Thursday, July 16, 2009

I m so excited.

Lunch time tadi penuhi janjitemu dengan rakan yang sudah lama tak ketemu. Actually xda la rapat sangat pun. cuma bila dah besar panjang nie saja mula contact balik.

lepas lunch di delifrance cafe trus belari ke kedai beadings.hhheeee....sebenarnya memang dh plan nak ke situ. Sebab itu janjitemu dibuat berdekatan dengan kedai beadings itu...naik gila sekejap memilih batu-batu yang hendak dijahit di baju-baju ku kelak.

Sebenarnya aku pun hairan.Betul ke aku nk menjahit nie?sejak bila aku minat menjahit?? and yang penting pandai ke aku menjahit...??? last sekali seingat aku aku cuba jahit tudung kahwinku..itu pun untuk tepinya aja dengan manik ela. As simple as that pun memakan masa berjam-jam untuk disiapkan. Belum lagi ku ceritakan benang-benang tersimpul yang sengaja menaikkan darahku dan benar-benar menguji kesabaran aku.

Kali ini aku teruja untuk menjahit?memang buang tebiat! tapi xapa...kita tengok hasilnya nanti macam mana. Adakah siap?cantik kah?hancuskah?tunggu dan lihat aje laaa....Me myself pun suspen gak nk tahu endingnya macam mana. Lama aku tenung manik-manik itu tadi di kedai beadings-dalam kepala duk pikir betul ke i want to spent on these????manik-manik yang dibeli bukan calang-calang...Jovian Mandagie pun menangis tengok aku beli beadings tadi hahaaahaaaa...tak sabar nak balik menjahit!Darling malam ni makan di kedai k.

No comments:

Post a Comment