Tuesday, October 27, 2009

Cuci the Musical



Awalnya ragu-ragu untuk melihat teater ini. Takot hanya membuang masa aje. Yelah, sudahla weken (sabtu) ku sudah terganggu dengan seminar yang langsung takder kaitan yang mana i bersama partner in crime ku cabut sebaik aje makan tengah ari di otel yang sungguh lazat itu tanpa rasa bersalah pun...heheheeee

Ahadnya lak Biy dengan terujanya mengajak i melihat teater ini dan i berkali-kali menyoalnya samaada teater ini bagus ke tak. Dia yang meyakinkan i dan ditambah lak ada tiket sponsor RM150 per person takkan kami nak tolak rezekikan.

Keluar rumah agak lewat petang itu kerana bermalasan dan dengan bantuan GARMIN kami berjaya sampai ke Istana Budaya 10min sblm tayangan kerana ditunjukkan jalan singkat dan pantas. B rasa berbaloi-baloi membeli GARMIN nie...

Awal persembahan dihiburkan dengan penari-penari teater yang meliuk-liuk tubuhnya.Ala penari la katakan. Kemudian muncul 4 orang kroni lawak cuci. Afdlin seperti kekurangan tenaga, kepenatan agaknya dan masalah kehilangan suara...harap sembuh cepat kerana show must go on, tetapi kekurangan ini berjaya diselamatkan oleh ahli yang lain terutamanya Awie.

Jika ditanya berapa bintang? I akan anugerahkan 4/5 bintang. Jalan cerita sangat lawak dan menghiburkan. Dah kata cerita melayu, part-part sedih memang menjadi rencahla. Tapi memang bestlah. lawak spontan pun ada sehingga awie beberapa kali nampak menahan gelaknya. Jadi memang tak rugi menonton teater ini. Sangat menghiburkan sehingga tak sedar 4 jam berada dalam teater.

Tak pernah tahu yang awie ni pandai melawak dan comel orangnya. maklumlah, imej yang ditonjolkan biasanya mat rock...ganas dan garang. Tapi dalam teater ini dia sangat comel dan rupanya awie ni katik aje..hahaaahaa

Masih punya waktu untuk menonton teater ini kerana kalau tak silap teater ini akan dipersembakan sehingga 8 Nov ini. I Bukanlah peminat afdlin atau kroninya hingga nyatanya i mempromosikan teater ini dan juga movie papadom sebelum ini tetapi i menyokong sesuatu yang kreatif dan mempunyai identiti tersendiri.Jangan hanya mengagungkan karya Hollywood, Bollywood or Koreanwood ajer...karyawan tempatan dan muda kini nampaknya telah membuat facelift dalam industri ini....jadi kita patut menyokong idea-idea mereka.

Walaupun i mendapat tiket free tapi i tetap menyokong cerita tempatan tau. jangan ada seperti sesetengah orang yang memilih, enggan menonton cerita melayu di layar perak katanya low class. Yeala takat cerita jiwang karat, cerita hantu i pun xkuasa nak g tangok tapi karya Papadom dan teater cuci ini lain dari yang lain...cerita lawak yang tak kering gusi dan bukan lawak bodoh terencat nak kena pakai kostum zoo ke apa yea.... FANTASTIC JOB GUYS!

No comments:

Post a Comment