Saturday, June 20, 2009

Dia Heroku

Dia sangat tegas orangnya
Dia sangat mengagumkan
Dia sangat penyayang

Dia punya idea yang bernas
Dia bercita-cita tinggi
Dia tahu apa yang terbaik

Dia sangat degil
Dia sangat bersemangat
Dia lakukan segala-galanya untuk kami

Dia tetap dengan pendirianya
Dia tetap dengan keputusannya (walaupun kadang-kala salah)
Dia begitu meyakinkan

Dia bangkit dari kegagalan
Dia cekal hadapi rintangan
Dia tidak pernah mengaku kalah

Dia sentiasa melindungi kami
Dia tetap menyayangi kami walau apa yang kami lakukan padanya
Dia berikan segalanya untuk kami

DIA adalah HASHIM BIN AB RAHMAN. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kehebatan dirinya kerana dia adalah HERO ku. Tiada apa yang dapat membalas pengorbanannya. Walaupun dibayar dengan nyawa belum dapat membayar kasih sayang dan pengorbanannya selama ini.

Sesungguhnya Elynn bangga menjadi anak abah. You are the best father ever and nothing compare to you. Walaupun idea dan kehendak kita kerap bercanggah tetapi i know that you wants the best for me. Thanxs Dad. You are my strength and my inspiration. Abah, Elynn sayang Abah! Happy Father's Day

Thursday, June 18, 2009

Resah

Rasa resah, minggu depan berkursus. Seminggu pulak tu. Biy dah risau takot isteri tak balik masak. Huhhh besar sungguh tanggungjawab isteri rupanya.Lepas berkursus xm pulak. Zaman bekerja pun perlu xm juga kaaa???

Rasa resah sebab tak tahu what to expect xm ini. Melihat senarai reference books and acts panjang berjela-jela membuatkan mataku jadi juling. Itu baru senarainya, belum lagi start membaca. Nescaya aku akan sawan untuk memahaminya.

Trauma zaman uni masih dirasai. Sehingga sekarang tidur malam masih bermimpi akan menduduki peperiksaan. Pabila tersedar dari tidur jantungku akan berdegup kencang dan nafas menjadi pendek kerana bimbang dan ketakutan hari itu ada xm. Rupanya baru ku ingat, zaman itu telahku lalui dengan penuh onak dan duri cuma traumanya masih mengekoriku.

Minggu depan akan ku lalui sekali lagi. Harap aku akan lebih tenang kerana aku ni cepat panic and gemuruh. Bila aku gagal kawal gemuruh ku itu, aku akan black out. oh NOOO! Semoga Allah berikan aku ketenangan dan ketabahan melaluinya.Aminnn

Thursday, June 11, 2009

My menu

Today's menu

Breakfast:

1 cup of cocomilk
2 buns of kuih bahulu

Lunch:

One plate of Rojak Singapore
(I know it is oily, but i love it. hahahaaa)

Dinner :
Still thinking what to eat. it just 4pm rite now.

footnote:

i will try my best to avoid RICE or at least just have it once a day.

Wednesday, June 10, 2009

Jom Masak


Seharian berfikir nak masak apa untuk suami? Apa kata cuba resipi ini.

Ikan Tenggiri Masak Lemak

Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Ditumbuk hingga lumat (guna lesung lagi authentic)

Ekor ikan tenggiri
2 cawan santan
3 keping asam gelugor
garam
serbuk kunyit
1 sudu cili boh
2 bendi/terung

Cara-cara:

1. Santan dan bahan-bahan yang ditumbuk lumat serta asam gelugor dipanaskan di atas api yang serdahana sehingga mendidih.
2. Masukkan serbuk kunyit dan cili boh,kacau rata dan masukkan ekor ikan tenggiri.
3. Masukkan garam secukup rasa tutup periuk seketika dan biarkan mendidih.
4. Masukkan bendi/terung tutup periuk.

Cadangan:

Sedap dimakan dengan nasi putih bersama budu dan ulam-ulaman yang lain. If xsuka mkn budu boleh ganti dengan sambal belacan.

* Dalam image yang dipaparkan di atas ada ikan kering kerana suamiku gemarkan gulai ikan kering. Jadi tak perlu lagi makan bersama budu. Masin seh, darah tinggi nanti.

Peningkatan


Sejak 7 bulan berkahwin ni berat badan asyik meningkat saje. Mula dari hari ini cuba jadi lebih berdisiplin dalam mengawal pemakanan. Hari ini menu tengah hari nk mkn beehoon goreng yang dibawa dari rumah.

Tapi malam nanti terpaksa makan nasi (terpaksa yea...hehehheheee) Kira ok la kan makan nasi sekali sehari untuk permulaan ni. Tidak boleh terlalu drastik dan memaksa bukan?Hujung minggu ni masih lagi ada kenduri yang perlu dihadiri. Member hubby di Pangkor a.k.a Bulu, xpasti di resort mana majlisnya. Masalahnya baju yang ku beli sangatla sendat (fit gitu) jadi perlu jaga-jaga dan pastikan berat ku tidak bertambah lagi sehingga minggu depan.

Jika tidak, sure aku akan nampak seperti incredible hulk-memakai baju seperti mahu koyak.Oh NOOOOO....!mesti buruk rupanya.Regime diet ku akan bermula hari ini.


Monday, June 8, 2009

Baju baru



Hari ni semangat g keja.Kenapa?sebab pakai baju baru.hihihiiiiii...Nampaknya if terasa agak-agak malas nak ke tpt keja tue kenalah pakai baju baru sebagai pemangkin untuk ke tempat kerja. I should reserve one for my lazy days!

4 hari balik bercuti di KB sangatlah membahagiakan...tapi 4 hari tu adalah termasuk perjalanan pergi dan balik menaiki kereta yang memakan masa 7 jam sehala.Huhuhuuu mestila xpuas balik sekejap sangat.Bila dah kawen mcm ni la, if isteri tak bz suami lak bz. So kenala toleransi dalam setiap sudut.

OTW back to KB singgah sekejap di Majlis Perkahwinan adik Puan Manira di Machang..huuuhhh first time oghe panggil tepung tawar...pengalaman beb! tak penah aku menepung tawar melainkan ditepung tawar.Adat yang mesti dipertahankan...it's fun n simbolik tau.

Nak balik semula ke KL sangatla berat langkahku,tapi mengenangkan fail-fail bertimbun menunggu keputusanku terpaksa aku gagahi jua. Nasib baik ada baju-baju baru ni untuk ke tempat kerja.Semangat sket!


Wednesday, June 3, 2009

Entri Pertama ku

Hermmm...rupanya agak sukar juga menulis di blog ini untuk tujuan menjadi tatapan umum. Keinginan untuk menulis di blog ini sebenarnya didorong oleh beberapa informative blog yang aku ikuti selama ini. Seronok dan terhibur membaca blog-blog mereka.

So aku juga berharap dapat menulis blog dengan jujur dan berkongsi maklumat serta minatku. Semestinya blogku ini akan menceritakan dan menggambarkan tentang diriku-itulah sebabnya 'I me myself mine'