tuesday, November 3, 2009

Bagaimana menghadapi kekecewaan.

I bukanlah orang yang terbaik untuk menasihati orang lain bagaimana untuk menghadapi kekecewaan. Topik ini i pilih adalah untuk peringatan me-myself dan mungkin boleh dikongsi bersama tentang bagaimana menghadapinya. Jadi ini bukanlah bermakna saya terror menghadapinya.

Okeh...ini brief list tips untuk menghadapi kekecewaan. Jom kita semak:-

1)Fahami masalah yang dihadapi-usah lari dari masalah,cuba atasi setenang yang mungkin.

2)Hindari dari meyalahkan diri sendiri atau orang lain kerana ini boleh memburukkan keadaan

3)Fokus pada aktiviti lain yakni jangan terlalu memikirkan masalah yang dihadapi sehingga menjejaskan kehidupan.

4)lupakan dengan mengisi kehidupan dengan aktiviti yang kita suka seperti bershopping

5)luahkan perasaan pada orang yang dipercayai dan memahami.Ini penting kerana jika tidak akan mengundang kekecewaan lain lak.

6)minta nasihat atai saranan.mungkin pandangan orang lain lebih bernas daripada kita yang dibelenggu kekecewaan dan keresahan

7)jangan mengikut perasaan. usah biar hati mengawal otak. Cuba kawal perasaan dan bertenang serta bersabar.Bisikkan hanya perkara yang positif pada diri sendiri.Seperti kamu sangat cantik!

8)Tingkatkan keyakinan diri dengan cara kemaskini penampilan. Mungkin boleh tukar wardrobe lama dan jadikan alasan bershopping sebagai penawar hati gundah. Tapi ingat-kewangan juga boleh buatkan anda kecewa yea!

9)Dekatkan diri pada yang maha Esa. Jangan lupa dirikan solat, Doa, perbanyakkan selawat pada Nabi Muhammad SAW, membaca al-quran dan solat taubat. Lumrah manusia bila dirundum malang akan ingat pada tuhan. Jadi anggaplah kekecewaan merupakan suatu hikmah supaya kita tidak lupakan pada yang mana Esa. Dia sentiasa ada untuk kita. Hummm ingatan untuk diri sendiri-harus konsisten.

10)Menerima kenyataan mungkin dengan berkawan dengan orang-orang yang miskin atau yang kurang bernasib baik dari kita akan menyebabkan kita rasa bersyukur dan insaf

11)Pasrah dan redha dengan ketentuannya. Wajib menerima Qada' dan Qadar

12)Sifat pemaaf. Ini mungkin sukar atau sangat sukar pada i. Memang i jenis dalam diamku berdendam. Tapi sifat pemaaf ini adalah semulia-mulia sifat.Lagikan nabi ampunkan umat!

Ini adalah antara tips yang saya rasakan dapat membantu mengubat kekecewaan. Yang penting ambil masa untuk ubati kelukaan tapi jangan ambil terlalu panjang kerana tak bagus bersedih lama-lama. Bangkit dari kekecewaan itu dan start all brand new life...dan cuba lagi!

Monday, November 2, 2009

Serawa Durian

Semalam suami i nak makan serawa durian.
Kami sangat cintaka durian yea.
Kebetulan stock durian banyak dalam freezer so apa lagi
laluku tunaikan hasrat suamiku itu. Ini kali pertama membuat serawa durian yea jom semak resepinya:-

SERAWA DURIAN

Bahan-bahan:-

Mestila ada durian. Sukatan agak2 sendirila untuk berapa banyak
Santan pun agak2 nak kurang lemak ker nak lebih lemak ker...tapi yang sedap mestila yang lebih lemaknya.
Gula pun sama, secukup rasa yup
Gula melaka saya letak lebih. Supaya manisnya adalah manis gula melaka
satu biji telur
Daun pandan untuk aroma juga bunga cengkih.

Cara-cara:-

Buang biji durian dan kisar sebahagian isinya dengan separuh santan. Masukkan dalam periuk dengan api yang sederhana. Masukkan Santan,gula dan gula melaka. Biarkan seketika hingga mendidih. Tambah sedikit air sahaja. Jika suka pekat tidak perlu tambah air.Masukkan isi durian selebihnya. Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan kacau dengan garfu seketika. Tak perlu hingga kembang pun. Sekadar nak telur putih dan telur merah sebati jer. Kemudian masukkan telur tersebut ke dalam periuk tadi perlahan-lahan dan terus kacau perlahan-lahan supaya telurnya menjadi bentuk urat2 gitewww...Masukkan daun pandan dan bunga cengkih. Biarkan mendidih teruskan kacau dengan api yang kecil... Ok sekarang siap untuk dihidangkan bersama dengan pulut atau pun roti..
Nyummmyyy...

Senang saje kan. Siapa kata memasak itu susah???Yang penting semangattttt!
Berbuka puasa ni saya nk makan serawa ini lagi...ni tengah menghidu bau serawa dari bilik kerana bawakan sedikit untuk ofis, jadi mereka tengah kenduri diluar sana.. i dalam bilik ni kempunan....