Thursday, October 29, 2009

Heyyy ladies....

Situasi 1:

Bercinta 6 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 2 bulan. Tetiba suami pulang dan memberi tahu ingin berkahwin lain kerana dia telah menemui "soulmate"nya. Seminggu kemudian suami memberi tahu perkabaran yang menyakitkan bahawa bakal wanita yang didambakan tidak ingin bermadu. Jadi ladies tak punya pilihan. Itu kata putusnya.

Situasi 2:

Suami meminta krew panggilan hangit membuat panggilan hangit menyatakan niatnya untuk berkahwin lain. Namun ia bukan sekadar panggilan hangit tetapi sememangnya suami ladies ingin berkahwin lain. Ladies tidak punya pilihan lain untuk anak-anaknya.

Situasi 3:

Telah mendirikan rumahtangga selama 20 tahun. Dianugerahkan dengan 6 orang anak dan salah seorang adalah OKU. Khabaran yang diterima suami telahpun mengahwini seorang janda anak 6 merupakan ahli jemaahnya. Isteri 1 memberi kata putus tidak mahu bermadu dan suami memberi kata putus tidak akan meninggalkan isteri keduannya. dan dia rela melepaskan isteri pertamanya.

Heyy ladies...

Pernahkah terfikir atau terdetik yang anda berkemungkinan melalui situasi begini? Pastinya tidakkan! Bagi ladies, bila lafaz dan akad selesai dialah suami di dunia dan akhirat. Baik-buruk wangi-busuk kaya-miskin semuanya ditelan tanpa ragu-ragu. Namun, kesempatan diambil atas keredhaan isteri menerima suaminya seadanya.

Tidak terfikirkah sang suami bahawa ladies ini selalu berperang dengan waktu untuk menyediakan segalanya yang terbaik bagi suami dan anak-anak? Sujud sembah pada yang esa itu pasti cuma lama atau sekejap itu mengapa mesti dijadikan ukuran bila si isteri ini punya anak yang perlukan 100% perhatian? Mengapa selepas 20 tahun membesarkan anak2 timbul bahawa ladies ini tak penah memasak untuk suami? Mengapa mesti selepas 20 tahun?mengapa tidak diajar isteri?mengapa tidak dibantah bila isteri membeli lauk pauk di kedai? Anak2 pun bukannya tidak cukup zat ke apa pun kan.

Rupa-rupanya, yang bakal dikahwini merupakan ahli masjid. Patutla sujudnya lama. Rupa-rupanya status janda, jadi tak perlu berkejar-kejar. Lagipun tinggal dengan emak. Rumah dan tangga emak yang uruskan. Rupa-rupanya berniaga di kedai kopi...ooo patutla inginkan yang pandai masak yea...

Bermadu itu sangat pahit...usah dipaksa menelannya. Bukan mengharamkan yang halal atau menolak ganjaran payung emas. Namun jika merelakannya bagaikan menghunus pisau ke dada sendiri. Mengapa sesenang itu mereka berpaling?Mungkin suratan takdir tertulis ladies diuji sedemikian rupa. Heyyy ladies...jika itu kehendaknnya redhakan ujian ini.Tidak ingin memaksa menelannya atau meluahkkannya kerana setiap orang punya alasan tersendiri. Apa jua keputusannya mungkin itu yang terbaik buatmu dan tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Tapi pasti ada hikmah disebaliknya. Dugaan Allah didatangi dalam pelbagai bentuk, tapi bukan bermakna Dia tidak sayangkan ladies. Berpautla pada Dia.

Heyyy ladies,,,laluinya dengan penuh tabah. Yang Esa pasti tahu tangisan sendu itu. Moga ada sinar di hujung sana..moga suami-suami menyedari ada syurga pada wajahmu..

2 comments:

  1. ape ni baru kawen dah citer psl madu ?

    ReplyDelete
  2. Baru kahwin tak semestinya tak bermadu...kalu yg dah lama kahwin lagi la....situasi 1 atas tu br jer 2 bulan kahwin yea....jadi jange duk yakin sangattt

    ReplyDelete