Thursday, October 29, 2009

Heyyy ladies....

Situasi 1:

Bercinta 6 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 2 bulan. Tetiba suami pulang dan memberi tahu ingin berkahwin lain kerana dia telah menemui "soulmate"nya. Seminggu kemudian suami memberi tahu perkabaran yang menyakitkan bahawa bakal wanita yang didambakan tidak ingin bermadu. Jadi ladies tak punya pilihan. Itu kata putusnya.

Situasi 2:

Suami meminta krew panggilan hangit membuat panggilan hangit menyatakan niatnya untuk berkahwin lain. Namun ia bukan sekadar panggilan hangit tetapi sememangnya suami ladies ingin berkahwin lain. Ladies tidak punya pilihan lain untuk anak-anaknya.

Situasi 3:

Telah mendirikan rumahtangga selama 20 tahun. Dianugerahkan dengan 6 orang anak dan salah seorang adalah OKU. Khabaran yang diterima suami telahpun mengahwini seorang janda anak 6 merupakan ahli jemaahnya. Isteri 1 memberi kata putus tidak mahu bermadu dan suami memberi kata putus tidak akan meninggalkan isteri keduannya. dan dia rela melepaskan isteri pertamanya.

Heyy ladies...

Pernahkah terfikir atau terdetik yang anda berkemungkinan melalui situasi begini? Pastinya tidakkan! Bagi ladies, bila lafaz dan akad selesai dialah suami di dunia dan akhirat. Baik-buruk wangi-busuk kaya-miskin semuanya ditelan tanpa ragu-ragu. Namun, kesempatan diambil atas keredhaan isteri menerima suaminya seadanya.

Tidak terfikirkah sang suami bahawa ladies ini selalu berperang dengan waktu untuk menyediakan segalanya yang terbaik bagi suami dan anak-anak? Sujud sembah pada yang esa itu pasti cuma lama atau sekejap itu mengapa mesti dijadikan ukuran bila si isteri ini punya anak yang perlukan 100% perhatian? Mengapa selepas 20 tahun membesarkan anak2 timbul bahawa ladies ini tak penah memasak untuk suami? Mengapa mesti selepas 20 tahun?mengapa tidak diajar isteri?mengapa tidak dibantah bila isteri membeli lauk pauk di kedai? Anak2 pun bukannya tidak cukup zat ke apa pun kan.

Rupa-rupanya, yang bakal dikahwini merupakan ahli masjid. Patutla sujudnya lama. Rupa-rupanya status janda, jadi tak perlu berkejar-kejar. Lagipun tinggal dengan emak. Rumah dan tangga emak yang uruskan. Rupa-rupanya berniaga di kedai kopi...ooo patutla inginkan yang pandai masak yea...

Bermadu itu sangat pahit...usah dipaksa menelannya. Bukan mengharamkan yang halal atau menolak ganjaran payung emas. Namun jika merelakannya bagaikan menghunus pisau ke dada sendiri. Mengapa sesenang itu mereka berpaling?Mungkin suratan takdir tertulis ladies diuji sedemikian rupa. Heyyy ladies...jika itu kehendaknnya redhakan ujian ini.Tidak ingin memaksa menelannya atau meluahkkannya kerana setiap orang punya alasan tersendiri. Apa jua keputusannya mungkin itu yang terbaik buatmu dan tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Tapi pasti ada hikmah disebaliknya. Dugaan Allah didatangi dalam pelbagai bentuk, tapi bukan bermakna Dia tidak sayangkan ladies. Berpautla pada Dia.

Heyyy ladies,,,laluinya dengan penuh tabah. Yang Esa pasti tahu tangisan sendu itu. Moga ada sinar di hujung sana..moga suami-suami menyedari ada syurga pada wajahmu..

Tuesday, October 27, 2009

Cuci the Musical



Awalnya ragu-ragu untuk melihat teater ini. Takot hanya membuang masa aje. Yelah, sudahla weken (sabtu) ku sudah terganggu dengan seminar yang langsung takder kaitan yang mana i bersama partner in crime ku cabut sebaik aje makan tengah ari di otel yang sungguh lazat itu tanpa rasa bersalah pun...heheheeee

Ahadnya lak Biy dengan terujanya mengajak i melihat teater ini dan i berkali-kali menyoalnya samaada teater ini bagus ke tak. Dia yang meyakinkan i dan ditambah lak ada tiket sponsor RM150 per person takkan kami nak tolak rezekikan.

Keluar rumah agak lewat petang itu kerana bermalasan dan dengan bantuan GARMIN kami berjaya sampai ke Istana Budaya 10min sblm tayangan kerana ditunjukkan jalan singkat dan pantas. B rasa berbaloi-baloi membeli GARMIN nie...

Awal persembahan dihiburkan dengan penari-penari teater yang meliuk-liuk tubuhnya.Ala penari la katakan. Kemudian muncul 4 orang kroni lawak cuci. Afdlin seperti kekurangan tenaga, kepenatan agaknya dan masalah kehilangan suara...harap sembuh cepat kerana show must go on, tetapi kekurangan ini berjaya diselamatkan oleh ahli yang lain terutamanya Awie.

Jika ditanya berapa bintang? I akan anugerahkan 4/5 bintang. Jalan cerita sangat lawak dan menghiburkan. Dah kata cerita melayu, part-part sedih memang menjadi rencahla. Tapi memang bestlah. lawak spontan pun ada sehingga awie beberapa kali nampak menahan gelaknya. Jadi memang tak rugi menonton teater ini. Sangat menghiburkan sehingga tak sedar 4 jam berada dalam teater.

Tak pernah tahu yang awie ni pandai melawak dan comel orangnya. maklumlah, imej yang ditonjolkan biasanya mat rock...ganas dan garang. Tapi dalam teater ini dia sangat comel dan rupanya awie ni katik aje..hahaaahaa

Masih punya waktu untuk menonton teater ini kerana kalau tak silap teater ini akan dipersembakan sehingga 8 Nov ini. I Bukanlah peminat afdlin atau kroninya hingga nyatanya i mempromosikan teater ini dan juga movie papadom sebelum ini tetapi i menyokong sesuatu yang kreatif dan mempunyai identiti tersendiri.Jangan hanya mengagungkan karya Hollywood, Bollywood or Koreanwood ajer...karyawan tempatan dan muda kini nampaknya telah membuat facelift dalam industri ini....jadi kita patut menyokong idea-idea mereka.

Walaupun i mendapat tiket free tapi i tetap menyokong cerita tempatan tau. jangan ada seperti sesetengah orang yang memilih, enggan menonton cerita melayu di layar perak katanya low class. Yeala takat cerita jiwang karat, cerita hantu i pun xkuasa nak g tangok tapi karya Papadom dan teater cuci ini lain dari yang lain...cerita lawak yang tak kering gusi dan bukan lawak bodoh terencat nak kena pakai kostum zoo ke apa yea.... FANTASTIC JOB GUYS!

Monday, October 26, 2009

Jom bergalok

Malam sabtu, geng Upin & Ipin sempat meraikan harijadi "Abah" a.k.a PP di Look out Point, Ampang. Walaupun yang diraikan sampai 2 jam setengah lambat akibat sang isteri yang mahu buatkan kejutan pada lakinya, "so call party" berjaya gak dan sekaligus meraikan harijadi ahli kumpulan sorang lagi iaitu Surey. harijadi mereka cuma beza sehari jer...Daripada lampu KLCC cerah hinggalah lampunya dipadamkan-kami masih setia menunggu yang diraikan.

Azah yang pilih lokasi ini. Walaupun ramai yang membebel waktu nak ke sana kerana amat lah jauhhh nyah oooiii...biasanya social gathering kami area subang jaya tetapi kali ini ke Ampang lak. But semua nampak galok2 blako, maknanya puas hati la kan.

Cafe pilihan "HEAVEN" sangat sejuk kerna waktu itu baru lepas ujan, food biasa-biasa aja. View sangat spectacular. Kat sana ada few other happening cafe like Olive & Bread dan berbagai-xingat pe lg. Memang suasana romantik (tema birthday party ini la kot).Jom tengok gambar2:

























Friday, October 23, 2009

Laluinya dengan tabah

Fuhhhh...
Arini ada potluck. Sempana Deparaya- yea kami masih meraikan secara tertutup!
Juga sempena staff senior yang akan bersara tidak lama lagi. Majlis ini bukan anjuran saya,saya menumpang jer...hidup berjirann la kata kan.

Bila potluck apa lagi...sayala yang sangat teruja
Plan asal nk buat spagetti..tapi last minit bertukar kepada menu macaroni bakar dan triffle
Bukan apa, bosan dah makan spagetti
open house aritukan menunya sudah spagetti(TQ kerna hadir!)

Tapi saya sudah berkurun tidak membuat macaroni bakar ni
dan saya tak pernah buat dalam kuantiti yang banyak.

Semalam apa lagi berhempas pulas la masak.
Lepas dinner di restoran ayam penyet jam 10 memulakan misi
first time beb and biasanya jika saya memasak mana ada sukatan
semuanya main agak-agak jer a.k.a belasah jer.

Bila tang nak fill up adunan dengan telur...aaaa panicccc telur tak cukup!!!jam menunjukkan 11 malam. Umah kakak ada 4 biji telur jer dan Mart depan umah dah tutup-yang mungkin dapat selamatkan adalah 7e . So apo lagi dengan nada manja dan tulus minta pertolongan Biy, sib baik semalam dia makan kenyang..so dia tanpa banyak cikadak pergi beli.. Tenkiu Biy!

Tempoh masak adalah 1 jam bagi setiap adunan, so dalam kul 1 sepatutnya adunan pertama masak. Rehat la kejap golek2 atas katil sementara tunggu masak... tetiba tersedar....makkkkkk tepat2 jam 1.30 - berlari jenguk adunan.Adeiiiihhh hangettt sey!!!! Tapi xpea macaroni ni tebal...dia hanget diluar aja.

Adunan kedua : kali ni perlu lebih hati-hati dan tak boleh golek2 lagi dah. Masa sejam diisi dengan menggosok baju... Selamattt macaroni kedua ku dari hangettt..rasanya tak la sedap sangat...tapi eatable larrr walaupun ramai yang memuji tapi i tetap tak puas hati. Anw Trima kasih ats pujian. Markah i beri untuk diri sendiri 6/10. Lain kali mungkin tidak buat lagi, kerana this is not my specialities. Sib baik kakak kesayangan ku dah buatkan sosnya lebih...so i pau jer sos dia dengan penuh manja. Ahaxsss! dan triffle sudah dibuat malam sebelumnya. huhhh

Jam 2.30 Ayooooo...ada 2 file untuk keputusan dan saya masih belum membacanya....Kuatkan semangat dan tabahkan hati-buka fail dan baca...bla..bla..bla... hemmm betull..betulll yea yea setuju...ok ok.. keputusan masih belum diperolehi...tak tahu...haiiiyoooo

G opis...saya dah wenggg....xrekod kehadiran..lupa nk print cap jari...xpeala isi borang jela..jam 8.30...keputusan tak buat lagi... baca lagi sekali ...ok...buat keputusan...mula lambat skettt..alamak tak tahu press ramai lak...ni benciii nieeeee...if tahu kul 9 terus naik..ada2 jer yang tak kena...hemmmm mengeluh sendiri.

Okeh, toksah cakap banyak cakap yang wajib jer-nanti misqoute lakkk. letih nk menjawab ngan superior. Bla..bla...bla... biasala saya tak bisa puaskan hati semua orang.. Pasti ada yang keciwa dan mempersoalkan keputusan saya...tapi as far as my concern, my caution is clear.

Hari yang meletihkan...terbayang periuk belanga di rumah yang masih belum dicuci-malam ni lak ada social gathering...and esok ada Seminar, tak penah pegi hotel tue... Gaya hidup tak sihatla cam gini kerana sepanjang minggu stressssss....

Thursday, October 22, 2009

Bukan niatku

Maaf
Bukan niat ku menjadi seorang yang kejam begini.
Tetapi dalam rentak kerja sekarang perlu bertindak kejam dan tegas.

Kelonggaran yang diberi selama ini nyatanya memakan diri sendiri.
Jadi maafkan saya jikalau saya agak ganas atau kian mengganas...saya terpaksa.
Semoga beban yang dipikul ini semakin ringan dan tak perlu bagi saya mengganas begini
kerana saya tidak suka di chop begitu.

Tapi semua perlu faham dan maklum
keadaan yang memaksa saya bertindak begini. Kan bagus kalau semua orang faham dan mempunyai tujuan yang sama...tapi sayangnya setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza dan agenda juga berbeda kan!

Tuesday, October 20, 2009

Whatttt??!

Beyonce's concert postponed?
Pls tell me this is just a rumour. Eventhough im not a big fan of Beyonce but i've bought the ticket and sacrificed lots of invitation and social gathering that particular nite. Not to mention that i have cancelled my cuti-cuti Malaysia because of this concert. Haaaaiyaaaa!

There are yet any official annoucement on the cancellation. I am hoping that the show will go on and if not-*pls refund my money RM307 cash hokeyyyy!!!. I dont know why the concert postponed/cancelled- but i guess because of strict requirement and fusty rule that Beyonce has to wear something decent and proper at her concert in Malaysia.....daaaa she is not even a muslim that requires her to cover aurah or what. Haiyaaaa....pls dont misjudge my statement.

Why must impose that regulation to the outsider? why dont imposed it to the local???Put a regulation saying that those who want to watch the concert must not wear tube top, showing cleavage, hot pant etc. If i m Beyonce i pun tak heran nk datang ke Malaysia if peraturan merepek macam ni.

Trust me, those who come to watch the concert are intolerable sexier then the performer. Like what happened when Pussycat Dolls came to Malaysia few years back! Huhhh...it was hot bebb!the venue was @ Sunway lagoon so the people dress up like watching concert in hawaii. It is ashamed when u ask your guest to dress up nicely-covering everything but even your own daughter wearing sexy cloth. daaaaa.....

Friday, October 16, 2009

Makan lagi...

Alahai macam mana nak kurus nie???
Semalam melantak Sushi tak hingat..siap lawan pinggan sapa paling tinggi lagi
mentang-mentang la staff ada member kad and semalam tarikh akhir promo RM2 sepinggan memang la we all makan habis habisan.

Arini lak g melantak Vivo, Chezy and choc definitely my choice. sampai tak larat nk angkat mata dah...adeiiii macam mana nak kurus??? Esok lak janji ngan b nak jogging (sebab B dh merajuk siap cakap i dah pandai melawan dia...daaaa so untrue!)

Honestly memang i put on weight...and i should do something bout that. Tapi i don't think jogging will make me slim but of course la exercise will make u healthier....hemmm okeh-kuat kan semangat untuk berjogging sok keh.

PAPADOM

Thumb up for dis movie. Sangat lawak dari awal sampai abis. No wonder menang award di asia filem awards (if i m not mistaken) even the movie are yet to be shown in cinema.

Tak rugi and tak nyesal g tgk papadom ni. Eventhough pergi on weekdays showtime @9.00 pm di Sunway Pyramid tapi cerita ini very entertaining and at the same time will touch your heart. It is a good and creative film-well done to Afdlin Shauki.Definately not a stereo type of cerita melayu.

This is the synopsis of the film which i copied it from www.budiey.com

Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

Thursday, October 15, 2009

Thank you sayang!


Ini foto kek yang suami saya suprisekan saya (which i just uploaded)

Ni foto2 time overnite di Cameron ondaway back to KL after HR aritu. Biasalah if nk kira nie dh masuk 3/4 kali g cameron highlands. Tapi laki ku memang gemar ke Cameron Highlands. Dont know Y but faham la dia sukakan cuaca dan ketenangan di sana. His aim sebenarnya nak ke Boh Sungai Palas, tapi unfortunately we all sampai di tanah rata jam 4.30 ptg n dah tak dibenarkan ke Sungai Palas tu lagi dah coz dah tutup. Eventhough we all overnite there tapi the cafe close on Monday.huhuuuuuhhuhuh.. sian Biy-so we will go again lah! mayb onway back raya Haji ni lak. Yea,,,,laki ku sangat gemarkan Cameron Highlands!

If di cameron mesti la ada bunga-bungaan. Sempat la melaburkan wang untuk membeli bunga-bungaan nie and sib baik bunga-bunga tue bertahan sehingga majlis open house ku which is a week later

Me and Biy celebrate my birthday@ Equatorial Hotel since we overnite there. Having steamboat mlm tue. The set is min for 2 pax tapi portion dia like 4 pax tau. So perut masing-masing dh mcm belon


Hubby yang suka melompat-lompat. B captured 1 pic i melompat gni gak tapi nmpk peyot i membuak-buak. malu la i,,,so i wont paste here. I mesti nk post gambar2 i yang control cun beb! seperti di bawah ini (sila scroll)


Haaa ini contoh pose jelitawan.kehkehkehkeh...


Kata g cameron Highlands...so gambar stoberi ni sebagaii bukti...nyummy Biy suka sangat buah ini sehingga dia kena gastrik coz buah ni kan asictic...sian Biy!


Yeaaahhh... me with pose jelitawan. Tapi terlebih senggih lak. Pencarian NONA mesti kalah sebab senyuman ini tak nampak ikhlas.



Benda wajib dilakukan bila di Cameron Highlands ialah ke Raju's Farm-order belgium Stoberi waffles, strawberry aiscream and Strawberry with caramel.

Huhhh...heaven! Ini fav Biy

Manakala ini lak My Fav!


He really enjoyed it.


Nota kaki:

Ingatkan Biy dah tak celebrate my birthday lagi considering we all dh celebrate di Cameron Highlands. Suprisingly he still belikan me cakes and woke me up from my sleep sharp @ 12am on 30th, siap pasangkan lilin dan extra garnishing lagi dengan stoberi yang dibawa balik dari Cameron ni tanpa pengetahuanku-Dia suka sgt buat suprise haiyaaa-rasa2 ada ambil gmbr tp still in DSLR (will upload later) tq darling for the afford and for the precious moment! i really appreciate it. LOVE U DEAR

Wednesday, October 14, 2009

Good News

Kepada peminat "Famous Cookies":

Tempahan cookies ini dibuka semula. Jadi kepada sesiapa yang berminat atau raya hari tu tak sempat tempah atau dah tempah tapi xpuas makan boleh hubungi saya untuk tempahan.


Ini adalah cookies yang ditempah oleh ofismate ku last raya-x termasuk stock ofis B and frenz lagi. Alhamdulillah syukur....takla lumayan tetapi lepasla duit minyak balik raya and angpow untuk anak2 buah.

For frenz, family and those who bought and tasted the cookies-hope you satisfied with the quality. If lepas ni teringin nk mkn lg dont hesitate to let me know. Thanx guys!

Monday, October 12, 2009

Album raya

So sweettt-My BFF wedding. Both of them are my BF from Maher. Yes this couple also like us berkawan sejak sekolah bercinta dan akhirnya berkahwin. Jodoh dikalangan kawan-kawan...jodoh beb-we never know!Janji bahagia itu milik kami.



She is so beautiful on her wedding day. Am i rite?me to me to...


seronok attend majlis kahwin member.


Beraya di rumah abang man! bersama anak2 buah i yang comel and cute my SIL and my sis


Ini pun anak2 buah i and bonda yang sentiasa dekat di hati. Ayahanda tiada dalam gmbr raya tahun ini kerana tidak sihat...huhuhuhuuu


Ini di reception Naz & Afifi. tetapi yang bergambar adalah jelitawan jelitawan of the year dan pastinya yang berbaju hijau polos adalah pemenangnya. No.1 dari kanan.


BFF- nanti boleh gosip pasal rumah tangga lak! ahaks...


Ini gmabar hari raya ke-4, beraya di kopitiam. jenuh dah makan satay ketupat, nasi, spagetti biskut kek! Makan roti bakar lagi besttt


Ni lak di majlis akad nikah my cousin di Masjid Pengkalan Chepa pada hari raya ke-5


Pastinya dengan suami tersayang tercinta dan segalanya terrrrr... lah for him(mentang-mentang dapat duit raya dari suami dan-dan tersayang tercinta ahaxss...)


Hari yang sama berlari ke majlis kahwin belah B lak tengahari tue. DSLR tak bersalah tetapi photographer yang salah amik gmbr gelap...takpea B tingkat kan usaha!


Ini lak reception cousin aku pada waktu malam. Pengantin dah penat-xdaya nk buka mata dah.


Ini pengantin yang masih hangat di pasaran. Aura kami belum habis lagi.hihihiiii melaram dengan bunga tangan-yeahhh like this pic sebab leh cover perut.heheheeeee