Monday, August 24, 2009

Sangat takdak mood hokey

Arini sangat takda mood. Dahla ner control anger-ntah apa-apa!
Nak membebel bagai mak nenek pun takdak mood. So terpaksa bebel di blog sendiri. If tak sanggup nak baca toksahla baca yea. Takda sapa pun paksa u untuk baca.

Alkisahla hari ini jalankan kes-jalan je separuh mohon penangguhan pulak sebab soalan pasti panjang berjela-jela. Bila time nak kasi date punya la penuh diari dia-bercutila-kes sana kes sini...konon bagus sangat ker?adeiii kalau dah tahu diari tue penuh tok payahla janji ngan client nak present client tue nyer. Blambak lagi lawyer2 diluar sana yang mencari client...sudahnyer ia menjadi kes partheard yang susah utk dispose. Masalah-masalah....

Malam ni terpaksa pulun buat kerja-kerja pending, due date dah dekat baru nak gelabah padan muka. Tapi sekurang-kurangnya i tak mnyusahkan orangkan...Haiiisssh apala myself nie-puasa kena banyak-banyakkan bersaba. myself lak time-time puasa nie la emo semacam jo...ada setan yang masih bertengek kot. Apa kata tingkatkan amalan dan ibadat...harap bleh tenangkan hati dan minda InsyaAllah

Sunday, August 23, 2009

Hari pertama

Alhamdulillah, hari pertama telah berjaya dilalui. Hari pertama sahur agak kelam kabut kerana tersedar dari tidur jam 5.20 pagi hokey... so apa yang sempat sajala-panaskan nasi goreng telur untuk Biy dan panaskan lauk dalam fridge. Cita-cita hendak buat nasi goreng-so tinggal harapan sajala.

Waktu berbuka terima jemputan untuk berbuka bersama dengan solat terawikh sekali-Alhamdulillah..sukar juga nak bawa diri maklumla itukan majlis keramaian keluarga jadi semua orang know each other except me-and i was like a stranger in the family. dahla nyah tervogue so banyak yang melihat nyah semacam...Nyah memang vogue nak wat guaner-tumpang laluuuu..

Tapi yang best nyah dapat gain all the confident last nite..tak tahu dari mana dapat courage. Have too la kan!Pandai-pandai la bawa diri. In fact i m not talking to much pun. Yeala a stranger mana leh cakap banyak and nak cakap dengan sapa lagi pun hihihihihiiii. dahla rasa macam duk UK- semua org cakap omputih...nyah pun leh cakap jugok cuma dah takdak org nk ckp ngan nyah- setakat omputih nyah heran ape-nyah leh cakap jerman lagi-ada sapa heran?

So ada sapa2 lagi nak jemput nyah berbuka?jangan terkejutla kalau nyah tervogue yea...nyah memang seorang yang vogue....and i can give more!

Semalam sempat mengecat dua tompok dinding dapur. ni petang nanti sambung balik. sekarang perlu buat kerja-minggu depan ada 2 keputusan keh, tapi tak baca fail lagi...aaaa sakit kepala menyerang bila sebut pasal kerja.

I wish i dont have to work somehow i can go shopping to the places i like....tapi if tak kerja macam mana nak ada duitkan??? masalah duit betul la-bertambah sakit kepala ku ini...

Friday, August 21, 2009

Makan makan menjelang ramadhan

Semalam gath d Strawberri park cafe sempena dengan makan makan menjelang ramadhan. TQ to the organizer-Afifi a.k.a groom to be. It was successful gath and turned out to be 20 of us. great afford dude! It is not only Makan-makan menjelang ramadhan but also jemputan beramai2 ke majlis perkahwinan antara our best fren Nik Afifi and Naz Yuliati (With God will they are going to married this raya- Congrats to the couple made from heaven :)) lucky Afifi no need for you to wait Naz for ages kannnn. So guy's welcome to the club i.e Maherian's affair!

We bumped into a friend of ... ????ermmm she wasn't my fren-suddenly shouting at us that my husband was her ex!!!!helooo....behave yourself plzzz!how can she reacted like that while her husband was in another table and im sure that her husband heard her scream-like the one being possesed.

She's never change!Yaa....some people were born to be flirt!hummm she's did not stopped there-before she leaves she left her contact number and address right in front of my husband-i lost control and now my time to over react-i asked her to whom she left the add to b or other and she replied-it is for us and others...wowowoooo nobody bother bout you k so excuse me tepi sikit kertas tue...semakla atas meja nie! surey jo berminat kot kikikkiiiii....

Yes im angry so whatttt!?turn off betul-after she left baru im fine and rasional. I memang dari dulu gini kan Biy?..harap u faham-i cukup tak suka orang flirt dengan u!harap maklum. For me it is stupid joke!

Nota kaki:

sudah seminggu saya sakit kepala...panadol memang menjadi teman rapat saya sekarang. Apa masalah saya yea?dan saya sudah berminggu-minggu tidak semangat bekerja dan bila di ofis kepala saya sangat sakitttt.

Wednesday, August 19, 2009

Bagaimana agaknya?

Hari ahad ni umat Islam di Malaysia dijangkakan akan memulakan ibadat puasa.
Risau, teruja dan suspen fikirkan macam manala nak bangun sahur dan prepare untuk suami. Dah bertahun-tahun sebenarnya tak bangun sahur, kalau bagun pun sekadar minum air jer.Itu pun Abah yang buatkan. Risau takut anaknya lembik nak puasa esok tambahan lak Elynn kan gastrik.

Ohhh i miss those days...bila abah pampered anak-anaknya...risau tengok anak-anaknya lapar dan sedaya upaya suruh anaknya bangun sahur hinggakan air susu pun dibawa sampai ke lutut..paksa jugak anaknya minum dalam mamai...

Sekarang dah takda orang nak layanku begitu...sekarang dah berubah, Elynn ner sediakan sahur untuk suami untuk pastikan suami bertenaga berpuasa. Kena bangun sahurrrr huhhhh tak terbayang rasanya... dah la Elynn ni spesis kalau tak cukup tido memang akan emo semacam...wawawawaaaaa nangis la kau sorang-sorang!

Tuesday, August 18, 2009

Famous Cookies

Salam Ramadhan untuk semua!

Tempahan biskut raya FAMOUS COOKIES telahpun dibuka.
Kualiti terjamin-rasa satu balang sure nak satu balang lagi CONFIRM!
Harga tak mahal cuma RM28 sahaja
satu balang berat 450gm
terdapat 50-55 keping dalam setiap balang

kepada yang berminat boleh mula menempah sekarang.
Caj khidmat penghantaran bagi yang berada di Lembah Klang RM2 sahaja
Sekiranya tempahan melebihi 4 balang keatas- caj penghantaran adalah percuma!
Manakala sekitar Subang Jaya caj penghantaran adalah percuma

Bagi sekitar Kota Bharu, Kelantan-tempahan boleh diambil 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri

Nota kaki:
Masalah teknikal-gambar gagal di upload buat masa sekarang

Monday, August 17, 2009

Weekend

Seronok bila sahaja tiba hari sabtu & Ahad
macam macam benda terencat boleh dilakukan..
nyaman tanpa gangguan dan tak perlu fikir apa-apa

Sabtu pagi -sempat ke warehouse sale Metrojaya
sb baik bestttt tapi kurang selesa kerana perlu memakai mask dan bersesak-sesak tapi
shopping punya pasal no halll lah
Fokus saya more to kitchenware kerana nk beli barangan untuk hamper dan untuk dapur sayala

Petang itu saya ke sini lak

untuk support blogger2 punya business
Sayangnya hari itu ujan dan promosi kurang
jadi orang pun tak ramai..
tapi saya sempat membeli 2helai sun dress dengan harga yang murah dan menarik

Sepatutnya weekend ini saya perlu mengecat dapur saya
warna pilihan saya adalah seperti ini:-



Cantikkan???B kata ini warna panas tapi saya tetap berkeras
nak warna ini gak
Jadi saya telahpun nekad membeli warna Oren ICI DULUX- (lupa apa namanya)

Biy suruh saya mulakan dahulu tetapi masalahnya ada-ada sahaja program setiap hujung minggu menyebabkan program mengecat saya terganggu...haaaisshhh
tapi saya perlu siapkan kerja-kerja mengecat sebelum menjelang Aidilfitri...
nak buat sekut dan kek lagih
saya punya seribu harapan tapi saya ada 2 tangan sahaja
oleh itu time management sangat pentingkannn....Jaihoooo hoooo hooo

Friday, August 14, 2009

Semalam

Semalam saya sakit...
sakit perempuan setiap bulan
lalu saya balik awal

Semalam suami saya pujuk saya
kerana saya jiwa kacau
tapi saya sudah ok sekarang
sakit pun makin kurang

Semalam kakak saya suruh g jumpa doktor
tapi saya rasa tak perlu
kerana saya rasa saya ok
tapi saya pun tak pasti saya ok atau tak
sebab saya bukan doktor

Bila saya fikir balik...
saya ok sebenarnya
cuma keadaan sekeliling saya membuatkan saya tidak ok
tapi saya cuba jadi positif atau tampil positif

Tak mengapa,
selagi saya boleh tahan, saya akan tahan
waktu saya belum kahwin pun sekeliling banyak beri tekanan kepada saya
kadang-kadang saya tewas tapi saya hanya doakan yang terbaik
Dia lagi tahu dari saya kerana Dia maha kuasa
jadi saya tidak sepatutnya stresskan!

Hari ini ada makan-makan di tempat kerja saya
saya rancang berbagai-bagai
tapi akhirnya saya sakit
nasib baik main dishes saya tempah dari caterer

Saya hanya mampu buat choc cake aje
itupun toppingnya runtuh kerana cair
saya tak daya nak tunggu lama untuk dia pekat kerana saya sakit.
Jam 10.30 saya ada jemputan makan pagi...menunya mengancammm

saya tak tahu macam mana nak buat penutup dalam entry ini
jadi fullstop jela [.]

Monday, August 10, 2009

First Cupcakes

Last weken akhirnya berjaya membuat brownies cupcakes...

Comment:-

Nik Karthini : manis sangat la lyn!
Nik Farah Yasmeen : manisla ciksu
Nik Amyrah Syarinie: Ok, brownies mmg ner manis
Nik Aliyya Elistina : Besttttt
Bikhairin Ihdzar: Sedapppp

So of course my hubby punya comment will take into considerationkan.Knowing my hubby he is a sweet tooth person- He managed to finish one large can of condensed milk a week alone ok! However the cupcakes were unintentionally a bit sweet actually.

Let's have a look at the year one creative cupcakes..hihihihiiii first trial-ok whatttt! And insufficient icing frosting- xreti nk budget laaa.



My hubby request for oren cc lak...and i wanna try vanila cc sama buttercream frosting lak.

Thursday, August 6, 2009

Makan-makan

Next week plan buat makan-makan bersama dengan staff and colleague. Sempena dengan menyambut ramadhan yang bakal kunjung tiba tidak berapa lama lagi. Menu makan tengah hari telah dipilih dan semestinya lauk-lauk kampung. Caterer juga telah dipilih. Menu yang menjadi pilihan -

Nasi putih
Masak lemak ikan kering & Nanas
Ikan bakar air asam
udang tumis petai
dan
ulam-ulaman & sambal belacan
Buah-buahan

Desserts kononnya nak buat sendiri, tetapi tamau kalah dengan majlis makan-makan yang dihadiri minggu ini. Dia punya dessert u know egg tart-bubur pulut hitam dan pudding caramel gitew!

So i punya dessert takleh kalah ngan dia punyala.Ner gempak gak-ehhh perlu tau itu imej apa!
Ni duk tgh pk la, sebab desserts di majlis makan-makan nanti mestila my signature and my secret resipi gitewww. Jom kita pikir apa dessert yang sedap-tidak rumit dan cantik.

Triffle kah? lecehla and costly



Choc cake? menawrik gak kannn?



Bread and butter puddings with vanilla sauce ker? yang ini senang dan jimat!



Still tak dapat decide lagi. Ada yang buat semua nie-kata tamau kalah kan! tapi yang pastinya minggu ini sementara suami ku pulang dari xm- i nk buat cupcakes...mixer brand philips hadiah dari Biy akan dirasmikan pada minggu ini yea...excited sangattt. TQ Biy love u!

Tuesday, August 4, 2009

Cuba berlapik sikit

Conversation ym dengan kenalan lama (xrapat sangat punn):

Ann (bukan nama sebenar) : sihat ker?
Me : sihat

Ann : Dah ada isi ker
Me: xda lggg (sad sign)

Ann : Bajet ker?
heheheee gurau jer...
Me: (cool sign)

Ann: (Smile sign)
marah ker?
Me: xla

Ann: ada makan ubat ker?
Me: xla, asal tanya pelik-pelik nie?kami manual jer...

Ann: abang keja kat ner?
Me: d dmsara

Ann:ok ke lepas kawin nie? ada masalah xdgn abg...?
Me: ok jer..seronok lepas kawin nie rasa nak dakak jah

Ann: gaji berapa skrg?
Me: dah keja gomen skrg ni

Ann: yela gaji berapa
Me:Dah bukan lwyr dah

Ann:kira pangkat skrg bukan lwyr la
Me: tak dh

Ann: jwtan apa?
Me: PUU

Ann:Mesti mahal gaji kan
Me: ala standard gomen la

Ann: saya pun nak msk gomen gak-masukkan saya leh x?
Me: (silent)

Ann: Chat ni xpea ker?Bos xmarah ker?ker xbyk kerja?
Me:muahahaha

Ann: Ooo lupa u bos...
Me:(smile) atas ada bos lagi la

Ann: heheeheee makan gaji bute ek
Me:ala standard la, u chat ni bos xmarah ker?

Ann: Best ler keja mcm tuh...
Me:(silent)

Ann:nakkk, pastu balik kul brapa?
Me:kul 5, isi la borang

Ann:ada orang dalam ker?
Me:xda pun, cuba nasib gitu jela

Ann: senangla masuk gitu her
Me:rezki

Ann: xpeala u pandaikan
Me: sebab yang mintak bukan kita sorang-beribu

Ann: tol mmg punnn...
Me:gomen ni lain, bukan nak tgk pandai jer

Ann: Naper lak?
Me:Karektor pun dia nk tgk gak

Ann:habis nk apa? ooo ok le...
Me:if nk tgk pandai tgk result cukup la kan...ni nk kena itvw sampai 2x

Ann: susah gak kan
Me:mmg susah

Ann: abg keja gov gak ker?
Me:tak private

Ann:jadi org KL je la u
Me: tak juga-gov ni transferable

Ann: susah gak
(sign out)

Tazkirah- Bila bercakap kenala berlapik...mungkin niat kita bukan untuk menyinggung perasaan sesiapa tetapi dalam tidak disedari tutur kata bisa meruntunkan jiwa seseorang. Oleh itu sebelum bertanya atau memberi kenyataan apa-apa fikir-fikirkan dahulu. Pepatah melayu ada menyebut terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tak boleh tarik balik daaa...?renung-renungkan....selamat beramal

Monday, August 3, 2009

Jumpa disanaaaa


Metrojaya Warehouse Sale 2009 at Shah Alam
Metrojaya Warehouse Sale 2009 at Shah Alam
Metrojaya (12 Aug 2009 - 16 Aug 2009, Klang Valley, Shah Alam)

Metrojaya Warehouse Sale 2009 at Shah Alam Discounts up to 70%, We’re Back ! With Bigger and Greater Bargins! Grab it before its Gone!
Product Offered :Apparels, Cosmetics & Fragrances, Handbags, Footwear, Toys, Home Essentials, and more
Location :Staadium Malawati, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor