Tuesday, September 15, 2009

Stock terakhir

Tempahan "Famous Cookies" tidak lagi diterima MAAF
Stock terakhir diambil daripada pembekal.
dan Stock yang ada kini sangat2 limited
Jadi First come first serve.

harap maklum!

Monday, September 14, 2009

Sangat sedih

Sedih,
Saya terpaksa pindah tempat bekerja saya..
Walaupun sebelah sebelah aje tapi ruang ofis saya semakin mengecil.

Sangat sedih,
Sekarang susah saya nk arrange ruang kerja saya..
setty saya nampak begitu cramp dan terabur terbabooo...
nampaknya saya kena panggil deco Eric
supaya dia dapat buatkan ofis saya ini menawrik dan saya gumbira berada di ofis.

Excitment saya untuk bekerja sekarang semakin menurun
sungguhpun kpi saya bulan ini melonjak tetapi saya tidak gembira.
Kenapa? saya pun tak ada jawapan bagi soalan ini.
sepatutnya saya meraikannya kannn....

Saat ini saya hanya menghitung cuti hari raya saya sahaja.
Yang penting saya bercuti panjang raya ini..
Semoga saya dapat meningkatkan adrenalin untuk bekerja semula selepas cuti HR ini.

Thursday, September 10, 2009

Tinggal Puasa

Hari ini saya tak puasa hihihiii biasa perempuan kan.
Tapi saya belum makan apa-apa pun lagi..bekalan biskut banyak la di bilik tapi tak selera nak makan biskut. Nak menapak ke cafe jauh gak...memerlukan daya usaha yang lebih...haisshhh

Perut pun tak best. Sengugut....hemmmm
Sila jangan kacau mood saya hari ini. Yea saya period dan emosi terganggu.

Sian Biy, dah banyak kali we all ter 'miss' sahur...sori sayang tak senggaja..
pagi tadi pun miss lagi. Dah masak nasi tapi tak bangun. Lyn tersedar tepat-tepat waktu imsak.
Then lyn sambung tido, sedar lagi sekali 15min before 7pg memang lambat sangat2 ke ofis. Mula tue nak EL jer tapi memikirkan penangguhan kerja then gagahi gak datang ofis-lagi pun nanti nak cuti panjang untuk rayakan. yeayeayea

Hermmm lambat nyer nak raya...tak sabar nak balik kampung tengok abah.

ready for collection

Dear frenz and family,

Famous cookies are now ready for collection. Very limited stock for new order or extra order. Don't wait to the last minute>come and grab it from me now before u regret!

Tuesday, September 8, 2009

Doakan kesihatan ayahanda saya

Abah masuk wad. Sudah 2 hari dah. Sudah sebulan abah tak ada selera makan dan mengakibatkan abah pitam-pitam. Kini abah di hospital. Pohon doakan abah cepat sembuh yea. Tak ada yang lebih bermakna buatku selain daripada menyambut HR bersama abah dan mama dalam keadaan sihat walafiat.

Rindu abah-maaf kepulangan lalu begitu sekejap dan seakan begitu sibuk menyediakan kelengkapan HR sehinggakan begitu sekejap meluangkan waktu bersama abah. Sesalan yang tak sudah.....

Friday, September 4, 2009

Perut tak best

Me and my hubby mengalami gejala sakit perut selama 2 hari berturut-turut.
Sangat meletihkan dan memeritkan bila perut memulas-mulas. After 2 days diarrhea arini lak lyn gastrik..ujian apakah.

Semalam bilang sama B jika arini masih memulas tak larat nak puasa..tapi rasanya boleh sustain lagi kot. Lagi pun nasi kerabu paling best in the world akan tiba arini from kelantan. So kena menikmatinya dengan penuh rahmat-Nasi Kerabu bonda kesayanganku.

Saat ini gejolak rindu untuk pulang berhari rasa semakin tidak dapat dibendung. Beban tugas menimbun buat-buat tak ingat dan tak nampok jer. Bilik menimbun dengan fail tapi asik duk pikir nak balik kemas baju balik raya. Tahu pose tak sampai separuh lagi-tapi tak kira....!i belum pasang lagi raya lagi k and i tak suka dengar lagi raya-buat rasa sayu dan sedih jer.

Last post i mentioned tgh menjahit beading kannn...dengan rasminya saya buat pengumuman bahawa saya telah putus asa dan tidak akan meneruskan menjahit beading lagi! Saya telah pun membeli tudung lain sebagai ganti...hahahahaaaa tapi jahit beading di baju saya sempat siapkan...cuma kekemasan fail jadi saya tak akan postkan gambarnya. Punya cita-cita untuk jahit semula.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah-menjahit bukan hobi saya dan selepas ini saya tidak sepatutnya berangan untuk menjahit.

Wednesday, September 2, 2009

Balik kampung

Seronok dapat berbuka di klate...beshhh sangattt dapat g param @stadium klate. rambang mata melihat juadah. Alhamdulillah puasa tahun ini nampaknya berjaya melawan nafsu makan. Tapi sempat la melepaskan gian makan kebab uddin, nasi beriani, and kuih muih klate i.e sira tapai ubi,buah tanjung and jala mas...yummy!

Amazingly klate develop very fast. Baru tahu klate skrang ado giant and also parkson-i m impressed.If u ever be in klate for the past 10 year you will know how slow the growth....Not to undermined klate-helooo i was born there hokey!my hometown tanah rendah sekebun bunga gitew. I love the peace and the islamic enviroment..ahaksss betul,,,tak tipuuu...If u can turn back time, i wish klate is like 10 years ago where u can park ur car anywhere u like-no trafic jamn-nice foods can be found anywhere-and descent community...time past by rite..

Another thing is-Trafic flow pun dah berbeza. There is only one way trafic flow in centre town hokey.so please obey the rule. My honest comment on this is that the new trafic flow had cause massive trafic congested in town la. Need lots of improvement on the signage-driver attitude and enforcement!polis kena la monitor jugak and tgk wajar ke tak wajar sistem baru nie..betul ker berkesan???tokleh imagine mcm mana bndr KB bila semua anak-anak di perantauan pulang ke kampung raya ini.

Midnite lak kami kuar makan colek yang bagaikan cendawan tumbuh lepas ujan. Varieties of colek dan akan hanya di dapati di bulan ramadhan sahaja yea.. so sape yang lepas solat tarawikh dan lepas tu berasa lapar leh la lepak sambil makan colek sambil bergosip...hilang pahala tarawikh tadi. I Sempat gak g pasar wakaf che yeh-nearby my MIL house je kan...ok la best cuci mata and buang duit beli barang2 merapekk..cuma tak sempat beli tudung yang dipesan rakan2..maaf ya!

Tak tahannya merdeka eve>mat rempit jual perangai...apa lagi merempitla sampai kul 3 pagi-dah la umah MIL tepi jalan...malam tu memang rasa mereka wajar disumbat dalam jail. supaya tido2 ku aman. Tak tahan lagi bila we all bangun untuk sahur-dorang continue merempit lagiii...rasa nak pasang je tali kat jalan tuh jerut mereka biar jatuh tertonggeng belaka...tak la kejam sangat kannn...

Tiba masa untuk berangkat ke KL ..huhuhuuuu sadis meninggalkan abah and mama...stok makanan sebulan dihantar ke KL-penuh ketaku haaisshh tak amik kann kecik ati.Walhal di Kl ni macam-macam ada asalkan duit ada cuma mak ayah jer tadak. Soal sedap ke tak itu isu lain. Bila sampai jer di raub jalan jamnnnn....bentung pun sama karak highway pun samaaaa...terpaksa berbuka dalam keta...huhuuuuu sib baik ada bekalan mama kan. Sian b terpaksa memandu sampai tumitnya senggal2...tapi he still can play futsal!

hahhhh penat dah cerita...banyak benda nk cakap tapi dah penat menaip-so sekian!