Thursday, June 18, 2009

Resah

Rasa resah, minggu depan berkursus. Seminggu pulak tu. Biy dah risau takot isteri tak balik masak. Huhhh besar sungguh tanggungjawab isteri rupanya.Lepas berkursus xm pulak. Zaman bekerja pun perlu xm juga kaaa???

Rasa resah sebab tak tahu what to expect xm ini. Melihat senarai reference books and acts panjang berjela-jela membuatkan mataku jadi juling. Itu baru senarainya, belum lagi start membaca. Nescaya aku akan sawan untuk memahaminya.

Trauma zaman uni masih dirasai. Sehingga sekarang tidur malam masih bermimpi akan menduduki peperiksaan. Pabila tersedar dari tidur jantungku akan berdegup kencang dan nafas menjadi pendek kerana bimbang dan ketakutan hari itu ada xm. Rupanya baru ku ingat, zaman itu telahku lalui dengan penuh onak dan duri cuma traumanya masih mengekoriku.

Minggu depan akan ku lalui sekali lagi. Harap aku akan lebih tenang kerana aku ni cepat panic and gemuruh. Bila aku gagal kawal gemuruh ku itu, aku akan black out. oh NOOO! Semoga Allah berikan aku ketenangan dan ketabahan melaluinya.Aminnn

No comments:

Post a Comment